Kelulusan itu membabitkan 22 hari Selasa sepanjang tahun ini, yang mana syarikat perjudian akan mengadakan cabutan khas secara serentak bagi tiga syarikat besar.
Tiga syarikat itu adalah Magnum, Dmacai dan Sports Toto, sekali gus menyaksikan pertambahan 66 hari cabutan khas untuk Semenanjung Malaysia.
Bagi Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat tiga lagi syarikat perjudian NFO yang beroperasi.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menegaskan, kerajaan pusat perlu membatalkan semua permit itu bagi membuktikan tidak bergantung kepada hasil aktiviti perjudian.
Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan tidak rasional itu adalah langkah ketandusan idea kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menambahkan hasil cukai.







