Di sebalik pelbagai khabar angin yang sedang bertiup mengenai politik
UMNO dan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri, kedudukan Muhyiddin
sama ada mencabar Najib sebagai Presiden UMNO atau hanya mengekalkan
jawatan Timbalan Presidennya dalam pemilihan parti hujung tahun ini,
terus menjadi tanda-tanya.Jika sebelum ini ramai golongan pengampu, pembodek dan tukang kipas tampil dengan satu demi satu alasan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan tetapi sejak Muhyiddin sendiri enggan memberi ulasan mengenai perkara itu buat masa ini, ia semacam reda seketika.
Muhyiddin minggu lalu ketika di Pagoh hanya berkata, beliau akan memberi komen mengenai pertandingan dalam UMNO atau mengenai kedudukan dirinya sama ada bertanding atau tidak di suatu masa yang sesuai nanti.








