KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
berkata, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang
tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini "duduk di dalam
hutan" kerana sememangnya Malaysia sudah pun seperti berada dalam
hutan.
Menurutnya,
negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba,
sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara
berleluasa.
"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba, "political animal in the jungle"," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".