Saturday, December 25, 2010

Slogan 1Malaysia lindungi perkauman Umno

Slogan 1Malaysia - Hakikat Dan Mitos Politik Negara


ARTIKEL: Setiap sesuatu ada baik buruknya; bergantung pada dari sudut mana isu itu dilihat. Kalangan pemimpin Pakatan Rakyat(PR) sendiri mempertikaikan langkah kerajaan Selangor melarang penggunaan 1Malaysia di tempat awam dan bangunan kerajaan.

Hujah diberi oleh kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah slogan itu adalah mesej politik Barisan Nasional(BN) yang cuba menyembunyikan amalan politik perkauman yang dibawa oleh pemerintah. Namun sesetengah pemimpin PR berpendapat langkah itu hanya memberikan publisiti percuma kepada slogan itu dan BN sendiri. Media arus perdana sudah pun mula "menggasak" PR atas tindakan oleh kerajaan Selangor itu. Ini sudah dijangkakan.

Tidak kira apa pandangan dan dilihat dari sisi mana, ada seperkara yang menarik dalam isu ini. Hakikatnya adalah, BN sendiri telah lama mencantas sebarang program Pakatan Rakyat dalam percaturan politiknya.

Malah, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dan agensi berita lain yang di bawah pengaruhnya dilarang menggunakan ungkapan Pakatan Rakyat sama sekali. Mereka diarah menggunakan ungkapan Pakatan Pembangkang. Anwar Ibrahim pula tidak boleh dirujuk sebagai Mantan Timbalan Perdana Menteri; memadai beliau dipanggil Ketua Pembangkang (selepas beliau digantung, belum diketahui arahan baru yang bakal digunakan).

Begitu juga dengan penubuhan pelbagai agensi persekutuan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR. Peruntukan dari Putrajaya disalur terus kepada agensi ini termasuk JKKP atas alasan PR akan menyelewengkan duit rakyat. Alasan dangkal ini hanya laku dalam sistem demokrasi ala-BN.

Hanya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang diberikan peruntukan berjuta-juta ringgit untuk menjalankan projek di kawasan mereka. Duit rakyat hanya diberikan kepada wakil parti BN, bukan wakil yang dipilih oleh rakyat.

Ini cara Umno-BN berdepan dengan sistem politik dua parti. Strateginya jelas - cantas setiap yang dibuat oleh PR dengan tujuan untuk "menginsafkan" pengundi supaya kembali kepada pemerintah pada Pilihanraya Umum akan datang.

Tidak apa jika institusi awam, media arus perdana dan duit rakyat diperalatkan untuk mencapai tujuan ini kerana bagi BN “matlamat menghalalkan cara”.

Setakat ini belum ada SATU pun program Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan.

Air percuma untuk rakyat di Selangor, program membantu rakyat miskin dan warga emas tegar di Pulau Pinang jelas memanfaatkan rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka. Namun bukan sahaja pemimpin BN dan media arus perdana membidas program-program ini, malah mensabotajnya pada setiap kali mereka berpeluang berbuat demikian.

Faekah Husin, Setiausaha Politik Tan Sri Khalid hanya menyatakan realiti semasa bahawa Pakatan tidak pernah mengharap untuk mendapat sokongan apatah pujian dari BN atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh gagasan itu. Justeru PR di Selangor itu tidak boleh dipersalahkan jika menolak 1Malaysia sebagai mesej politik yang cuba diguna untuk menghalalkan amalan perkauman yang menjadi tunjang Umno dan parti komponen lain.

Berlatar belakangkan inilah, mungkin Kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan untuk "melawan balik" ketidak adilan yang sedang berlaku.

Mungkin secara relatif, tidak banyak akan dikecapi daripada larangan 1 Malaysia itu kerana Umno-BN pasti menggunakan segala jentera kerajaan untuk memastikan agendanya tidak tersasar.

Namun PR Selangor memilih untuk mengambil pendirian berprinsip bahawa ia tidak mahu rakyat negeri ini termakan slogan-slogan manis yang dibawa oleh sebuah parti yang terang-terang mengamalkan politik perkauman atas nama perpaduan.

Read more ...

Tak cukup dengan TV3 menipu rakyat

Farid Ke JPM Bukti Kepincangan 1 Malaysia PM


SHAH ALAM 25 Dis. : Tindakan meminjamkan Ketua Stesen Televisyen Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan ke Jabatan Perdana Menteri mengundang spekulasi Kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memerlukan 'suntikan' dan bantuan dalam sistem penyampaian bagi Kempen 1 Malaysia yang goyah.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid hal ini menunjukkan ketidakmampuan Najib dan pemimpin Umno membawa konsep ini kepada penerimaan masyarakat.

Beliau turut menganggap kehadiran Farid hanyalah bagi menutup segala kepincangan kegagalan konsep ini yang didedahkan sebagai satu 'tiruan' kempen One Israel oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keyakinan tak menjurus kepada mereka mampu berbuat demikian. Hanya anak kecil saja melaungkan 1 Malaysia tapi objektifnya tidak digaris pandukan. Yang sebenarnya kegagalan 1 Malaysia sudah nampak. Sebab itu dia runsing bila Selangor dan Pulau Pinang tidak membenarkan 1 Malaysia jadi asas sloganan retorik mereka," katanya.

Laporan Malaysian Insider hari ini menyatakan Farid akan membawa bersama lima eksekutif televisyen dengan tugasan beliau berhubung kait dengan kempen konsep 1 Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Farid merupakan profesional media kedua menyertai pentadbiran Najib sejak tiga bulan lalu selepas bekas koresponden Reuters Malaysia Abdul Jalil Abdul Hamid dipinjamkan dari Suruhanjaya Sekuriti untuk menyertai pasukan komunikasi nasional perdana menteri.

Minggu lalu, Parlimen menggantung Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu itu. Turut digantung tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Abdullah Sani yakin kemasukan Farid tidaklah membimbangkan Pakatan Rakyat kerana Farid bukanlah individu paling hebat dalam hal sedemikian dan dikaitkan pelbagai kontroversi sepanjang beliau menerajui Media Prima sejak 2002.

Terbaru, syarikat berkaitan Umno itu dikenakan denda RM50 ribu kerana menerbitkan Iklan Hari Raya yang melanggar sensitiviti orang Melayu/Islam negara ini.

Merujuk pada Pilihan Raya Umum lalu, Pakatan Rakyat berjaya merampas lima negeri walaupun Media Prima menjalankan pelbagai kempen menyokong Umno- BN dan selain mengutuk Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Penganalisis Politik, Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menyatakan secara objektif 'perpindahan' Farid ke JPM ini memang bertujuan membantu kerajaan.

"Yang pertamanya atas asas kemahiran dan kebolehan beliau sebagai pengamal media dalam membantu pihak kerajaan memantapkan strategi media kerajaan, yang kedua mungkin membantu pihak kerajaan susun agenda dalam industri hiburan dan kreatif yang merupakan salah satu industri yang diberi perhatian dalam bajet 2011," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak persepsi masyarakat yang menganggap hal ini berkaitan politik kerana ia masih belum jelas mengenainya.

"Secara persepsinya pelantikan beliau barangkali untuk memantapkan kempen projek 1 Malaysia atau kemungkinan persiapan bagi berhadapan dengan pilihanraya akan datang tapi masih persepsi sebab kita belum dapat tahu apakah peranan dan tanggungjawab portfolio beliau sebenarnya," katanya.

Read more ...

Umno jangan berlagak sombong

Resolusi 100 Hari: Jangan Jadi Ganster, Tunggu PR Memerintah, kata Nik Aziz


KOTA BAHARU 25 Dis. : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

"Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara...tunggulah dulu...jangan nak jadi gangster," katanya kepada pemberita selepas majlis
perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Mursyidul Am PAS itu mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan itu meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan
pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Nik Abdul Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka, lapor Bernama.

Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan di dalam Islam.

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja," katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina di dalam masyarakat.

Read more ...

Friday, December 24, 2010

Betul ke cerita Utusan Meloya ni , atau taktik alih isu selamatkan Pengerusi JKKP Saidi Husin?

Isu skandal khalwat dipercayai punca serangan


Saidi Husin menunjukkan keretanya yang remuk akibat dilanggar oleh kenderaan Toyota Avanza ketika perjalanan ke rumah rakannya di Jalan Dalam Rhu, Selasa lalu.




KOTA BHARU 24 Dis. : Bekas anggota bahagian keselamatan Pas Pasir Puteh, Saidi Husin yang membuat pendedahan mengenai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang ditangkap khalwat mendakwa dia diserang oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Sungai Gali, Pasir Puteh dekat sini malam tadi.

Saidi mendakwa, dalam kejadian itu dia tidak mengalami kecederaan namun bajunya terkoyak akibat tetakan yang dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 11.30 malam.

Beliau yang kini Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) tanpa mukim bagaimanapun tidak menolak kemungkinan serangan itu berpunca daripada pendedahan mengenai skandal khalwat tersebut dalam beberapa siri ceramahnya di sekitar kawasan Pasir Puteh baru-baru ini.

“Ketika itu saya baru pulang ke rumah dan semasa mahu menaiki tangga, saya diserang dari arah belakang. Saya terus menjerit dan ketika itu isteri saya membuka pintu rumah dan melihat tiga lelaki telah melarikan diri.

“Saya bernasib baik kerana tidak terkena tetakan itu, hanya bahagian belakang dan lengan baju terkoyak, baju itu telah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan, bagaimanapun saya tidak mengetahui motif sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa buah laman blog termasuk Papa Gomo mendedahkan mengenai seorang ADUN Pas dari kawasan Selising telah ditangkap khalwat dalam koc VIP kereta api beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia semalam melaporkan ADUN tersebut, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog Papa Gomo merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Saidi yang keluar daripada Pas pada Oktober lalu berkata, sebelum itu, keretanya telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza secara tiba-tiba dalam perjalanan ke rumah rakannya di Jalan Dalam Rhu, Selasa lalu.

“Dalam perjalanan itu, saya telah melihat sebuah Toyota Avanza yang mengekori saya, tetapi saya tidak endahkan kerana sejak pendedahan isu itu, saya telah menjangkakan akan diekori.

“Ketika saya membuat pusingan U dan secara tiba-tiba kenderaan itu telah melanggar saya dengan kuat di bahagian hadapan sisi kanan tempat duduk sehingga menyebabkan saya terhantuk sebelum pemandu kenderaan itu melarikan diri.

“Saya tidak tahu apa motifnya, tetapi saya percaya mungkin disebabkan perkara yang sama,” katanya.

Beliau berkata, keputusan untuk meninggalkan Pas dibuat kerana kecewa dengan parti tersebut yang tidak melaksanakan apa yang dikatakannya.

“Terlalu banyak contoh untuk dikemukakan, dulu kata hiburan tidak dibenarkan di Kelantan tetapi sekarang pelbagai konsert diadakan di negeri ini malah kita boleh lihat dengan jelas berhala dapat dibina sewenang-wenangnya di negeri ini,” katanya.Utusan Online



Read more ...

Bukti 1Malaysia hanya untuk BN

Sekolah larang gambar Azizan
http://www.mykedah2.com/pic_fame/excoKedahbaru/pahrolrazi.gif
ALOR SETAR, 25 Dis. : Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui PAS mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui PAS mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut.SH

Read more ...

PRK Galas bukti 1Malaysia diguna untuk pancing undi BN

PAS, PKR sokong haram logo 1Malaysia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-OpL4jrfZanhvdxykOPSvyD-ak4ei93HHtK-6FScY6Qw0PjLTurE6-TYvN_7YX85LaYMHjnYDypSruvcxVvN9D0RXGF1MeTucscYKiHuF65vb9Jf72wEJpnIZ_8TO0o8gbeSyzWNUZmk/s320/faizi1b.jpg
SENAI, 25 Dis. : Pengharaman penggunaan logo 1Malaysia pada papan iklan di Selangor nyata mendapat sokongan daripada PAS dan PKR.

Ketua Pemuda PAS Negeri, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan kerajaan Selangor pimpinan PKR yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada papan iklan di negeri itu adalah sesuatu yang wajar dilakukan.

Menurutnya, tidak menjadi masalah jika logo tersebut digunakan hanya bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di samping mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini.

“BN ternyata telah menggunakan logo 1Malaysia demi kepentingan politik bagi meraih sokongan rakyat dan buktinya dapat dilihat pada pilihan raya kecil (PRK) di Galas sebelum ini yang memperlihatkan para pimpinan serta ahli BN membawa logo 1Malaysia ketika berkempen.

“Hal ini menimbulkan kekeliruan seolah-olah logo yang menjadi tunjang perpaduan kaum seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan selama ini dijadikan sebagai simbol parti yang berkepentingan politik semata-mata,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, jika logo tersebut benar-benar menjadi lambang perpaduan rakyat, maka pihak kerajaan yang berperanan utama perlu memastikan bahawa logo tersebut tidak digunakan oleh mana-mana parti untuk tujuan kempen pilihan raya.

“Kalau benar logo tersebut menjadi slogan perpaduan rakyat, maka pihak kerajaan perlu memastikan bahawa logo 1Malaysia itu tidak digunakan oleh mana-mana parti dalam pilihan raya.

“Hal ini dapat membuktikan kepada rakyat bahawa logo 1Malaysia adalah logo yang dimiliki oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri, Zabidie Abas berkata, slogan 1Malaysia telah diambil atau diciplak daripada slogan OneIsrael.

“Apabila kita menerima dan bersetuju dengan logo tersebut ia seolah-olah menyokong dasar Israel yang sememangnya bertentangan dengan Islam khususnya,” katanya.

Beliau berkata, pengharaman penggunaan logo tersebut bukanlah menggambarkan bahawa PKR gentar terhadap populariti gagasan tersebut bahkan menyifatkan slogan seperti itu hanyalah sekadar retorik semata-mata.

Read more ...

Peneroka Untung : Lagi kuat lawan Umno , lagi banyak insentif diterima

Felda bayar bonus insentif RM100.9 juta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqdNvMNRa5jo8D9VwXoEQ4G6Hx7VKu2861H7iLcnrV6QlNf73YipqFiPZadlYoATZ_Zhq7B-Ksuqmm_k19A-Y8Po6wt1ARvetOD5f0TROOsOb4MILEKGnyLExwfgZCwDZOUx6620GOeml7/s1600/logo+anak.jpg

KUALA LUMPUR,25 Dis. : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Beliau berkata, kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.

"Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.

"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata, peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini.

"Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas.

"Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/ hektar," katanya.

Beliau berkata, bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang manakala 61,170 yang sedang menanam semula bersama Felda akan menerima bayaran maksimum RM1,200 seorang.

"Pada tahun ini, Felda turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula.SH

Read more ...

Brahim Ali jangan dok menyibuk

PAS ingatkan orang luar

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/22feb/dr_fadzli_hassan.jpg
KOTA BHARU, 25 Dis. : PAS Kelantan mengingatkan orang luar supaya tidak campur tangan mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan kerana mana-mana pihak tidak berhak berbuat demikian.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, hanya PAS Kelantan sahaja yang berhak tetapi sehingga kini semua pemimpin dan ahli PAS negeri mahukan Tok Guru memberikan sumbangan dalam apa cara sekalipun walaupun hanya melalui pemikiran.

“Selagi Tok Guru sihat PAS Kelantan tetap mahukan beliau menerajui pemerintahan negeri ini. Tiada orang PAS yang mahukan Tok Guru meletak jawatan yang dipegang sejak 20 tahun lalu ini.

“Ini peringatan untuk UMNO atau sesiapa sahaja bahawa kekuatan PAS bukan terletak pada Tok Guru semata-mata tetapi pada ideologi perjuangan PAS selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali supaya Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan Menteri Besar dalam akhbar ini, kelmarin.

Gesaan itu dibuat ekoran keadaan kesihatannya yang sering terganggu di samping gagal membawa sebarang perubahan meskipun sudah mentadbir negeri ini selama 20 tahun.

Mohamed Fadzli berkata, jika Nik Abdul Aziz tiada atau melepaskan jawatannya itu, Tok Guru lain boleh mengambil alih tampuk pemerintahannya kerana ramai yang layak kerana penggantinya akan ada.

Menurutnya, soalnya sekarang tidak timbul pengganti Nik Abdul Aziz kerana pemimpin dan ahli Pas masih perlukan Mursyidul Am PAS itu menerajui kepimpinan Kelantan.

“Jika Tok Guru ini tiada, Tok Guru (pemimpin PAS) lain boleh ambil alih kerana ramai yang layak. Soalnya selagi Tok Guru boleh berkhidmat PAS Kelantan tetap perlukan beliau.

“Walaupun Tok Guru sering sakit, namun selagi beliau boleh memberikan pandangan, pemikiran, idea untuk negeri ini selagi itu PAS Kelantan tetap berdiri teguh di belakang beliau. Melainkan beliau sendiri yang rasa nak tarik diri,” katanya.

Akhbar ini kelmarin melaporkan, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz perlu berundur dan melepaskan jawatan Menteri Besar supaya rakyat tidak terus ditindas dengan kepincangan dalam pembangunan di negeri ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Mursyidul Am PAS berkenaan sehingga kini hanya menggunakan sentimen agama untuk meraih kepentingan politik dan pada masa yang sama telah mengkhianati orang Melayu dan Islam di negara ini.

Ibrahim berkata, Menteri Besar terbabit mencipta banyak alasan untuk kekal menjadi Menteri Besar kerana sudah berasa ‘seronok’ dengan kuasa di Kelantan.SH

Read more ...

Penduduk Kampung Baru keliru, penerangan tak terperinci

Maklumat Tak Terperinci: MAS Bantah Akta Kg Baru


KUALA LUMPUR 25 Dis.: Pemilik dan waris tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur keliru dengan penerangan yang tidak jelas oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berhubung Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dua minggu lalu.

Ketidakpuasan hati ini dibuat melalui Pengurusan Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru.

Menurut Setiausaha Agung MAS Shamsuri Suradi, penerangan secara tidak terperinci mengenai rang undang-undang itu menyebabkan penduduk terutamanya pemilik dan pewaris tanah di kawasan itu terkeliru.

“Pemilik dan pewaris tanah di sini (Kampung Baru) keliru kerana penerangan yang dibuat itu tidak jelas.

“Kementerian perlu jelaskan perbadanan ini untuk apa? Apa manfaat kepada penduduk? Kementerian tidak boleh hanya terangkan secara terus sahaja.

“Penjelesan terperinci perlu dibuat, baru penduduk boleh faham. Kalau penduduk tak faham mereka akan ada persepsi yang berbeza,” kata beliau.

Memetuk laporan The Malaysian Insider, Shamsuri juga mencadangkan agar perkataan “MAS” itu turut diletakkan sekali dalam Perbadanan Pembangunan Kampong Baru.

“Kita nak mesti ada perkataan MAS... kalau tidak, ikut perbadanan itu, MAS akan dibubarkan.

“MAS akan diletakkan di bawah Majlis Penasihat perbadanan ini, kita mahu MAS menjadi keutamaan,” katanya.

Pada 14 Disember lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah memberikan penerangan kepada kira-kira 300 penduduk terdiri daripada pemilik dan pewaris Kampung Baru.

Penerangan itu diadakan beberapa jami selepas rang undang-undang itu dibaca kali pertama di Parlimen. Ia dijangka baca kali kedua Mac depan.

Pertemuan itu melibatkan dua buah kampung iaitu Kampung Hujung Pasir dan Kampung Periuk.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Bakaruddin Othman dan barisan kepimpinan MAS.

Pertemuan dengan lima buah kampung lain dijangka akan diadakan awal tahun depan.

Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang berusia 110 tahun dan meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar. Kawasan itu kini didiami sekitar 35,000 orang.

Kampung Baru mempunyai tujuh buah kampung iaitu Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.

Menurut Shamsuri, satu pertemuan dirancang untuk diadakan dengan ketujuh-tujuh ketua kampung di Kampung Baru malam tadi.

Namun Shamsuri bagaimanapun enggan mendedahkan tujuan pertemuan itu.

Difahamkan pertemuan itu diadakan untuk mendapatkan respons berhubung Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru.

“Tunggulah kita adakan mesyuarat dulu, kemudian baru kita akan beritahu. Ada tiga isu yang utama dalam pertemuan,” kata Shamsuri.

Persatuan Pembangunan Kampung Baru sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap langkah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang membentangkan rang undang-undang itu terlebih dahulu di Parlimen.

Persatuan itu mendakwa pembentangan itu dibuat tanpa memberi penerangan secara terperinci mengenainya kepada mereka terlebih dahulu.

Read more ...

Masalah jika SUK balaci Umno

SUK : Kerajaan Negeri Disaran Gubal Perlembagaan Negeri


SHAH ALAM 24 Dis. : Abdullah Sani Abdul Hamid menyarankan Kerajaan Negeri Selangor menggubal perlembagaan negeri untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pegawai tadbir sendiri dan bukannya oleh pihak lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata hal itu penting bagi menjamin kelicinan pentadbiran negeri terutama jika kerajaan negeri bukan dari parti yang sama dengan kerajaan pusat.

"Saya sarankan kerajaan negeri wajib pinda perlembagaan tubuh negeri memberi kuasa negeri jamin kedudukan pegawainya dilantik dari kelompok mereka bukannya dari kalangan yang menderhaka kepada mereka," katanya.

Sebelum ini, Kelantan telahpun mengubah perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa campur tangan dari pelbagai pihak yang selalunya dimanipulasi oleh Umno.

Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pakar Perlembagaan Professor Dr Abdul Aziz Bari telahpun mengusulkan agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat melantik sendiri Pegawai Tadbir dan Pegawai Undang-undang bagi menghalang campur tangan dan sabotaj Parti Pemerintah Pusat.

Menurut Aziz Bari, tidak ada sebarang perlembagaan khusus melibatkan perkara ini dan ia sepatutnya boleh dilakukan.

Khabar angin kini kuat bertiup bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang dianggap sebagai 'rapat' dengan Umno disebut-sebut menggantikan Datuk Ramli Mahmud sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Abdullah Sani menganggap kewajaran sebenar perkara ini adalah kerana Kerajaan Negeri dipilih oleh rakyat negeri itu sendiri dan bukannya oleh mereka yang berkepentingan lain.

"Sewajibnya Setiausaha Negeri dilantik oleh kerajaan negeri yang memerintah, oleh itu saya setuju sangat dengan Kelantan kerana pilihan SUK dibuat oleh kerajaan negeri. Pusat tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran negeri kerana dia tidak mendapat mandat dari rakyat," katanya.

Read more ...

Hadiri majlis kebudayaan orang bukan Islam tidak salah

Nik Aziz Konsisten Pertahan Anwar


KOTA BHARU 25 Dis.: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Terkini ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu semalam, Nik Aziz mengecam tindakann ahli politik yang secara berterusan mengkritik serta menuduh Ketua Pembangkang itu dalam kes yang sedang dihadapinya.

Tegas Nik Aziz, sebagai manusia Anwar juga mempunyai perasaan sama seperti manusia lain sambil menegaskan betapa tuduhan yang dibuat itu perlu kepada bukti yang kukuh.

"Sekarang ni mereka dok cincang Anwar, apa yang mereka tak kata kepada beliau sejak bertahun-tahun. Ada menuduh dia terlibat kes liwat dan bermacam-macam lagi.

" Anwar itu orang bukan batang kayu, dia ada hati perut dan perasaan, dia ada maruah, kenapa nak tuduh tanpa bukti. Itu berdosa, jika Anwar tidak maaf, orang itu tidak masuk syurga," katanya.

Berkenaan pihak yang menuduhnya bersikap pluralisma dalam agama, Mursyidul Am PAS itu berkata menegur sikap segelintir ahli politik yang memainkan isu berkenaan.

Nik Aziz dilabel demikian apabila menghadiri majlis masyarakat bukan Islam, sedangka ia tidak salah menurut pandangan Islam.

"Saya ni tok guru,kalau saya buat benda saya akan fikir panjang. Dalam kes itu, saya tanya orang Cina, majlis tu melibatkan kebudayaan ke agama, kalau agama saya tidak boleh pergi kerana kita ada tuhan satu sahaja. Saya tidak halal orang yang menuduh saya begitu," katanya.

Read more ...

Habis duit rakyat kerajaan Umno buat belanja

Kerajaan Negeri Terengganu Bankrap?

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/DSC_0146.JPGKUALA TERENGGANU, 24 Dis. : Banyak penyelewengan yang telah di lakukan oleh Umno dalam pelbagai bidang termasuk bidang ekonomi, politik, dan undang-undang.

Ahli-ahli dan penyokong PAS digesa menggunakan isu penyelewengan tersebut bagi membuktikan kepada rakyat bahawa, sudah tiba masanya PAS menggantikan Umno sebagai pemerintah.

”Penyelewengan-penyelewengan Umno dalam banyak bidang. Bidang ekonomi, bidang politik, bidang undang-undang dan sebagainya,

“maka, kita guna itu semua untuk membuktikan betapa PAS mesti ganti Umno. Sama ada disukai oleh Umno atau tidak disukai oleh Umno,”kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib ketika berucap dalam Seminar ‘PAS Ganti Umno’ (PGU), di Kuala Ibai, disini, semalam.

(Gambar - Melempah keluar! para peserta seminar PGU terpaksa mendengar ucapan dan pembentangan dari luar dewan)

Menurut Ustaz Harun, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan negeri Terengganu ‘hampir bankrap’ kerana telah membelanjakan wang dengan begitu banyak.


“Negeri Terengganu ini duit banyak tapi belanja tidak cukup. Terengganu ini hampir bankrap dan boleh kata bankrap lah.

”dalam (pembentangan) Bajet 2011 (di Sidang DUN) baru-baru ini habis pitis (wang) tinggal RM200,000 sahaja,”jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir.

Ustaz Harun mendakwa, Umno Terengganu bukan sahaja membelanjakan wang royalti petroleum, bahkan wang dari sumber ‘Kumpulan Wang Disatukan’ juga habis.

“Habis pitis (wang) dia buat belanja belaka. Pasal apa pitis itu bukan pitis dia, pitis orang dia buat belanja juga…sebab itu, saya kata kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu ini ‘kemaruk’.

”Pitis royalti (petroleum), pitis itu, pitis ini dia buat belanja belaka, dia panggil pitis Kumpulan Wang Yang Disatukan. Duit ini habis dia belanja tidak ada ‘skepeng habuk’,

”selepas itu belanja lagi dia ambil pitis mana, Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan. Wang kita bayar deposit, bayar api, bayar air macam-macamlah. Habis dia ambil dia buat belanja,”tegasnya.

Beliau mendedahkan, baki akaun kewangan kerajaan Terengganu sebenarnya tidak ada dan nilai RM200,000 itu wujud apabila dicampur dengan wang dari Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan.Buletin Online

Read more ...

Peneroka bangkit, Umno terhimpit

Mazlan : 'FELDA Kini Goyah' Dengan Kebangkitan Peneroka


SHAH ALAM 24 Dis.: 'FELDA kini goyah', begitulah tafsiran Mazlan Aliman apabila Pengarah Besar FELDA Datuk Dzulkifli Abd Wahab mengeluarkan pekeliling yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), mengingatkan FELDA tentang kebangkitan peneroka hari ini adalah dari kekhilafan dan keangkuhan agensi itu mencengkam dan menindas peneroka.

Mazlan berkata, peneroka menerusi ANAK mengunakan saluran mahkamah sebagai pilihan terakhir setelah mencuba pelbagai pendekatan demi menyelesaikan masalah yang mencengkam peneroka.

Risalah dua halaman bertajuk 'Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara' yang diedarkan kepada peneroka-peneroka dan dibacakan isinya di masjid-masjid jelas mengambarkan keresahan FELDA menghadapi kebangkitan peneroka.

"Sebenarnya kita sudah mengunakan pelbagai pendekatan dan berbincang sudah lama tetapi apa yang menjadi persoalan ialah FELDA seolah-olah tidak menunjuk tindakbalas positif apabila kita mengadakan perbincangan," katanya.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Mazlan yang dihubungi Tvselangor menjelaskan kenyataan FELDA dalam risalah itu juga jelas mengambarkan agensi Peneroka Tanah itu sekarang seolah-olah sudah 'terhantuk baru terngadah'.

"tidak nampak kesungguhan FELDA dalam memuktamad sesuatu perbincangan untuk memberi hak kepada peneroka," katanya.

"Jadi adakah jika peneroka mengunakan saluran mahkamah mereka dianggap angkuh dan mereka sekarang sudah pandai menunjuk sikap biadap, sepatutnya bagi saya FELDA harus muhasabah dengan kelemahan mereka," katanya lagi.

Selain itu,Pengarah Besar FELDA juga mensasarkan agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia.

Mazlan menjelaskan dalam masalah yang timbul sepanjang penubuhan agensi tersebut sejak 1956, pentadbiran mereka dibelenggu dan dicengkam pemerintah politik.

"Sebab itu dalam hal ini saya leboih nampak bukan teruk sangat masalah pentadbiran FELDA tetapi ia adalah gangguan daripada kuasa politik kerajaan yang memerintah kerana ini banyak penyelesaian tidak berlaku,sekiranya dibebaskan kuasa politik dari FELDA dan biar FELDA tentukan pemerintahannya antara mereka dan peneroka saya rasa telah lama jalan penyelesaian dapat dicapai," katanya.

Read more ...

Umno berlakon untuk menghasut rakyat

Jemaah Surau Al Hidayah Puas Hati Penjelasan Kerajaan Negeri


SHAH ALAM 24 Dis.: Isu tapak surau Al Hidayah, Rawang dianggap selesai apabila kira-kira 300 jemaah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharum.

Umno dan Barisan Nasional sebelum ini cuba memprovokasi dan mendakwa kerajaan negeri akan merobohkan surau tersebut.

Kata Badrul demonstrasi bantahan terhadap terhadap Surau Al-Hidayah, Kampung Melayu Pekan Rawang yang dikatakan bakal dirobohkan hanyalah satu provokasi murahan dan mengecam tindakkan pihak tersebut yang menjaja isu agama demi kepentingan tersendiri.

Sekurang-kurangnya 300 jemaah berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Nurul Iman Rawang petang tadi bagi menunjukkan sokongan solidariti mereka membantah provokasi murahan pihak tertentu tempoh hari supaya rakyat membenci Pakatan Rakyat yang kononnya meminggirkan isu agama Islam.

Badrul berkata isu sebenar yang melanda kariah disini ialah isu provokasi yang berselindung disebalik niat mempertahankan masjid walhal ia adalah usaha pihak tertentu yang mahu meraih sokongan orang ramai untuk menyelamatkan tanah mereka.

"Tidak timbul isu roboh masjid yang timbul ialah provokasi, dan pihak yang tertentu yang mahu selamatkan tanah mereka mainkan isu roboh masjid supaya orang ramai pertahankan mereka bukan mahu pertahankan masjid," katanya.

Terdahulu pada 2 April 2001 tanah wakaf Masjid Nurul Iman (sekarang tapak surau Al Hidayah),seluas 13,885 kakipersegi diberi oleh kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional ketika itu kepada SAP Holding.

Kemudian pada 29 Jun 2009 tanah tersebut dipecahkan kepada lapan lot sekaligus ia membuktikan terdapat satu pelanggaran enakmen tanah wakaf kerana ia tukar milik.

"Hari ini nampaknya semua jelas, pihak masjid dan jemaah yang hadir berjumpa saya menyatakan berpuas hati dan mereka menyokong penuh usaha kerajaan negeri mengembalikan tanah itu kepada masjid," katanya.

Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat dan rakan komponen yang lain di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim komited dalam menjaga sensitiviti seperti ini dan mendakwa apa yang berlaku adalah niat jahat pihak tertentu.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Mohamad Abdul Rahman dan Nazir Masjid Nurul Iman, Ilham Akhbar Harun.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Mohamad Abdul Rahman ketika ditemui Tv Selangor mengesa penilaian rakyat sebaiknya atas insiden yang berlaku selain menjelaskan sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat tidak pernah berlaku lagi perobohan Masjid dan surau mahupun rumah ibadah agama lain.

"Pada saya adalah satu fitnah kerana mengunakan agama untuk kepentingan pribadi mereka dan sebab itu saya menyatakan Umno dan kuncu-kuncunya jangan berlakon kononnya mahu mempertahankan agama dan selama ini pun kita tahu Umno yang paling banyak merobohkan masjid.

"Dan kita juga tahu, sejak Pakatan Rakyat memerintah,tiada satu surau, masjid mahupun rumah ibadat lain yang dirobohkan atau matikan peranannya," katanya.

Tambahnya lagi, beliau sangat kecewa dengan sikap Umno-BN kerana sanggup menjaja tanah masjid dan mengunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka.

"Umno-BN ini sebenarnya kehilangan negeri yang mereka rasakan negeri ini hak mereka, pada saya negeri adalah hak rakyat dan pemimpin yang memegang kuasa haruslah mentadbir dengan seadil-adilnya.

"Ini merupakan satu agenda untuk mengajak rakyat seolah-olah kerajaan negeri tidak prihatin tentang agama," jelasnya.

Read more ...

SPRM bukan pilih bulu, tapi pilih kroni

Salahudin kesal SPRM 'abai' kes MAS, 'cepat' kes Rosli Dahlan

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Salahudin yang juga anggota jawatankuasa khas suruhanjaya itu berkata, SPRM sebaliknya dilihat masih berdolak dalih untuk bertindak ke atas bekas Pengerusi eksekutif MAS Tan Sri Tajudin Ramli berhubung kerugian syaraikat penerbangan itu.

"Saya terkilan dengan kenyataan SPRM tersebut untuk merayu terhadap kes En Rosli Dahlan kerana mereka tidak menunjukkan minat dan ketangkasan yang sama keatas aduan MAS yang dibuat terhadap Tan Sri Tajudin Ramli berhubung kerugian yang ditanggung MAS semasa diterajui oleh Tan Sri Tajudin.

"Dalam skandal Sime Darby yang terkini, tindakan sivil dan jenayah telah pun diambil tetapi Tan Sri Tajudin kelihatan kebal dari proses undang-undang. Rakyat bertanya kenapa bagitu jadinya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya lagi, umum mengetahui bahawa En Rosli Dahlan adalah peguam MAS yang mengendalikan kes terhadap Tan Sri Tajudin Ramli.

Juga umum mengetahui bahawa En Rosli Dahlan dikenakan pertuduhan semasa mewakili Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, yang telah mengesyorkan kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi bahawa Tan Sri Tajudin wajar dikenakan pendakwaan atas beberapa pertuduhan.

Pada 20 Disember lalu, Rosli bebas tanpa dipanggil membela diri selepas Mahkamah Sesyen di sini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kegagalannya mematuhi satu notis untuk mendedahkan segala maklumat mengenai asetnya.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan bahawa notis yang ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya Kanan SPRM Anthony Kevin Morais gagal membuktikan peguam itu merupakan seorang daripada sekutu bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Ramli Yusof.

Beliau juga memutuskan pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa Rosli secara sengaja gagal memberi maklum balas terhadap notis yang dikeluarkan Morais.

Pada 12 Oktober, Rosli dihadapkan ke mahkamah kerana kerana dituduh gagal mematuhi notis untuk mendedahkan segala maklumat berhubung harta miliknya dalam tempoh dua bulan sebagaimana disyaratkan mengikut notis bertarikh 17 Julai, yang kemudiannya dilanjutkan ke 16 Ogos, satu kesalahan mengikut Seksyen 32 (2) Akta Pencegah Rasuah 1997.

Rosli, 46, rakan kongsi sebuah syarikat guaman terkenal dan seorang rakan karib Ramli, pada hari tuduhan dibaca ke atasnya pada 12 Oktober, 2007 memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan terhadapnya sehari sebelum Aidilfitri akan menyebabkan beliau menjadi bahan cemuhan jika ke masjid esoknya untuk bersolat raya.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Zulqarnain Hassan berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS itu berkata Rosli adalah peguam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang mengendalikan kes terhadap bekas pengerusi eksekutifnya Tan Sri Tajudin Ramli.

"Hal ini lebih mengecewakan kerana SPRM juga tidak menunjukkan sebaran reaksi terhadap pendedahan bahawa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mempunyai hubungan mencurigakan dengan proksi Tan Sri Tajudin Ramli, seorang yang dikenali sebagai Shahidan Shafie iaitu bekas OKT dalam kes rasuah beberapa tahun dahulu.

"Hali ini telah pun dibangkitkan oleh Tan Sri Robert Phang, seorang Ahli Lembaga Penasihat SPRM. Tapi sehingga kini Peguam Negara masih membisu," kata Salahudin lagi.

Beliau juga jelasnya terpanggil untuk merujuk kepada ucapan En Rosli Dahlan bahawa dia dimangsakan kerana dikenakan pertuduhan lebih awal sedangkan pada masa itu Ramli masih belum pun dituduh atas sebarang kesalahan.

Dan kesudahannya ialah setelah Ramli dibebaskan, SPRM masih enggan menarik balik pertuduhan terhadap En Rosli.

"Ini menunjukkan seolah-olah terdapat elemen salah guna kuasa oleh pihak SPRM dan Peguam Negara.

"En Rosli juga menuduh bahawa terdapat konspirasi membabitkan media arus perdana dengan “rogue elements in the government” atau elemen bajingan dalam kerajaan. Hali ini amatlah menggerunkan," katanya.
Salahuddin Ayub kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang cepat mahu membuat rayuan terhadap kes peguam kanan Rosli Dahlan.

Read more ...