Friday, February 8, 2013

DEBAT AUTA EZAM VS NOH OMAR!!! Tarik kehadiran 20 OO orang sehingga kerusi pun tak nampak orang

Debat rakyat anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan Rakyat antara pendebat terkemuka seantaro dunia, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar lawan Penaung Waris Malaya Senator Ezam Md Nor malam tadi 8hb Februari 2013, di Lapangan Letak Kereta Depan KFC, Taman Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam,  Selangor, telah mendapat sambutan yang cukup "hebat dan dahsyat".

Diberitakan tidak kurang "10,000 hadir untuk mendengar kedua pedebat handalan ini berdebat.

Read more ...

Thursday, February 7, 2013

UMNO PENING!!! UMNO halang Mazlan Aliman tapi mampu halang 40 peneroka ahli UMNO sertai PKR

Borang keahlian diserah kepada Abas (baju petak). BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH).
Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.
Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.

Read more ...

GANGGU CERAMAH MAZLAN ALIMAN!!! UMNO jadi dalang, polis pun terlibat?



Pada 4 Februari yang lalu program ceramah oleh Pengerusia ANAK, Saudara Mazlan Aliman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan samseng-samseng upahan dipercayai dari UMNO, PERKASA dan juga MIC.

Tindakan yang tidak demokratik itu telah menyebabkan program tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan.Menurut saudara Mazlan ketika baru memberi salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah.Rakaman video di bawah adalah rakaman mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Sg Tengi yang dihadiri oleh Perkasa, UMNO, Seranta, Majlis Belia Felda dan lain-lain.

Read more ...

BANGANG MAMAK PERKASA@UMNO!!! Kalut buat demo plastik dua kupang, bila suruh tunjuk bukti apa pun tak boleh....

RAZUAN Mohd Azudin (kanan) tetap memberi penegasan kepada Phee Boon
Poh (kiri) sambil diperhati oleh 'Yaacob Bebas' (tengah) 


SEKUMPULAN pemuda, dalam satu pertemuan dengan Exco Phee Boon Poh petang tadi, gagal mengemukakan bukti mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menyeleweng sejumlah dana dari kutipan kempen 'Hari Tanpa bag Plastik Percuma'.

Jurucakap kumpulan itu, "Yaacob Bebas" berdalih, pihaknya menuduh Kerajaan Negeri menyeleweng dana tersebut selepas Boon Poh mendedahkan data berwajib yang disahkan oleh Audit Kerajaan Negeri.

"Saya bukan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tipu duit rakyat (kutipan kempen Hari Tanpa bag palstik), kita nak kata ada 'kemungkinan'," dalih Yaacob di Komtar, George Town

Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang, Razuan Mohd. Azudin dan seorang temannya turut hadir mewakili kumpulan tersebut.

Read more ...

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Dua pemimpin UMNO terima tanah dengan harga RM 2



Hannah Yeoh Skandal Tanah BN 01 SUBANG JAYA, 6 FEB : Dua nama pemimpin Umno Selangor didakwa menerima sekeping tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi di kawasan USJ3B dan USJ3D di sini dengan harga RM2 sekali.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan ahli politik Umno tersebut adalah Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas yang merupakan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya (1985-1995), Pengerusi Tetap Umno Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995).
Megat Najmuddin juga adalah ahli Lembaga Pengarah Petronas, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan anggota Lembaga Disiplin Umno (2002-2009).

Read more ...

MENYAMAR JADI AHLI PAS!!! Taktik terdesak UMNO , buruk imej PAS di mata orang bukan Melayu

LAGI berita bodoh di TV3 Al-Musyrikin untuk mensensasikan isu kalimah Allah. Kononnya ada 20 orang ahli PAS ranting Jerantut, Pahang membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang semalam.

Apa yang gua nak tergelak ialah, sejak bila PAS guna sebutan "ranting" bagi menamakan cawangan parti itu? Nampak sangat berita tahap sampah kah kah kah...


Rujuk prontscreen yang gua cedok daripada laporan Buletin Utama di atas.

Read more ...

Wednesday, February 6, 2013

PANAS!!! Gambar Pengurus Felda totok UMNO naik pentas rampas microfon Dato' Tuan Ibrahim

PhotoAlhamdulillah selesai ceramah umum sebentar tadi. Tetapi kecewa dengan sikap pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang naik ke pentas untuk merampas microfon bg mengganggu majlis. 

Adakah sebagai negara demokrasi perlu berkelakuan begini. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semua orang berhak bercakap. 

Read more ...

RM 1.2 JUTA!!! Pemimpin UMNO pamer longgokan duit depan penduduk


(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.

“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,” kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Blogger Umno terkantoi, ceramah Dato' Afiff Sabri di kubu kuat Umno dikatakan tiada sambutan , hakikatnya.......




Gambar diambil blogger Umno semasa ceramah baru bermula rujuk blognya dengan tajuk..


Ini gambar sebenar ceramah di kubu kuat Umno Parit Buntar

PARIT BUNTAR : Tanpa t-shirt dan makanan percuma, ceramah anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar tetap mendapat sambutan hebat dari penduduk di Parit Buntar. 
 

Terkini, ceramah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz yang menarik kehadiran lebih 2000 orang di Batu 7 , Kuala Kurau.

Read more ...

PRU 13!!! PR Kedah ikrar sumbang 15 kerusi ke Putrajaya


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jentera ketiga-tiga parti di negeri itu komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Atas nama PAS dan Pakatan Rakyat, kita berikrar 15 kerusi Kedah adalah penyumbang pertama pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Read more ...

Tuesday, February 5, 2013

90% YAKIN!!! Deepak kenal semua pihak terlibat ketika Altantuya dibunuh


KUALA LUMPUR: Dengan hanya memakai singlet, seorang pegawai kanan polis telah mengambil kenyataan ahli perniagaan Deepak Jaikishan mengenai Akuan Bersumpah kedua P Balasubramaniam.
(Deepak bersalam dengan Mahfuz selepas mesyuarat antara mereka)

Kenyataan itu pula bukannya diambil di Balai Polis tetapi di rumah pegawai kanan polis yang berpangkat ACP berkenaan.

Ia berlaku minggu lalu ketika Deepak sedang memberikan keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
di Putrajaya mengenai SD 2 itu.

Read more ...

TERJAWAB SUDAH!!! Inilah calon Melayu Ketua Menteri Pulau Pinang yang diumumkan Timbalan Presiden UMNO?


BUTTERWORTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.


Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui negeri ini dengan lebih baik.


"BN mempunyai banyak perancangan untuk majukan Pulau Pinang termasuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi mengatasi masalah perumahan di negeri ini, juga pelbagai projek pembangunan lain.

Read more ...

PRU 13!!! 9 kerusi parlimen di Johor bakal jatuh ke tangan Pakatan

Dalam pilihanraya umum akan datang ini, Johor adalah antara negeri yang menjadi tumpuan antara BN dan PR. Sementara BN mengharapkan Johor akan terus kekal sebagai kubu kuatnya, PR pula mensasarkanu untuk merampas beberapa kerusi di negeri itu.

Dalam pilihanraya 2008 lalu, Johor adalah antara negeri yang menyumbang banyak kerusi kepada BN, selain Sabah dan Sarawak. 


Dengan hanya kekurangan 30 kerusi berbanding BN dalam pilihanraya lalu, PR kini sedang melipatgandakan usaha merobek sebanyak mungkin kerusi di ketiga-tiga negeri itu bagi membolehkannya menawan Putrajaya.

Read more ...

CERAMAH JOM TOLAK PAKATAN!!! 50 OO hadir penuhi semua kerusi sehingga tidak nampak orang

BIAR GAMBAR BERBICARA...LIHAT DENGAN MATA KEPALA SENDIRI....MISI TAWAN SELANGOR SUDAH MENJADI MISI MIMPI!!!!!!

Ceramah anjuran PERKASA dengan kerjasama JATI di Taman Cempaka Sari 3, Jalan Hj Sirat Klang malam tadi dengan pencaramah-penceramah "hebat" dari JATI Ustaz Hassan Basri dan Exco Pemuda UMNO merangkap Ketua Unit Pemidato Pemuda UMNO dan Ahli Pemikir JASA, Lokman Adam atas tajuk JOM TOLAK PAKATAN telah menjadi JOM TOLAK UMNO/BN.

Read more ...

TERKINI!!! Pakar Strategis Tentera yakin PR menang PRU13

AMPANG: "Saya yakin kali ini Pakatan Rakyat akan menang," kata bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid (gambar).

Penegasan itu dibuat beliau ketika memberikan ucapan dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS.

Datuk Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia itu berkata, semasa pilihan raya 2008, beliau tidak yakin Pakatan boleh menang.

Read more ...