Friday, July 8, 2011

Polis mula-mula nak bagi permit kemudian tarik balik, siapa yang arah tarik balik permit?


SHAH ALAM 7 JULAI : BERSIH 2.0 gagal mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpunan aman esok, setelah dimaklumkan lebih awal oleh polis bahawa gabungan itu telah diberikan kebenaran.

Sekretariat BERSIH 2.0 menjelaskan pihaknya dimaklumkan secara lisan oleh polis bahawa permit itu sudah diluluskan namun tidak lama kemudian Polis Dang Wangi menjelaskan bahawa ia telah menolak permohonan itu.

Status terbaru Facebook Bersih berbunyi "Minta maaf semua, Wakil BERSIH bertanyakan kepada polis sebanyak 3 kali adakah ini permit ? Polis kata "ya". Tetapi sekarang polis menjelaskan ia adalah surat menolak permohonan permit".

Laporan sebelum ini :

SHAH ALAM 7 JULAI : Himpunan BERSIH 2.0 akhirnya mendapat permit polis untuk berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Permit tersebut diluluskan oleh Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan disahkan oleh Sekretariat BERSIH 2.0 melaui laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Sehubungan itu, satu sidang media akan diadakan di IPD Dang Wangi kira- kira jam 5.30 petang ini.

Kini terserah kepada Perdana Menteri Najib Razak dan pengurusan stadium berkenaan untuk melakukan tindakan susulan samaada berkeras mahu menghalang himpunan aman tersebut atau akur pada tuntutan rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Pulak dah ! Tadi kata Najib lepas tangan ?