Tuesday, December 7, 2010

Siasat semula kes 'mata lebam'














KUALA LUMPUR, 7 Dis. : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dituduh cuba menghalang siasatan Kabinet bersabit kes mata lebam Anwar Ibrahim apabila mengisytiharkan siasatan tidak akan dibuka semula, the Malaysian Insider melaporkan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pihaknya menerima surat daripada Hishamuddin mengatakan tidak ada keperluan untuk menyiasat semula kes itu walaupun wujud keterangan seorang pegawai polis kanan bahawa bukti-bukti dalam kes itu telah dipalsukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz sebelum ini memberi perakuan di Parlimen bahawa Kabinet mahukan penjelasan daripada Peguam Negara Gani Patail mengenai peranannya dalam kes mata lebam Anwar, 12 tahun lalu.

Menurut Nazri, siasatan beliau dan Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim akan menjurus kepada dakwaan pegawai penyiasat Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Tan Sri Abdul Gani merekacipta bukti dan memalsukan keterangan berhubung hasil siasatan terhadap mata lebam Anwar.

Hari ini Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Razak harus memberi penjelasan atas pendirian bercanggah yang diambil oleh Hishamuddin dan Nazri bersabit kes itu, lapor Malaysian Insider.

"Adakah kenyataan Hishamuddin bermakna jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat bukti terbaru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?" kata Lim.

Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin mendakwa Mat Zain telah membuat tuduhan-tuduhan tanpa memberikan bukti yang membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

"Jika Nazri telah diarah menyiasat dengan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, jadi mengapa perlu ada jawapan sedemikian daripada Menteri Dalam Negeri," tanya Kit Siang. .

Lim mendedahkan bahawa Hishamuddin cuba membataskan kes mata lebam itu kepada tindak tanduk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor yang memukul Anwar, namun mengenepikan persoalan di sebalik tuduhan campurtangan dan pemalsuan bukti oleh Gani.

Lim berkata Najib harus memberikan penjelasan kerana "ini bukan setakat soal profesionalisme, tetapi juga mengenai komitmen kerajaan ke atas sistem keadilan jenayah," kata beliau.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Umno wujudkan 'Islam fobia'



















KAJANG, 7 Dis. : Insiden Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan 'tazkirah' ketika mengadakan kunjungan ke Surau Al-Huda hangat dijaja oleh kerajaan Umno.

Umno juga mendakwa pemimpin itu menghina Islam kerana memasuki ruang solat surau pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung.

Teo dalam ucapannya pada Program Makan Malam Rakyat Marhaen di Stadium Kajang semalam memberitahu beliau sebagai wakil rakyat hanya menjalankan tugasnya kepada masyarakat yang memerlukan bantuan tidak kira agama, bangsa dan kefahaman politik tetapi tindakkan itu digunakan oleh Umno untuk mengwujudkan 'Islam Fobia' dikalangan masyarakat bukan Islam.

"Saya nak maklumkan bukan sahaja di negara barat ada Islam Fobia tetapi sebenarnya di negara kita Malaysia sendiri ada Islam Fobia dan siapa yang mengwujudkan Islam Fobia ini, Umno walaupun mereka beritahu mereka mempertahankan Islam tetapi saya rasa mereka yang banyak mengunakan agama Islam untuk manfaat sendiri," jelasnya dihadapan 2500 orang.

Terbaru,Teo mendakwa dalam satu ruang forum di Pontian Johor, beliau dikaitkan dengan isu Islam Fobia ini oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong kepada lebih 1000 masyarakat setempat disitu.

Menurut Teo, dalam forum itu Timbalan Menteri berkenaan mendakwa beliau (Chua) banyak menerima jemputan dari masjid dan surau tetapi beliau tidak mahu masuk ke tempat itu kerana tidak mahu di 'Melayukan' dan di 'Islamkan'.

"Ini jelas menunjukkan dalam hati pemimpin MCA ada wujud perasaan Islam Fobia, sedangkan mereka sudah lama bersama dengan Umno tetapi dalam hati mereka masih ada Islam Fobia dan saya juga tidak menafikan ada dikalangan masyarakat Cina ada perasaan seperti ini," ujarnya.

Tambahnya lagi, dasar Pakatan Rakyat jauh lebih jelas dari kepimpinan Barisan Nasional kerana komponen Pakatan Rakyat sentiasa berusaha menghapuskan 'Islam Fobia' dan sebaliknya komponen Barisan Nasional seakan mahu mencetus ideologi ini.

"Sebagai seorang wakil rakyat ini adalah tanggungjawab saya untuk menghapuskan Islam Fobia ini.

"Ini adalah tugas Pakatan Rakyat untuk menghapuskan Islam Fobia sekaligus mengwujudkan sebuah negara Malaysia yang sejahtera," jelasnya.

Ekoran dari situasi ini, Teo menjelaskan pada tahun 1960 jumlah rakyat yang berhijrah kurang dari 10 ribu tetapi kini jumlahnya meningkat kepada 1.5 juta.

Keadaan ini juga adalah impak dari kepimpinan Umno dan Teo menyeru untuk mengatasi masalah ini rakyat tidak perlu menukar kewarganegaraan sebaliknya menukar kerajaan pusat pada PRU akan datang.

"Saya rasa kita tidak perlu menukar kewarganegaraan tetapi apa yang kita perlu buat ialah menukar kerajaan pusat kita," katanya.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Facebook pun Umno nak sekat





















SHAH ALAM, 7 Dis. : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Siti Aishah Shaikh Ismail membidas sikap pimpinan Umno yang mencadangkan agar laman sosial facebook disekat yang disifatkan cuba menutup pemikiran rakyat daripada menerima sebarang maklumat dan mengeluarkan pendapat.

"Umno berpolitik secara tidak matang apabila mereka takut dan menerima tekanan dipihak mereka,mereka cuba untuk menutup suara rakyat,cuba menutup sesuatu info kepada rakyat dengan cara tidak menghormati hak rakyat dan kita percaya Umno ini bersikap terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan dan info yang dikeluarkan oleh rakyat secara seluruhnya," jelas Aishah ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat kononnya boleh menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.

Aishah juga menegaskan cadangan menyekat laman sosial facebook itu hanya menyerlahkan Umno cuba menutup suara rakyat.Penggunaan laman sosial facebook di Malaysia dianggarkan mencecah lapan juta pengguna.

"saya rasa Umno tidak harus mengkhususkan laman facebook itu untuk ancaman kepada keselamatan negara,kerana saya lebih memandang mereka lebih gusar dan takut bahawa laman tersebut dijadikan sebagai satu yang lebih menggugat kredibiliti Umno dan Barisan Nasional,saya rasa laman facebook bukan laman politik yang menyeluruh dan kita faham penggunanya daripada pelbagai peringkat dan sebagai sebuah kerajaan mereka perlu menghormati hak-hak individu yang terkandung di dalam negara kita," katanya.

Aishah juga membidas sikap dan mentaliti pemimpin Umno yang tidak menghormati hak rakyat dan ia bukti bahawa Umno tidak layak memimpin sebuah kerajaan.

"Jika beginilah standart pemimpin Umno yang ada,saya rasa sahlah kerajaan ini mementingkan parti politik tetapi tidak mementingkan langsung hak rakyat dan saya rasa sebagai anak muda dan pengguna facebook adalah anak muda saya harap Umno tidak menggunakan politik yang cetek dan menunjukkan mereka tidak layak untuk bergelar kerajaan," katanya.

Aishah juga menjangkakan bahawa ini adalah petanda-petanda awal bahawa PRU-13 semakin hampir.

"Saya rasa juga merasakan salah satu petanda-petanda awal bahawa kita akan menghadapi PRU-13 dengan merasakan kekuatan jentera media tersebut dan menunjukkan ia sesuatu untuk PRU ke 13 itu semakin hampir," jelasnya lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Naikkan kain rentang bantah kezaliman Umno







































KUALA LUMPUR, 7 Dis:
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad mengharapkan rakyat dapat “sekolahkan” pemimpin BN melalui kuasa politik.

“Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat,” ujarnya.

Katanya, setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi, maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat.

Tambahnya, kenaikan harga barang 4 dalam 1 pada 4 Disember lepas, memang tidak boleh diterima oleh akal.

RON 95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80, gas naik 5 sen menjadi RM1.90 sekilogram dan gula naik 20 sen menjadi RM2.10.

Katanya, biasalah hujah yang membodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan, negara Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia.

“Kenapa tidak ambil contoh Brunei dan negeri yang ada minyak?” soalnya.

Katanya, Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak.

Sehubungan itu, ujarnya PAS mengharapkan seluruh jentera penerangan parti dan Pakatan Rakyat mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.

Justeru itu, tambahnya semua cawangan PAS mesti menaikkan kain rentang di setiap kampung terutamanya, untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan tanamkan kesedaran kerajaan mesti ditukar kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, antara perkataan yang boleh ditulis di kain rentang dan diletakkan di tempat yang strategik dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib menolak BN dalam pilihan raya akan datang.

Beliau mencadangkan antara ungkapan yang boleh ditulis iaitu “Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula, Barang Naik”, “Rakyat Kena Dulu”, ”Beri Kuasa Pada PR Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”, “Kerajaan PR Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”, ”Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”, ”Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”, ”Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”, ”Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”, ”Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN”, “Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”, “Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat”, “Selamatkan Negara Daripada Muflis”, ”Mana Wang Petronas Dihabiskan”, ”Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”, ”Ke mana Hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”, ”Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”, ”Anda Sayang Keluarga,Bangkit Tolak BN”.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

Monday, December 6, 2010

Rupanya Songkok Tiga Jengkal Umno dok lindung bertimbung kes rasuah Khir Toyo

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg

SHAH ALAM, 7 Dis. : Bekas Menteri Besar Selangor ini mempunyai bertimbun kes rasuah yang tidak disiasat. Hanya kerana ketuanan Melayu Umno , beliau boleh lepas kemudian melaungkan 'Hidup Umno, Hidup Melayu'.

  • Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)
  • Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglo' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.
  • Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.
  • Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma' kepada sebuah syarikat swasta.
  • A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get
  • Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).
  • Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.
  • Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
  • Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
  • Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
  • Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
  • Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
  • Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
  • Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
  • Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
  • Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
  • Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
  • Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
  • Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
  • Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
  • Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
  • Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
  • Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
  • Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
  • Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
  • Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
  • Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”
  • Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
  • Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Kesal tindakan polis

A  man is pinned down by police during a demonstration in Kuala Lumpur  December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear gas and water  cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to hand over a  memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to the National  Palace, as reported by Malaysia's daily The Star online.

PARIT BUNTAR, 7 Dis. : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar kesal dengan tindakan memperalatkan polis sehingga bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' di Masjid Negara.

Himpunan yang sepatutnya berlangsung dengan aman bertukar menjadi kecoh akibat tindakan polis menyembur gas pemedih mata dan memancutkan air berasid kepada orang ramai.

Demikian Kenyataan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman kepada media hari ini.

" Himpunan ini adalah aman dan menjadi hak rakyat dan selaras dengan Perlembagaan untuk menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara.

“ Polis sepatutnya mengawal himpunan ini supaya berjalan dengan lancar, bukan bertindak ganas terhadap orang ramai yang berhimpun" Katanya

Beliau berkata, himpunan 'Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat' ini memperjelaskan lagi kegagalan polis untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa ia bertindak rasional bukan emosi bagi memastikan keamanan dan tidak ada kekecohan.

“"Perhimpunan aman ini sepatutnya tidak diganggu. Ia suara rakyat Selangor menuntut hak mereka. Tidak sepatutnya mereka dipukul dan ditangkap oleh polis.

" Jelas sekali tindakan ganas polis semalam dibuat semata-mata untuk menjaga kepentingan kroni Umno dan BN dan bukan untuk keamanan negara" Katanya lagi.

Beliau juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana menyalahgunakan polis demi menjaga kepentingan syarikat SYABAS.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berharap polis bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keamanan dan tidak ada kekecohan.

“ Peserta himpunan tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, lagipun sekarang bukan masa darurat.

“ Mereka hanya menyertai perhimpunan aman dan tidak menimbulkan sebarang masalah sekiranya tidak diganggu polis” katanya

Menurutnya, keadaan yang berlaku itu tidak sebagaimana di luar negara yang boleh mengadakan himpunan secara aman.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

PR ketuai gelombang rakyat tumbangkan BN

NONE




































GEORGETOWN, 7 Dis. : Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP tidak akan mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) secara bersendirian, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Justeru, Guan Eng berkata, PR perlu mencetus serta mencorakkan gelombang rakyat tanpa mengira kaum untuk bersama-sama pakatan itu bagi menumbangkan BN yang semakin rakus membolot kekayaan negara menjelang pilihanraya umum (PRU) ke-13.

“Selagi media arus perdana, wang dan jentera kerajaan terus dikuasai oleh BN, maka PR berada dalam keadaan yang tidak setara atau setanding untuk bertarung dengan BN, hanya gelombang kuasa rakyat jelata yang mampu untuk menumbangkan BN,

“Itulah semangat atau intipati yang ingin kita tiup dan sampaikan dalam Konvensyen Kebangsaan PR yang akan diadakan pada 19 Disember ini dengan Pulau Pinang sebagai tuan rumah selepas Selangor menganjurkannya buat kali pertama tahun lalu,

“Konvensyen Kebangsaan PR kali ini sangat penting kerana ia mungkin menjadi persidangan utama PR terakhir sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada suku pertama tahun hadapan, ” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, BN semakin rakus membolot kekayaan negara tanpa mengambil kira ekonomi rakyat apabila menaikkan harga petrol RON95, diesel, harga gas asli cecair (LPG) dan harga gula.

Yang peliknya, kata beliau, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP milik antara orang terkaya di Malaysia, umpamanya, terus menikmati subsidi gas.

Konvensyen kali kedua itu akan diadakan di Dewan Melinnium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember ini dan dijangka dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan.

Mereka termasuk pimpinan utama Pakatan seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat DAP, Lim Kit Siang; presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP, serta beberapa perwakilan asing.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, walaupun Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan terus menerima asakan dan tohmahan Umno dan BN, namun pihaknya yakin rakyat akan tetap bersamanya.

Katanya, ini kerana rakyat tahu bahawa kerajaan negeri Pakatan sentiasa mengutamakan rakyat dan mentadbir negeri secara cekap, berakauntabiliti dan telus.

“Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain sepertimana yang pernah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), ” tambahnya.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Peneroka mulakan langkah saman FELDA














KAJANG, 7 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan kempen peneroka saman Felda dalam satu himpunan bertemu peneroka di Bera, Pahang pada 17 Disember ini.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, pihaknya menganjurkan program tersebut yang turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pesiapan kepada para peneroka yang bakal mengambil tindakan itu (saman Felda) sekiranya tuntutan mereka tidak diberi perhatian.

Dijangka lebih 1,000 yang sudah bersedia untuk menyaman Felda akan hadir dalam majlis tersebut.

"Peneroka akan diberi penerangan mengapa perlunya tindakan saman ini supaya semuanya mengambil tindakan sama," ujar beliau Majlis Makan Malam Rakyat Marhaen di Stadium Kajang, malam tadi.

Kata Mazlan, Pahang merupakan negeri teramai peneroka yang menyatakan bersedia betindak demikian iaitu sekitar 4,000 orang.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan kenyataan Mazlan yang yakin sekurang-kurangnya 5,000 peneroka akan ke mahkamah untuk menyaman Felda atas dakwaan melakukan penipuan.

"Sebahagian besarnya daripada Pahang kerana negeri itu paling banyak Felda di Semenanjung," katanya Mazlan dalam majlis tersebut di hadapan lebih 2,000 orang yang hadir.

Saman besar-besaran peneroka ke atas Felda bergantung kepada dua tuntutan kepada kerajaaan yang diberi tempoh untuk diselesaikan sehingga akhir Disember ini iaitu pembayaran wang tanam semula sebanyak RM17 ribu kepada peneroka yang masih belum menerima pembayaran tersebut dan pengredan perahan buah kelapa sawit dinaikkan kepada 23 peratus daripada sekitar 18 hingga19 peratus ketika ini.

Kedua-dua tuntutan itu dikemukan berdasarkan keputusan mahkamah masing-masing melibatkan peneroka Felda Sungai Koyan, Pahang dan Felda Sungai Kemahang, Kelantan.

Dalam kes peneroka Felda Sungai Koyan, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan kerajaan perlu bayar RM1,700 seekar kepada peneroka untuk tanam semula manakala kes peneroka Sungai Kemahang terbukti berlaku manipulasi penggredan perahan buah sawit yang merugikan peneroka.

Sementara itu, alumni kakitangan Felda yang ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memantapkan perjuangan menuntut hak para peneroka telah dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas).

Badan itu akan berganding dengan Anak, sebuah pertubuhan yang agresif menuntut hak-hak peneroka daripada Felda serta beberapa pertubuhan lagi yang bakal ditubuhkan untuk membentuk jaringan badan bukan kerajaan khusus menangani isu-isu berkaitan tanah rakyat serta tanah-tanah rancangan seperti Felda, Felcra dan Risda.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, kumpulan yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai Felda ini akan sama-sama turun bertemu rakyat untuk menerangkan penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dalam Felda.

Selain itu kata Mazlan, kumpulan tersebut berperanan sebagai penasihat disamping memberi input-input berguna kepada Anak bagi memastikan tindakan-tindakan yang diambil memberi kesan semaksimumnya.

"Mereka sangat arif tentang penyelewengan dan penipuan Felda ke atas peneroka, malah ada antara mereka yang terlibat waktu bertugas dahulu kerana terpaksa (di arahkan) dan kini mereka mahu menebus kembali," katanya.

Turut bersama dalam majlis yang bermula dengan makan malam di Stadium Kajang itu termasuklah para peneroka dan rakyat tertindas daripada Sabah dan Sarawak.

Dalam majlis itu Pengerusi Alumni Bekas Pegawai Felda, Khamis Saat telah menyerahkan 50 borang penyertaan rakan-rakannya yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai Felda kepada Abdul Hadi.

"Dalam masa beberapa bulan lagi mereka mensasarkan 200 hingga 300 pegawai - pegawai Felda yang telah bersara menyertai gabungan ini," ujar Mazlan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Ketua Polis Negara yang baru pun sama saja

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan seramai 52 orang penunjuk perasaan 5 Disember lepas dan memukul penunjuk perasaan yang lain sewaktu perhimpunan aman Bantah Harga Air Naik membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban PDRM dalam melaksanakan tugas.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, insiden buruk itu juga jelas telah mencalarkan integriti PDRM dan kredibiliti ketua barunya, Tan Sri Ismail Omar.

Menurutnya, rekod buruk pertama Ketua Polis baru itumembuktikan bahawa PDRM masih berterusan mengamalkan sikap double standard dalam melaksanakan tugas dan menguatkan lagi dakwaan bahawa kesemua institusi kerajaan kini, termasuk PDRM dan FRU telah diperkudakan demi kepentingan politik BN Umno.

Malah, ujarnya penafian dan sikap angkuh kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor demi kepentingan rakyat, menunjukkan seolah-olah kerajaan Pusat turut bersubahat dalam ‘rompakan besar-besaran hak rakyat’ oleh Syabas.

Sikap tidak adil PDRM, tambahnya apabila penyokong dan warga Selangor yang ingin menuntut keadilan telah ditahan dan disekat secara ganas dengan menggunakan water cannon dan gas pemedih mata, sebaliknya GAPS (Gabungan Anti Penyelewangan Selangor) yang lebih jelas berunsur perkauman dan mencetuskan provokasi dibenarkan berhimpun dan melakukan huru-hara.

“Profesionalisme PDRM juga layak dipersoalkan kerana telah bersikap biadap dengan tidak menghormati Masjid Negara sebagai sebuah premis rumah ibadah apabila berterusan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan masjid sehinggakan menjejaskan orang awam yang sedang bersolat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, perlakuan ganas pihak berkuasa ini benar-benar telah memalukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi membangun, sekaligus amat bertentangan dengan hasrat bersama untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf maju dan kerajaan yang mementingkan rakyat.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Majlis Daerah Ketereh diisytihar Bandar Islam


















KETERAH, 7 Dis. : Majlis Daerah Keterah (MDK) Kelantan mencipta sejarah apabila sebuah lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diisytiharkan sebagai bandar Islam.

Pada 2005 Majlis Perbandaran Kota Bharu diisytiharkan sebagai bandar raya Islam pertama di negara ini. Memilih tarikh 1 Muharam 1432 Hijrah Majlis Daerah Ketereh (MDK) akan diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam.

Pengisytiharan itu akan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di padang MDK. Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, program diadakan sempena sambutan tahun baru Hijriah.

"Sebenarnya usaha-usaha ke arah menjadikan MDK sebagai Perbandaran Islam sudah dilakukan sejak lebih dua tahun lalu termasuk mengadakan program keagamaan di pasar-pasar yang menjadi tumpuan orang ramai.

"Selain itu mempertingkatkan tahap kebersihan dan memperbanyakkan aktiviti keagamaan di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran MDK," katanya di sini.

Program yang cukup bersejarah itu dijangka turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua MDK, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Program tersebut bermula dengan majlis berbuka puasa sunat sempena 1 Muharam. Kemudian diikuti solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah Maghrib oleh Speaker.

Majlis makan malam pula diadakan selepas solat Isya' berjemaah. Selepas upacara pengisytiharan 'Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam' akan diadakan pula persembahan multimedia.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Umno dan Perkasa sama-sama bacul


























KUALA LUMPUR 7 Dis. : Isu ketuanan Melayu menunjukkan kembali wajah sebenar Umno, PERKASA sebagai institusi perkauman di negara ini.
Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasation Ismail dalam satu kenyataan berhubung tindakan Umno-PERKASA yang terus memanipulasi isu ketuanan Melayu perlu dibuang jika mahu bangsa itu terus maju dalam Kongres Nasional ke 7 parti itu baru-baru ini.

Kata Saifuddin, persoalan yang dilontarkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah adalah mudah; iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita?

Jelasnya lagi, kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib orang Melayu.

"Konsep “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh Biro Tata Negara(BTN) dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabila orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas," kata Ahli Parlimen Machang itu.

Sambil melabelkan tindakan Umno dan PERKASA mengheret institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan “Ketuanan Melayu” sebagai “Ketuanan Sultan” adalah satu tindakan yang bacul di pihak Umno dan PERKASA.

Lalu kata Saifduddin lagi, apabila tidak mampu mencari kaedah terbaik membela orang Melayu sepertimana PKR, Umno dan PERKASA menggunakan Institusi Raja untuk kepentingan mereka.

"Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik," katanya.

Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno.

Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka.

"Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan," katanya.

Saifuddin juga menyoal, apakah “Ketuanan Melayu” yang berpaksikan kepada sistem kroni dan mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan dijual suatu hari nanti?

Sehingga kini katanya, selepas tiga dekad “Ketuanan Melayu”, 75 peratus dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu.

"Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40 peratus paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik “Ketuanan Melayu” ini adalah benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat," mengakhiri kenyataan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Pemimpin PR lebih berwibawa tadbir negara























KAJANG, 7 Dis. : Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa untuk mentadbir negara ini berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN), tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Justeru, beliau meminta rakyat bersatu padu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang dan mengesa semua pihak khususnya penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak tenggelam dengan polemik yang cuba ditimbulkan sehingga menyebabkan berpecah belah.

Kata Abdul Hadi, keutamaan adalah menukar kerajaan BN dahulu yang beliau sifatkan tidak melaksanakan amanah dengan baik.

Presiden PAS itu berkata demikian ekoran tercetusnya polemik 'siapa timbalan perdana menteri' sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang.

"Kita jangan jadi seperti dua orang sahabat, seorang mahu merancang untuk memelihara kambing dan seorang lagi mahu menanam sireh...kemudian bergaduh mengenai siapa yang perlu membuat pagar sedangkan kambing dan pakok sireh belum ada lagi," kata beliau membuat perumpamaan.

Dalam pada itu, beliau juga mengkritik konsep ketuanan yang sering digunakan oleh pemimpin Umno sebaliknya berkata konsep yang betul adalah kepimpinan.

"Kalau ada tuan mesti ada hamba," katanya menolak konsep itu.

Bagaimanapun beliau melahirkan kekecewaanya apabila pemimpin Umno tidak berjaya menunjukkan kepimpinan yang baik walaupun mereka memilikinya sejak dari negara merdeka lagi.

"Pada asasnya pelbagai kaum dalam negara ini menerima kepimpinan mestilah dari kalangan orang Melayu berdasarkan jumlah orang Melayu yang Islam itu paling ramai (majoriti).

"Tapi malangnya kepimpinan Melayu itu tidak menjalankan amanahnya, tidak bertangungjawab dan tidak menunjukkan wajah kepimpinan yang baik," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Makan Malam Rakyat Marhaen anjuran Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat serta pelancaran Alumni Bekas Pegawai-Pegawai Felda di Stadium Kajang malam tadi.

Mengulas tentang perubahan dijanjikan Pakatan Rakyat ketika menyampaikan ucapan tersebut, Abdul Hadi berkata ia memerlukan kemenangan menyeluruh kerana kemenangan hanya di beberapa buah negeri sahaja amat menyukarkan untuk melakukan perubahan tersebut.

Sedangkan kata beliau, perubahan di negara ini amat perlu kerana kezaliman pemerintahan kerajaan hari ini terhadap rakyat.

Katanya, terlalu banyak penganianyaan dilakukan terhadap rakyat tetapi ramai tidak mengetahuinya ekoran sistem demokrasi tidak sihat di mana media menutup keburukan-keburukan kerajaan atau melaporkan keburukan itu sebagai kebaikan.

Sebaliknya beliau mendakwa terdapat rakyat yang rumah kediaman dan tanaman mereka dimusnahkan, malah ada berjuta-juta rakyat yang masih tiada tanah untuk rumah kediaman.

Sebahagian yang lain pula katanya, terpaksa bercucuk tanam secara haram kerana terlalu sukar untuk mendapatkan tanah daripada kerajaaan.

"Lihat diri kita dan tanah air kita, terlalu banyak penganiayaan dan kezaliman yang berlaku tetapi kita dilekakan dengan hiburan dan sedikit kemudahan. Sedangkan harta kekayaan negara hanya berlegar di kalangan orang tertentu sahaja," ujarnya.

Justeru beliau menyeru semua pihak supaya sedar dan memperbetulkan semula kepincangan-kepincangan yang berlaku dengan menggunakan hak demokrasi.

Turut berucap dalam majlis tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching; Pengerusi Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman; Naib Presiden SNAP, Dr John Bampar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Datuk Dr Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor 1432 Hijrah













SHAH ALAM, 7 Dis. : Datuk Dr Haron Din dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.

Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.

"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.

Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-'Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - 'Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).

Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975-1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

Pahang boleh jatuh miskin



TEMERLOH , 7 Dis . : Pahang boleh menjurus kepada negeri miskin jika pemerintah tidak segera mengubah corak pentadbiran dan budaya pengurusan yang lebih baik.

Setiausaha Penerangan PAS Pahang Hashim Abdullah (gambar) berkata, anggaran bajet yang dibentangkan terlalu sukar dicapai terutama dalam suasana ekonomi negara yang pada keseluruhannya adalah lemah.

Malahan katanya, PAS tidak melihat adanya pemikiran baru dalam bajet negeri yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob minggu lalu yang boleh dipaut keyakinan wujudnya perubahan baru dari aspek polisi, penambahbaikan pengurusan dan kecekapan dalam meneroka peluang ekonomi berskala besar.

“Kalau kita lihat anggaran perbelanjaan melalui pembentangan bajet negeri sudah pun membayangkan ketidakseimbangan pendapatan dan perbelanjaan apabila anggaran kutipan hasil hanya berjumlah RM532,117,720 sedangkan bebanan kerajaan melalui keperluan mengurus sebanyak RM600,424,140 menjadikan kewangan negeri berada dalam keadaan defisit untuk tahun ke-13 berturut-turut.

“Kita telah membaca teks ucapan bajet negeri dan dapat melihat secara jelas ketumpulan idea kerajaan dalam usaha memperbaiki keadaan yang ada.

“Sedangkan, dalam laporan Audit Negara 2009 telah mendedahkan berlakunya tahap pengurusan yang lemah dari aspek perancangan, pelaksanaan dan kawalan sehingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian kelmarin.

Hashim berkata, PAS menyarankan kerajaan negeri Pahang belajar dari negeri Pakatan Rakyat (PR) bagaimana untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang jauh lebih baik sebagaimana diakui dalam laporan Audit Negara walaupun mereka mengalami sekatan dan gangguan.

Beliau berkata, adalah tidak munasabah bagi negeri Pahang yang berada dalam persekitaran yang sangat ekonomik dengan potensi penjanaan hasil yang melimpah ruah tetapi mengalami masalah ekonomi yang cukup parah.

“Kita amat dukacita apabila melihat prestasi ekonomi Pahang yang terlalu sukar untuk memperoleh sumber hasil melepasi angka RM500 juta dalam suasana ekonomi berkembang maka sebab itulah dalam suasana yang ada sekarang anggaran yang ditetapkan adalah di luar realiti sebelumnya.

“Kita melihat keperluan mendesak untuk rakyat membuat perubahan politik yang menyeluruh bagi meletakkan ekonomi negeri pada landasan yang betul,” katanya.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Umno tolong insaf sikit



KOTA BHARU, 7 Dis. : PAS menyangkal dakwaan parti mereka sudah tersasar daripada perjuangan asal mereka seperti yang didakwa UMNO.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pelbagai tohmahan dan andaian buruk yang dilemparkan kepada PAS termasuk hubungan baik bersama DAP dan Pakatan Rakyat adalah satu rekaan semata-mata untuk menjatuhkan parti berkenaan.

Menurutnya, ahli-ahli yang berada di dalam PAS mengetahui perkara yang sebenarnya daripada orang UMNO.

“Orang PAS sendiri lebih tahu daripada UMNO, pada zaman Nabi Muhammad saw dahulu pun ketika berada di Makkah orang bukan Islam yang menjaganya, Nabi berbaik dengan orang kafir.

“Saudara saudari dalam UMNO tolong insaf sikit, kerana waktu kita hendak tahluf kertas kerja diluluskan oleh Dewan Ulama PAS,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pelancaran Dataran Rakyat Bandar Baru Tunjong, dekat sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Nik Aziz juga menegaskan supaya semua ahli dan rakyat tidak perlu bimbang dengan keadaan yang melanda PAS sekarang kerana tahluf berkenaan dianggotai oleh alim ulama dan ia diluluskan oleh PAS Pusat.

“Ahli-ahlinya juga terdiri daripada pakar-pakar, alim ulama, mufti yang jauh lebih tahu daripada orang UMNO,” katanya.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...