Friday, July 8, 2011

Himpunan BERSIH 2.0 : Pemimpin PAS ‘rahsiakan’ lokasi mereka elak ditangkap

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu64lnNZ7E2fd8oVxCjhy3oKxM8LWv1o4lpT0vn9hkIt7pMpbZNqczhbNUh7EUvl5ZPJ7ECRURqqOXU5-A9fO-zfK36KglIveOyAitwSLQetywlJHsnuGnyrW31ovIvB7xC6pt88q0etI/s1600/4f093d2e3babdb8fffcc6b6bbf30a50d.gifKUALA LUMPUR, 9 Julai — Menjelang Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka petang ini, pemimpin PAS mengambil pendirian “merahsiakan” lokasi masing-masing dipercayai bimbang akan ditangkap polis.

Kelmarin polis telah mendapatkan perintah mahkamah melarang 91 individu memasuki Kuala Lumpur.


Turut berada dalam senarai itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Selain itu penganjur yang mengadakan perhimpunan termasuk daripada Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa turut tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur.

Mereka dilarang memasuki Kuala Lumpur antara pukul 8 pagi dan 6 petang sama ada berjalan kaki atau menaiki mana-mana kenderaaan termasuk bas dan kereta api.

Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata beliau berada di Kuala Lumpur, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar.

“Sudah ada di Kuala Lumpur, itu sahaja... apa-apa kita tunggu sahaja esok macam mana,” jawabnya ringkas.

Jawapan sama turut diberikan Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada The Malaysian Insider.

“Dalam Kuala Lumpur, di mana sahaja,” jawabnya.

Menurut perkembangan terbaru Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajan (NGO) itu memutuskan untuk berhimpun di tempat letak kenderaan Stadium Merdeka walaupun polis tidak memberikan sebarang permit.

Dalam kenyataan lewat petang semalam, Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan gerakan itu komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bersih dan adil.

“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.

“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman Bersih 2.0, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,” kata gabungan itu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad Bersih 2.0 untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.

Menurut gabungan itu adalah amat penting, lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.

“Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita,” katanya.

Selain mengeluarkan perintah larangan ke atas 91 individu, polis juga mengambil langkah pencegahan dengan menutup dan melencongkan hampir 30 jalan utama sekitar Kuala Lumpur mulai 12.01 tengah malam tadi.

The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan PAS akan berkumpul di Masjid Negara dan Masjid Jamek Kampung Baru sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

Dipetik dari The Malaysia Insider

Read more ...

TERKINI : Lebuhraya sesak sejak dari semalam, kenderaan masuk ke KL bertali arus. Sekatan polis bukan lagi penghalang

Terkini dari Perisik Rakyat , berlaku kesesakan di lebuhraya sejak semalam bukan sahaja disebabkan sekatan polis tetapi terlalu banyak kenderaan peserta himpunan BERSIH 2.0 yang menuju ke KL.

Walaupun rakyat ditekan , BERSIH 2.0 dihentam namun semangat rakyat bukan semakin kendur tapi bertambah keinginan menyertai himpunan BERSIH . Kesesakan di lebuh raya menjadi bukti rakyat bertali arus masuk ke KL.

Road-block...


Jam 2:00 AM, lebuhraya sesak...




Pandangan dari atas...


Makin disekat, Makin ramai yang datang..!

Sementara itu, pesanan kepada semua peserta himpunan BERSIH supaya berhati-hati dengan call atau SMS provokasi atau penipuan kerana sudah ada peserta yang dirampas HP oleh polis.

Pastikan sms atau call yang diterima benar-benar dari orang yang dikenali.

Di luar negara himpunan BERSIH 2.0 sudah berjalan , sedang dan akan berjalan kerana waktu yang lebih awal dari waktu di Malaysia. Sambutan di luar negara dari rakyat Malaysia dan rakyat luar negara terhadap BERSIH 2.0 sangat hebat.


Perkembangan Terkini :
Bersih 2.0 gathering
08:38
Twitter
fahmi_fadzil:
#bersih tetap menuju Stadium Merdeka. [via Twitter]
08:37
Twitter
afifbahardin:
RT @ZahirilAdzim: Selama ni aman ke? :) RT @MathewMandi: @ZahirilAdzim bayangkan pagi ni pagi terakhir Malaysia sebagai negara aman [via Twitter]
08:37
Twitter
insider_latest:
BERSIH - Big police contingent outside Masjid Jamek LRT station which is virtually deserted. [via Twitter]
08:37
Twitter
bersih2:
RT @zul_azri: @najibrazak sy dengar @bersih2 akan ikut laut dan masuk ke KL melalui sungai Klang menggunakan kapal selam. Sy harap ds cp ... [via Twitter]
08:37
Twitter
afifbahardin:
RT @HairizAMK: Tangkapan pertama di Sogo, ahli AMK Melaka.. Update.. [via Twitter]
08:37
Twitter
bersih2:
#bersihAccess RT @bananachoo: @bersih2 from @icednyior: 0825 Federal is CLOSED towards KL at midvalley area #klrb #bersih [via Twitter]
08:37
Twitter
afifbahardin:
RT @bumilangit: #demonstran yg dah masuk KL. Beli satu tiub ubat gigi. Kalau kena air asid nanti, larutkan ubat gigi dgn air, dan bilas. ... [via Twitter]
08:36
Twitter
bersih2:
#BersihAccess RT @_hafiz: Shah Alam to KL: clear via Glenmarie (avoid tol B3)>Nkve,Damansara exit> UM.Lrt at Kerinchi to Pasar Seni.40mins:) [via Twitter]
08:36
Twitter
afifbahardin:
@bersih2 #BersihAccess park at Brickfields and hike towards KTM komuter.. Quite smooth [via Twitter]
08:36
Twitter
insider_latest:
BERSIH - Monorail service operating as usual with police General Operations Force personnal outside Maharajalela station. [via Twitter]

08:35
Twitter
afifbahardin:
RT @chegubard: Sila abaikn semua sms/msg/arahan xdikenali.Solat Zuhor di Masjid Jame' atau Masjid Negara dgr arahan ke Stadium atau brsa ... [via Twitter]
08:34
Twitter
fahmi_fadzil:
RT @anwaribrahim: RT @ask_ivan: Crowd-sourced map of #bersih road blocks http://goo.gl/s3UR6 Please RT for our brothers and sisters #ber ... [via Twitter]
08:34
Twitter
fahmi_fadzil:
RT @fiqsunny: RT @HairizAMK: Tangkapan pertama di Sogo, ahli AMK Melaka.. Update.. [via Twitter]
08:34
Twitter
bersih2:
RT @alexophilic: highway KESAS heading to KL jammed from section 25 Alam Megah... try avoid this way... #BersihAccess #fb [via Twitter]
08:34
Twitter
bersih2:
RT @TimAzwan: naik lrt turun Hang Tuah #BersihAccess [via Twitter]
08:33
Twitter
bersih2:
RT @drewYong: Took LRT to Masjid Jamek. All stations still open. #Bersihaccess [via Twitter]
08:32
Twitter
afifbahardin:
@imokman come join me in KTM KL [via Twitter]


08:27
Twitter
bersih2:
RT @afiqhanif: @bersih2 #Bersih #Bersih2 to marcher frm subang,s.alam,klang.plz use NPE now.its clear.no #klroadblock till bgsr. after t ... [via Twitter]
08:27
Twitter
fahmi_fadzil:
RT @chegubard: Sila abaikn semua sms/msg/arahan xdikenali.Solat Zuhor di Masjid Jame' atau Masjid Negara dgr arahan ke Stadium atau brsa ... [via Twitter]
08:27
Twitter
afifbahardin:
Komuter berhenti di Stesen KTM Kuala Lumpur, ramai #demonstran tlh memenuhi,smpi kedai mamak penuh
[via Twitter]
08:27
Anil:
The Steering Committee of Bersih 2.0 is challenging the Home Minister’s order declaring the movement as an unlawful society.

Committee chairman Datuk Ambiga Sreenevasan and 13 others filed an application for a judicial review at the High Court (Appellate and Special Powers) registry to quash the July 1 order made under Section 5 of the Societies Act declaring that the coalition was an unlawful society.

Full report: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/9/nation/9071146&sec=nation
08:26
Twitter
insider_latest:
BERSIH - Kuala Lumpur deserted this morning as police patrol most parts of city centre. [via Twitter]


08:25
Twitter
bersih2:
Friends, do report on access to KL - which routes are open, which are heavily blocked? #BersihAccess [via Twitter]
08:24
Twitter
fahmi_fadzil:
Was informed DBKL supporting police today RT @limlipeng: DBKL in cahoot with police lockdown Jalan Kuching. [via Twitter]
08:24
Twitter
bersih2:
Rakan2, minta bantuan anda utk laporkan bagaimana akses ke KL - di mana mudah, di mana disekat? [via Twitter]
08:23
Twitter
limlipeng:
DBKL in cahoot with police lockdown Jalan Kuching. [via Twitter]
08:22
Twitter
bersih2:
RT @kcwai: Kesas massive roadblock to one lane only right after hicom interchange, klang towards usj #klrb @bersih2 #fb [via Twitter]
08:21
Twitter
bersih2:
RT @kcwai: Massive roadblock on Persiaran Kewajipan from metropolitan roundabout twds Kesas interchange, right at the bhp station #klrb ... [via Twitter]
08:21
Twitter
fahmi_fadzil:
#bersih RT @imokman: Bank Negara KTM operating as normal, take the commuter if possible, come in small groups. [via Twitter]
08:21
Twitter
bersih2:
Salam Bersih, Yellow Everybody!! T-6 jam - Sila mula menuju KL dan bersedialah untuk selamatkan Malaysia!! [via Twitter]
08:19

Anil:
The scene outside the National Mosque:
08:14
Twitter
fahmi_fadzil:
Lepas makan breakfast, kita jalan fast-fast. #bersih [via Twitter]
08:12
Twitter
fahmi_fadzil:
Around Bkt Bintang, Pudu kot RT @reginalah: Good morning. Having wantan mee behind Sungai Wang plaza. So where will you be today? [via Twitter]
08:11
Twitter
fahmi_fadzil:
Access to PAS HQ also anticipated RT @limlipeng: Breakin news: Police lockdown access to DAP HQ in Pudu. [via Twitter]
08:11
Twitter
fahmi_fadzil:
RT @realDrMAZA: Patriot dpt publisiti dlm TV. Negaraku. [via Twitter]
08:07
Twitter
fahmi_fadzil:
@TheBackpackr @jasurin check http://t.co/qdlvGBV [via Twitter]
07:45

Anil:
The 'lock-down' of Kuala Lumpur has made it to BBC News:
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-14076424
07:23

Anil:
Good morning and welcome to updates of what is happening in Kuala Lumpur today.

Read more ...

MB mohon Agong titah adakan referendum bebas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyoquI9VudJmpKsf3iQzeLK-_KtftqSzPIhauyBMUmKvORnc6ZRcfCc9fLq_2v1p0OA-_lFkQ4H0OsikjxodRUKewkyMeXd4gxK3DpzezxD4C4b832qYeJLbOE4QPenwgQBgf15BJTpBFq/s320/agong-bersih.gifMenteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong mencadangkan kepada Seri Paduka menitah supaya diadakan tinjauan pendapat atau referendum bebas bagi mengetahui berapa ramai rakyat mahukan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

Surat tersebut telah dihantar kepada Seri Paduka petang ini.

Seterusnya, kata Khalid, kesemua kehendak rakyat ini perlulah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau kerajaan Malaysia yang dilantik dengan perkenan Seri Paduka.

azlanKatanya, beliau terharu dan menghargai keprihatinan Seri Paduka yang sudi berjumpa dengan ahli jawatankuasa BERSIH pada 3 Julai lalu serta mengikuti perkembangan BERSIH.

Menurut Khalid, memorandum yang akan dihantar kepada Seri Paduka mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campurtangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih.

“Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog.

“Pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak
bertanggungjawab ini terus dilakukan,” kata menteri besar.

Khalid mendakwa, pilihan raya tidak jujur di negara ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti:

1. Memanipulasi kawasan persempadanan.

2. Jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen.

3. Penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa.

4. Penyamaran dan penukaran kotak undi.

5. Sistem undi pos yang menimbulkan tandatanya.

6. Waktu berkempen yang singkat; dan

7. Laporan media yang berat sebelah.

Menteri besar berkata, memorandum rakyat yang akan diserahkan kepada Seri Paduka esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini.

Read more ...

Kompromi ada hadnya, UMNO jangan melampaui batas salah guna kuasa

http://buletinonline.net/images/stories/berita49/stadiumbersih.pngSaya menyanjung tinggi keputusan BERSIH yang telah memuktamadkan lokasi himpunan di Stadium Merdeka jam 2.00 petang 9 Julai ini. Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri akan merasa yakin bahawa mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya, bahkan juga kerajaan BN akan membuka mata bahawa rakyat menuntut perubahan segera sebelum Pilihanraya Umum ke 13 diadakan.

Walau tidak dinafikan, ada dikalangan penyokong BERSIH yang kecewa dengan beberapa tindakan kompromi sebelum ini, tapi kita perlu bersangka baik bahawa BERSIH 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat.


Tinggal pemimpin BN yang lidah bercabang. Sekejap kata nak bagi stadium, sekejap kata BERSIH tak boleh mohon sebab tak berdaftar, sekejap kata tak boleh guna stadium sekitar Lembah Kelang, sekejap kata gunalah stadium di negeri Pakatan Rakyat. Sekejap kata boleh berhimpun tapi tak boleh pakai baju BERSIH. Ini orang Terengganu kata, kluk klek! Mereka nak permainkan kita sehingga pengikut bawahan mula keliru. Di sinilah kebijaksanaan dan ketegasan pimpinan terserlah. Kompromi ada hadnya.


Jesteru semua peringkat pimpinan perlu bergerak segera memobilasikan rakyat dengan tempoh yang ada. Ayuh keluar dengan baju BERSIH tanpa ragu dan keliru. Biarkan polis dengan tugasnya, dan kita dengan agenda kita.


Semalam dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, seolah-olah zaman darurat. Melaui jalan pantai, sekatan pertama polis di Padang Nenas, sekatan kedua di Batu Rakit, sekatan ketiga di Bari, sekatan keempat di Saujana, sekatan kelima di sempadan Kuala Besut-Semerak dan sekatan terakhir di Jalan Tok Bali-Melawi. Untuk apa semua ini?


9 Julai khabarnya Najib akan keluar negara. Kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini yang puncanya saya cukup yakin bukan bermula dari peserta Himpunan BERSIH, mungkinkah berulang lagi episod kambing hitam sebagaimana Musa menjadi kambing hitam kepada Mahathir dalam peristiwa Memali. Siapa yang akan dikambing hitamkan. Muhyiddin, Hishamuddin atau Rais? Berhati-hati sebelum bertindak! Sekali lagi diingatkan, pemerintah yang berkonfrantasi dengan kehendak dan hasrat rakyat tak akan ke mana.


Dr Azman Ibrhim
AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu
http://www.drazmanibrahim.com

Read more ...

Polis keluar hotel masuk hotel, keluar bilik masuk bilik cari baju BERSIH 2.0 : Kalau bersungguh macam tu cegah jenayah OK juga

SALAH seorang pembaca MiLo SuaM melaporkan bahawa pihak Polis kini sedang melancarkan operasi besar-besaran ke atas semua hotel-hotel sekitar ibu negara untuk mencari baju BERSIH 2.0.

Pihak Polis menyerbu dari satu bilik ke satu bilik untuk memeriksa dan menggeledah barang-barang milik penyewa hotel bagi mendapatkan sebarang bahan-bahan yang berkaitan dengan BERSIH 2.0, sekaligus menahan pemiliknya.

Gambar yang dikirim berikut didakwa diambil di lobi sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Puteri Park Hotel. Kelihatan di dalam gambar, pihak Polis sedang memulakan operasi mereka.


Anda dinasihatkan untuk menyembunyikan sebarang bahan yang berkaitan dengan BERSIH bagi mengelakkan ditangkap malam ini. Kalau nak kena tangkap biarlah besok semasa perhimpunan, bukan pagi-pagi buta macam ni.

Anda juga dinasihatkan untuk mengambil gambar pihak Polis ketika mereka menggeledah bilik dan barang-barang anda sebagai bukti kerana difahamkan, pihak Polis menyerbu dari satu bilik ke satu bilik tanpa waran. Gambar tersebut boleh digunakan untuk tindakan saman nanti.

Ikuti juga laporan dari Topeng Perak Unmasked© klik sini [Perisik Rakyat]

ReJaM© "BERSIH 2.0, Turun tetap turun!"

Read more ...

TERKINI : Kemasukan peserta BERSIH 2.0 tanpa henti, sudah lebih 30 000 masuk ke KL dan polis mungkin buat sekatan jalan raya lebih awal

http://www.dromoz.com/image/sketch/sk45bac2763c6b2265843797.gifMenurut wartawan WRLR , setakat jam 2.48 petang sudah lebih 30 ooo peserta himpunan BERSIH 2.0 sudah memasuki KL.

Mereka berada di mana-mana , membeli belah dan meninjau kawasan sambil menunggu tarikh esok hari.

Adalah dijangkakan kemasukan rakyat yang menyokong BERSIH 2.0 sentiasa meningkat dari jam ke jam. Setiap jam , ada kemasukan lebih 5 - 10 ribu rakyat ke KL.

Polis dikatakan akan mengadakan sekatan jalan raya bermula jam 12 .oo malam, namun berikutan kemasukan bertali arus rakyat ke KL tanpa henti. Polis mungkin berubah fikiran mengadakan sekatan lebih awal .

Peserta himpunan BERSIH 2.0 digalakkan menggunakan LRT, Komuter , bas awam atau berjalan kaki untuk mengelakkan sekatan polis.

Peserta himpunan BERSIH 2.0 diingatkan sentiasa berwaspada dengan kumpulan tertentu dipercayai pemuda UMNO dan Perkasam yang dikatakan merancang membuat provokasi bagi memburukkan nama BERSIH 2.0.


Wartawan asing juga sudah mula membuat liputan besar-besaran mengenai himpunan BERSIH 2.0. Berikut antara berita awal dari media luar negara :

More on This Story

Related Stories

Nota penting untuk peserta-peserta BERSIH 2.0 - Suaram

Berilut adalah panduan untuk anda semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:
  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima 21 hari
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah
Anda dinasihatkan:
  1. Datang ke KL seawal mungkin – cuba elak dari memandu ke KL.
  2. Sementara menunggu 2pm, anda boleh bersarapan atau makan angin di tempat awam berdekatan Stadium Merdeka (sokong peniaga tempatan).
  3. Rakan2 Muslimin/Muslimat boleh tunaikan solat Zohor di mana-mana masjid sesuai.
  4. Sebelum 2pm, sila menuju ke Stadium Merdeka.
  5. Terpulang kepada anda jika ingin memakai kuning atau tidak. Rakyat memakai kuning mungkin akan menghadapi sekatan yang lebih kuat untuk masuk KL.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.


*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
  3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  5. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
  6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com
*Perkara yang tidak dibenarkan*
  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
  6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  8. Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan -- Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  13. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
  14. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.
*Semasa perhimpunan dan perarakan*
  1. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
  2. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
  3. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  4. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  5. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  6. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  7. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  8. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  9. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  10. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
  15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
  16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan*
  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan bantuan daripada Unit Amal.
  4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
  5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
  1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
  2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
  3. Jangan hampiri mereka.
  4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
  5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan meriam air.
  3. Duduk jika pimpinan arahkan.
  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  6. Ambil gambar mereka jika sempat.
  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
  1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
  2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
  3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
  4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawab dengan ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
  5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai pelajar. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu di luar balai jika anda ditahan.
  8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
  9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah terpedaya bila mereka berlembut.
  10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
  11. Jangan terlalu risau kerana di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  3. Buat laporan Polis jika anda diberi layanan kasar semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
*Perhatian!*
  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.


Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.


Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.


Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

Read more ...

Najib PM tidak bermaruah, lepas tangan dan mungkir janji?

http://3.bp.blogspot.com/_sn330J1wpno/SQcKqY40esI/AAAAAAAAAP8/p0lHhFd7Gc0/s400/aa.jpgKUALA LUMPUR, 8 Julai: PAS mengecam tindakan "lepas tangan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak behubung perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung besok.

Biarpun sebelum ini berjanji membenarkan himpunan Bersih dibuat di stadium, namun beliau kini bagai mungkir janji apabila menyerahkan urusan tersebut kepada pihak polis yang sehingga kini tidak memberikan permit perhimpunan di Stadiu merdeka.

“Kenapa bebanan diletakkan ke atas bahu polis, sedangkan beliau (Najib) sepatutnya mengeluarkan arahan agar himpunan diadakan di stadium, kini jawatankuasa Bersih 2.0 telahpun setuju, tiba-tiba kabinet tak benarkan. Siapa mengetuai kabinet? Apakah polis?” soal Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataannya hari ini.


Sepatutnya kata Tuan Ibrahim, Perdana Menteri tidak patut menyusahkan polis dengan keputusannya dan benarkan sahaja rakyat berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong.


Sebelum ini, ketika Bersih bertegas mahu berarak menuju ke Istana negara, Najib membantahnya lalu mencadangkan ianya diadakan di stadium.

Setelah pertemuan dengan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, Besih kemudiannya bersetuju untuk menukar dari berarak ke istana kepada perhimpunan di stadium.

Dan kelmarin, mereka mengumumkan untuk mengadakan himpunan itu di Stadium Merdeka di ibu negara.

Namun kabinet yang diketuai Najib pula didakwa menolak hasrat Bersih memilih Stadium Merdeka itu.

Penolakan itu dilihat bercanggah dengan janji awal Najib yang sedia membenarkan himpunan aman itu jika diadakan di satdium.

Lebih malang apabila perdana menteri itu melepaskan urusan kebenaran yang pernah dijanjinya itu kepada pihak polis.

Pihak polis sehingga kini bagaimanapun bertegas himpunan tersebut tidak dibenarkan bukan sahaja di Stadium Merdeka, malah di mana-mana kawasan di Kuala Lumpur.

Lebih dari itu, polis juga telah mendapatkan perintah larangan dari Mahkamah Majistret bagi menghalang 66 tonggak utama himpunan dari Bersih termasuk dari parti-parti politik dan NGO yang menyokongnya.

“Bah ini sebenarnya kenyataan awal beliau. Layakkah seorang yang lepas tangan dan bermungkir janji secara terang-terangan begini menjadi pemimpin rakyat Malaysia,” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Read more ...

Polis mula-mula nak bagi permit kemudian tarik balik, siapa yang arah tarik balik permit?


SHAH ALAM 7 JULAI : BERSIH 2.0 gagal mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpunan aman esok, setelah dimaklumkan lebih awal oleh polis bahawa gabungan itu telah diberikan kebenaran.

Sekretariat BERSIH 2.0 menjelaskan pihaknya dimaklumkan secara lisan oleh polis bahawa permit itu sudah diluluskan namun tidak lama kemudian Polis Dang Wangi menjelaskan bahawa ia telah menolak permohonan itu.

Status terbaru Facebook Bersih berbunyi "Minta maaf semua, Wakil BERSIH bertanyakan kepada polis sebanyak 3 kali adakah ini permit ? Polis kata "ya". Tetapi sekarang polis menjelaskan ia adalah surat menolak permohonan permit".

Laporan sebelum ini :

SHAH ALAM 7 JULAI : Himpunan BERSIH 2.0 akhirnya mendapat permit polis untuk berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Permit tersebut diluluskan oleh Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan disahkan oleh Sekretariat BERSIH 2.0 melaui laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Sehubungan itu, satu sidang media akan diadakan di IPD Dang Wangi kira- kira jam 5.30 petang ini.

Kini terserah kepada Perdana Menteri Najib Razak dan pengurusan stadium berkenaan untuk melakukan tindakan susulan samaada berkeras mahu menghalang himpunan aman tersebut atau akur pada tuntutan rakyat.

Read more ...