Thursday, August 4, 2011

Kisah Ku Li : Usaha tutup gerakan sulit rampas kuasa dalam Umno?

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: PAS mendakwa Umno BN menimbulkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang untuk menutup isu dalaman Umno.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, wujud gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke -13.

"Ada satu gerakan serius dalam Umno nak minta Najib berundur kerana Najib dilihat liabiliti kepada BN dan akan beri kesan negatif dalam pilihan raya akan datang," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau juga menegaskan, pertemuan di antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tengku Razaleigh seperti dilaporkan media tidak wujud sama sekali.

“Ini sebenarnya bukan isu dan tidak relevan baik di peringkat Pakatan Rakyat atau PAS tak pernah bincang perkara ini.

“Tak ada pertemuan di antara Tuan Guru Nik Aziz dan beliau sendiri pun sudah buat penafian tapi masih ditimbulkan media,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai gerakan yang didakwanya itu, Mustafa berkata gerakan itu sangat kuat dan bermatlamat untuk menyingkirkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur sebelum PRU yang dijangka akan diadakan awak tahun hadapan.

Beliau bagaimanapun berkata belum masanya untuk beliau mendedahkan dalang di sebalik gerakan yang dimaksudkan itu.

“Buat masa ini saya tak berniat nak dedahkan siapa yang ada dalam gerakan itu tapi ia satu gerakan yang kuat daripada orang kuat Umno sendiri,” katanya.

Namun katanya, Najib mengetahui tentang kewujudan gerakan ini dan enggan melepaskan jawatannya sebagai presiden Umno mahupun Perdana Menteri meskipun banyak salah laku yang dikaitkan dengan beliau dan Rosmah.

“Banyak isu yang berkait dengan Najib dan Rosmah. Di samping isu Scorpene di mana kes ini dibawa oleh Suaram ke mahkamah Perancis dan peguamnya yang datang ke Malaysia baru-baru ini dihantar pulang dengan segera supaya tidak mendedahkan pembelian kapal selam itu.

“Ini dilihat satu tamparan kepada Najib sebagai perdana menteri,” katanya.

Read more ...

Kedai Mamak di Sungai Petani yang buka kedai 8.00 pagi adalah Geng Ghani Jiman

oleh : Lan Tmn Ria

Gambar kat atas ni kedai mamak Makbul sebelah stesyen minyak Caltex@IPK Polis Kuala Muda @lagenda heights...pukui 8.00 pagi dah bukak dah kedai mamak ni sbb nak supply ration@bungkuih dlm plastik hitam utk setan2 yg xposa...Awat Pejabat Agama Kuala Muda x nampak ke sebab tahun sudah pun mcm ni jugak...xdak tindakan diambik..takkan nak tunggu masuk suratkhabaq baru nak ambik tindakan kot..??MPSPK buat pa??Ahli Majlis buat pa????kalu boikot pun xkan biaq maksiat terangan lagu tu...

Ni pulak gambaq tokey dia...nama sedap Makbul Ilahi...tapi perangai mcm Makbul Syaitani...sbb la ni dia jadi pembekal utama kat anak2 setan xposa ration lepaih semua geng sekapai dia mcm Nasmir,Pelita,Subaidah dll restoran mamak pakat bukak start pukoi 3 petang sebagai mematuhi arahan Kerajaan Negeri...

Nak tau sapa mamak UMNO ni...dia ni pon spesis Ghani Jiman yg dok kat Penang dok tembak Lim Guan Eng tu...tembak kuat...habuk pun tada..banyak buat statement dlm surat khabaq kondem Kjaan Negeri...
klik sini,sini
Kedah La

Read more ...

'Sejahterakah Kedah?' naskhah fitnah terbaru Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal di pasaran

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Isu fitnah risalah 'Kedah Tertipu' agaknya belum diambil tindakan apa-apa oleh polis, kini muncul pula buku 'Sejahterakah Kedah?'. Begitulah pendedahan yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr. Ismail Salleh dan Pengarah Penerangan Negeri Haji Zulkifli Yahya dalam sidang media kelmarin.

Mengikut Dr. Ismail kandungannya banyak yang fitnah serta tidak menjawab bukan pencapaian Kedah Sejahtera yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Ada juga perkara yang dibangkitkan tu dah settle pun tapi oleh kerana UMNO Kedah tertinggal keretapi, tak ikuti perkembangan lalu depa bangkitkan semula isu lapok tu.


MK pun tak mau komen lebih-lebih sebab tak baca lagi buku tu, baru dapat info dari Sinar Harian di samping FB rakan-rakan maya. Kena baca dulu baru sedap nak tibai pun.


Ikut kata Hj Zul, buku tu masih ada kat pejabat Tok Mat Bashah belum edar lagi. Depa dapat naskah tu dari pencetak... maklumlah semua pencetak kat Malaysia ni kawan-kawan dia belaka.


Sebagai kerajaan negeri memang begitulah.. pembangkang dok teropong salah silap sepanjang masa. Takdak isu besaq tembak isu kecik, takdak isu kecil buat fitnah, ada-adakan cerita. Kerajaan sibuk bekerja untuk kesejahteraan rakyat depa pulak sibuk dok korek cari tang mana silap kerajaan. maklumlah pembangkangggg...Kedah La

Read more ...

Wednesday, August 3, 2011

TERKINI!! Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak Dibunuh!!


gambar hiasan

Timbalan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Haiwan) Perak, Rohani Kassim, 38 tahun, ditemui mati di dalam apartmennya The Haven (gambar), di Tasik Permai, Tambun, Ipoh, Perak, awal pagi tadi kira-kira jam 3.

Allahyarham dipercayai dibunuh akibat dicekik berdasarkan kesan lebam di bahagian leher.

Kesan pecah masuk pula dipercayai akibat disamun sebelum Allahyarham dicekik dan ditinggalkan di ruang tamu apartmennya.

Allahyarham dipercayai masih bujang dan tinggal berseorangan.

LAGI LAPORAN LANJUT MENYUSUL


Perak Veterinary Department deputy director Rohani Kassim was found dead in her Lake Permai apartment in Tambun here early this morning.

It is learnt that Rohani, 38, was strangled.JALAN PULANG

Read more ...

PANAS!!! Bekas Kerani ATM mengaku diarah pangkah 500 undi pos



AMPANG 4 OGOS: Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986.

Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia sebentar tadi.

Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.

Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu tadi antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN).

Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu.

Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.

Perkara lain yang turut dibincangkan dalam forum tadi termasuk isu berkempen di dalam kem-kem polis dan tentera, undi awal (advance voting), undi dua kali, pengundi hantu dan sistem biometrik.

Read more ...

Pemuda PAS dakwa iklan Ramadan Tv9 hina Islam


KUALA LUMPUR 4 OGOS : Belumpun kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan 'ketiak' seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa, iklan Ramadan TV9 pula dipertikaikan.

Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan yang dipetik Harakahdaily.

Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.

Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.

Pada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.

“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.

Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

“Dewan Pemuda PAS Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” kata Hasbullah.

Read more ...

Kesihatan MB Kedah : Apa kata isteri dan Setpol Ust. Azizan?

Azizan kuat kerja, kurang rehat - Isteri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLqTlvj5en2k8UNPkabppbs1PsnLIi838rP7Jon7oRpzDfzUwZKZwBuo4gXYK2ApVssVkvL1JnlLIobPHyq1V7rbfCcc7kk8JOQvyFY8O8U79_rGH3ConBS_samyyQbgdM6Z97hug7y6Ty/s640/Azizanajn1.jpgALOR SETAR - Tahap kesihatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini ditempatkan di Institut Jantung Negara (IJN) bertambah baik dan beliau dijangka kembali ke Kedah dalam minggu ini.

Isterinya, Tok Puan Faikah Syeikh Hamzah berkata, berbanding hari pertama ketika Azizan dimasukkan ke IJN, keadaannya amat lesu tetapi kini sudah ada selera makan.

“Pada hari beliau dimasukkan ke wad, keadaannya lemah sangat kerana kurang selera makan. Mungkin juga beliau mengalami tekanan sebab kerja yang menimbun hingga tidak berpeluang berehat,” katanya, ketika dihubungi, menemani Azizan di IJN, Kuala Lumpur.

Menurutnya, Azizan, 67, dipercayai mengalami keletihan berikutan terlalu banyak memikirkan urusan pentadbiran, dan tidak pernah mengambil cuti sejak setahun lalu.

“Azizan dimasukkan ke IJN bukan kerana serangan jantung, sebaliknya ada temu janji untuk pemeriksaan kesihatan lanjutan dengan pakar. Setakat ini beliau tidak mengalami masalah kesihatan lain, selain penyakit kencing manis dan jantung,” katanya.

Faikah berkata, pada tahun 2004, Azizan menjalani pembedahan pintasan jantung dan sedikit sebanyak keadaan itu menjejaskan kesihatannya.

Menurutnya, dia juga bimbang tekanan kerja menjejaskan kesihatan Azizan, berikutan sejak setahun lalu, Azizan kurang turun padang berjumpa penyokong berikutan mengalami masalah kesihatan.

“Saya seorang yang berfikiran positif dan sentiasa doakan kesihatannya. Dengan sokongan banyak pihak dan doa rakyat yang mengiringi, dan kekuatan yang ada pada saya, saya harungi dugaan ini dengan reda,” katanya.

Faikah berkata, Azizan juga dilihat bersemangat ‘melawan’ penyakitnya itu dan tidak pernah berputus asa.

Ketika berada di IJN, Azizan turut dikunjungi Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultanah, Tuanku Haminah Hamidun.

Kenamaan lain termasuk, Tunku Bendahara Kedah, Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tunku Puteri Intan Safinaz; Tun Daim Zainuddin serta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

MB terpaksa tukar rutin tidur - Setpol


ALOR SETAR - Sejak sebulan lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan terpaksa menukar rutin waktu tidur, untuk menyelesaikan hal-hal berkaitan kerja.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), sejak sebulan lepas beliau kelihatan sangat letih hingga menyebabkan terpaksa menukar rutin tidur.

“Kebelakangan ini Azizan tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10 malam, kemudian dia akan memanggil saya ke rumah untuk bincang pelbagai perkara. Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib,” katanya.

Menurutnya, keadaan fizikal Azizan kelihatan terlalu letih dan tidak menafikan beliau seorang pemimpin yang kuat bekerja dan enggan bercuti walaupun untuk berehat.

“Ada ketika Azizan berjumpa orang di rumah selepas waktu pejabat, menyebabkan tiada masa langsung untuknya berehat selepas kerja di pejabat. Dia nampak sangat letih, kadang-kadang lewat malam hingga 12 baru selesai,” katanya.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah berkata, Azizan boleh dikatakan bekerja ‘dari pagi hingga pagi’, walaupun dinasihatkan berehat.

Jumaat lalu, Azizan dimasukkan ke IJN Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Muhammad Sanusi turut berkongsi kata-kata Azizan sebelum beliau dimasukkan ke IJN, apabila disuruh berehat sekejap.

“Laaaa... aku nak rehat lagu mana? Hang tak nampak kerja kita bertimbun tu..., kata Sanusi menceritakan semula reaksi Azizan.SH

Read more ...

Kes Datuk Sosilawati : "Amah dengar wanita jerit, nampak api besar"!!



Seorang pembantu rumah warga Indonesia memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bahawa beliau mendengar dua kali jeritan wanita di kawasan ladang di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat.

Saksi pendakwaan ke-33, Siti Hamidah Karnax, 18, berkata dia mendengar jeritan wanita itu kira-kira pukul 9 malam, 30 Ogos 2010 semasa sedang mengisar adunan tose, sejenis makanan kaum India, di dalam asrama pekerja di ladang itu.


Laporan Bernama Online menyebut, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani apakah reaksi dia selepas mendengar jeritan itu, Siti Hamidah berkata, dia buat biasa sahaja manakala yang lain di dalam asrama itu sedang menonton televisyen dan menikmati tose.


Ditanya bagaimana bunyi jeritan itu, beliau berkata: ”Aaaaaaahh”, “Aaaaaaah” dan jeritan itu didengar selang satu ke dua saat.


Siti Hamidah berasal dari Sunda, Indonesia adalah bekas pembantu rumah kepada peguam N. Pathmanabhan, 42, dan pekerja ladang R. Khatavarayan, 31, yang sedang dibicarakan bersama R. Thilaiyalagan, 20, dan R.Matan, 21, atas dakwaan membunuh Sosilawati, 47.


Keempat-empat mereka juga dituduh membunuh pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamarudin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, Selangor di antara pukul 8.30 malam hingga pukul 9.45 malam, 30 Ogos 2010.


Siti Hamidah berkata kemudiannya kira-kira pukul 1 pagi dia diarahkan oleh Jacinta, isteri Khatavarayan, mengambil barang-barang dalam rumah karaoke di dalam ladang itu.


Sebelum itu, katanya dia telah diarahkan oleh Jacinta untuk menyediakan dua helai kemeja-T – satu berlengan dan satu tidak berlengan, seluar panjang sukan, tuala, syampu, bedak, baldi dan kunyit dan diletakkan di pintu belakang asrama pekerja.


Siti Hamidah berkata setibanya di rumah karaoke itu, dia melihat barang-barang itu dalam keadaan bersepah dan nampak Khatavarayan bersama empat orang pekerja tetapi tertuduh pertama, Patmanabhan tidak kelihatan.


Kepada soalan Idham apa lagi yang dia nampak, Siti Hamidah berkata dia ternampak api besar dekat rumah yang diduduki Thilaiyalagan di dalam ladang itu.


Ditanya sebesar mana api itu, katanya “setinggi pokok sawit” dan menurutnya dia pernah nampak api di ladang itu semasa seorang lelaki yang bernama Raja dari India datang ke sana dan kali kedua semasa seorang lelaki yang dikenali sebagai Syafik datang ke ladang berkenaan.


Saksi itu juga memberitahu mahkamah, dia juga nampak tiga lelaki dan seorang wanita berambut panjang separas bahu berjaket biru berada di pondok rehat di ladang itu pada pukul 7 malam, 30 Ogos 2010.


Dia berkata terdahulu sebelum pukul 5 petang, Jacinta telah mengarahkan dia dan beberapa pekerja ladang supaya menutup tingkap dan pintu asrama.


Selepas itu, dia diarahkan oleh Jacinta mengambil parang dan dia mengambil dua parang dan satu pisau dari atas almari di dalam bilik Khatavarayan dan meletakkannya di belakang pintu dan nampak Khatavarayan meletakkan parang dan pisau itu ke dalam kenderaan pacuan empat roda, Isuzu D-Max berwarna kelabu.


Katanya kemudian dia nampak Pathmanabhan datang dan berbincang dengan Khatavarayan di luar dan selepas itu Khatavarayan naik kereta dalam keadaan cemas.


Semasa disoal balas oleh peguam yang mewakili Pathmanabhan, Manjeet Singh Dhillon, Siti Hamidah mengakui dia menipu umurnya 23 tahun di dalam pasportnya semasa memasuki Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Kelantan pada tahun 2008 sedangkan pada ketika itu beliau berumur 15 tahun.


Katanya, dia melarikan diri dari majikannya di Kelantan kerana mendakwa dipukul majikannya sebelum pergi ke Kuala Lumpur dan bekerja dengan Pathmanabhan pada Mac 2009 dan seterusnya dibawa ke ladang itu untuk bekerja dengan Khatavarayan pada Disember 2009.


Dia juga mengakui pernah dipukul oleh isteri Pathmanabhan dengan pelepah kelapa sawit dan dipukul oleh Khatavarayan dan Jacinta dengan tangan serta rotan.


Bagaimanapun, ketika disoal oleh Manjeet Singh mengapa dia tidak melarikan diri sebagaimana yang dilakukan semasa di Kelantan, Siti Hamidah berkata: “Orang yang lari kalau ditangkap akan dipukul dengan teruk.”


Dia juga menafikan dijanjikan oleh pihak polis hadiah selepas kes ini selesai.


Ketika disoal balas oleh Ravi Nekko, peguam yang mewakili Khatavarayan, sama ada dia bersetuju bahawa pada 30 Ogos 2010, hari itu hujan, Siti Hamidah berkata: “tidak bersetuju.”


Saksi itu juga memberitahu bahawa Khatavarayan akan mandi kunyit jika ada “kebakaran.”


Bagaimanapun, Siti Hamidah tidak bersetuju dengan cadangan Ravi bahawa Khatavarayan mandi kunyit apabila dia balik lewat kerana ada bayi di dalam rumah itu iaitu anak Thilaiyalagan yang dibela Jacinta.


Dia menafikan bahawa tindakannya memberi keterangan pada hari ini bermotifkan untuk membalas dendam dengan menegaskan bahawa ia bagi menyatakan kebenaran.

Read more ...

Skandal media Najib -Taib Mahmud: CNBC batalkan program World Business!!



Sebentar tadi, dalam satu mesej di Twitter, portal berita Sarawak Report mendedahkan bahawa pendedahan skandal media antara Najib Altantuya dan Taib Mahmud dengan konglomerat media CNBC, amat mengejutkan!

Dalam laporan awal Jalan Pulang yang bertajuk
PANAS!! Najib Altantuya DAN Taib Mahmud Buat Skandal Antarabangsa Lagi!!, CNBC masih lagi mengekalkan World Business sebagai salah satu kandungan programnya.


Bagaimanapun, beberapa jam lalu, program tersebut telah dipadamkan dari laman web mereka sendiri!


Malam tadi, rupanya, Pemangku Ketua Ekeskutif CNBC, Charlotte Westgate mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa program tersebut akan dikeluarkan.


FBC Media adalah penyedia program World Business untuk CNBC.


Sementara itu, APCO Worldwide, yang dikaitkan dengan skandal "pemulihan imej" Najib Altantuya yang mencetuskan kontroversi pembayaran wang rakyat RM77 juta pula ialah syarikat induk FBC Media!


Perbuatan membayar untuk melobi imej baik adalah salah menurut undang-undang media antarabangsa.


JALAN PULANG


The global news broadcaster CNBC has axed its flagship business show World Business, following an exclusive expose earlier this week by Sarawak Report[see previous story].



We revealed how BN politicians, including the Prime Minister Najib Razak, Abdullah Badawi and Taib Mahmud have been paying the production company, the UK-based FBC Media, millions of ringgit of taxpayers’ money to buy them positive publicity on the show.

Allowing slots to be purchased in this way, deceiving millions of viewers who thought they were watching impartial programming, is a serious breach of broadcasting laws, for which broadcasters such as CNBC’s parent company, the American broadcasting giant NBC, would be held ultimately responsible.


Last night the company’s acting chief executive, Charlotte Westgate, made this statement to Sarawak Report confirming the decision to withdraw the show:


“In light of serious questions raised last week, CNBC immediately initiated an examination of FBC and its business practices and has withdrawn the programme ‘World Business’ indefinitely.”


Further questions to answer


The BBC, who also carry programmes by FBC Media have yet to respond to our enquiries, however it is believed they too have launched an immediate enquiry into the activities of FBC Media.


CNN has also carried a number of suspect shows made by FBC, including a number of interviews with Najib by the company’s President John Defterios.


Meanwhile, there remain many questions that the broadcasters still need to answer.


According to broadcasting laws it is the broadcast company that is held ultimately responsible by the licencing authorities for the content of their programmes, so how could they have allowed the corruption of one of their top shows by Malaysia’s BN politicians to carry on for so long?


Our key questions are these:


Did CNBC not notice how Malaysia was being constantly featured, showing nothing but praise for the BN government, despite widespread concerns about the country’s corruption?


Did CNBC not examine FBC Media’s business model, available on their website, which plainly shows how the production company doubled up as a PR company flogging slots on their shows to top dollar clients?


And, our most important question of all, can CNBC please make public the arrangement under which they commissioned the World Business programme from FBC Media ?


Evidence from FBC’s previous Annual Reports indicates that CNBC was getting the show for free and leaving it to FBC to raise their income and profits from “sponsorship”!JALAN PULANG

Read more ...

TERKINI!! KANTOI!! Pelakon lagak ngeri sahkan SPRM BOHONG!!

Pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley memberitahu inkues kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad bahawa agak sukar untuk keluar dari tingkap - tempat mangsa didakwa jatuh - dan beliau mengambil masa tiga hingga empat minit untuk berbuat demikian.

Saksi ke-31 inkues itu menjelaskan walaupun mempunyai pengalaman dalam melakonkan adegan lagak ngeri, namun perasaan gementar dan takut tetap ada ketika cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Sementara itu, pakar patologi Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, Ahmad Sarbaini terjatuh dari aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan itu dengan tidak disengajakan.

Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.

"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Dr Shahrom berkata Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya.

Saksi itu berkata mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu.

Katanya perlakuan itu dibuat dengan berhati-hati dan tidak terburu-buru kerana jika seseorang cuba melarikan diri dengan cara terburu-buru akan terdapat kecederaan dan tanda lebam pada badan disebabkan keadaan tingkap yang agak menyukarkan seseorang untuk keluar dengan cara sedemikian.

Beliau berkata kesimpulan yang dibuat juga berdasarkan kepada lakonan lagak ngeri yang dilakonkan semula oleh pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley.


Saksi itu menjelaskan lakonan dibuat berdasarkan penemuan kesan calar pada cat dinding di bilik pantri, tapak kasut, kepala tali pinggang, kedudukan mayat yang berada selaras dengan tingkap di aras tiga berkenaan dan juga kesan pada tapak tangan mangsa.


"Terdapat kesan putih pada tapak kasut di sebelah kiri mangsa tetapi kesan itu tidak berapa jelas kerana terkena pada belakang seluar kanan mangsa semasa dia terjatuh dan juga terdapat kesan geseran pada kepala tali pinggang ketika mangsa dipercayai cuba masuk kembali ke dalam bilik pantri melalui tingkap," katanya.

Dr Shahrom berkata lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri itu menunjukkan kemungkinan mangsa telah jatuh ke belakang apabila kaki kanannya tergelincir dari tebing tingkap dan jatuhan itu menyebabkan kecederaan teruk pada kepala dan keretakan pada tengkorak dan patah tulang di bahagian lutut.

Selain itu tiada tanda lain yang mencurigakan selain daripada disebabkan oleh kejatuhan dan tiada tanda-tanda mangsa dipaksa keluar dari tingkap itu.

"Jika mangsa dipaksa keluar dari tingkap, pasti akan terdapat kecederaan pada tubuh mangsa kerana dia akan melawan kembali serangan daripada seseorang dan akan ditemui kesan pergelutan di tempat kejadian," katanya.JALAN PULANG

Read more ...

PAS beri sumbangan imarah masjid dan surau di Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 3 Ogos : Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa supaya masjid dan surau di kawasan Parlimen Parit Buntar diimarahkan sempena menyambut Ramadhan tahun ini.

Beliau meminta supaya pintu masjid dan surau dibuka seluas-luasnya agar umat Islam dapat melakukan ibadat di rumah Allah ini.


"Jadikan masjid dan surau sebagai pusat tumpuan ibadah sepanjang Ramadhan ini. Galakkan kaum keluarga seramai mungkin mengunjungi rumah Allah ini untuk berbuka puasa, solat tarawih, bertadarus, berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT.

"Jangan sempitkan ruang masjid hanya untuk bersolat sahaja sebaliknya banyak ibadah yang boleh dilakukan sepanjang Ramadhan ini." katanya dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Imarah Masjid dan Surau Parlimen Parit Buntar di Masjid Mahyuddin, Batu Lima di sini.


Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan PAS Kawasan Parit Buntar ini menyampaikan sumbangan kepada seluruh masjid dan surau di Parlimen Parit Buntar.

Wakil dari 26 masjid dan 113 surau terdapat dalam parlimen ini hadir menerima sumbangan untuk mengimarahkan masjid dan surau masing-masing.

Turut hadir memberikan ucapan dan menyampaikan sumbangan adalah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain, Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata
sumbangan untuk dana infaq Ramadhan PAS Parit Buntar ini masih dibuka kepada orang ramai.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Muamalat bernombor (0801-0000839-71-1) atas nama Jawatankuasa Dana JPR Parit Buntar .

Read more ...

PANAS!! 50 Bekas Ahli Parlimen UMNO mahu Najib letak jawatan

PETALING JAYA - Spekulasi telah bertiup kencang bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno sedang terancam. Orang dalaman parti mendakwa bahawa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin begitu kuat di samping sokongan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tekanan kepada Najib. Cengkaman kuasa Perdana Menteri menurun berikutan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai manakala kontroversi berkaitan isterinya Rosmah Mansor juga membelenggu beliau. Kini, sebuah organisasi yang mewakili bekas ahli UMNO Parlimen telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan.

Organisasi yang dipanggil Penawar yang diketuai oleh bekas Menteri Kabinet Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik Mahathir dari tahun 1981 hingga 2002.

Bercakap mengenai isu ini, ahli Penawar berkata organisasi ini memutuskan dalam mesyuarat minggu lalu bahawa ini adalah masa untuk Najib melepaskan jawatan."Terpulang kepada Najib. Jika dia mencintai negara dan orang Melayu, beliau harus meletakkan jawatan secepat mungkin.

"Jika dia tidak beliau adalah orang yang mementingkan diri sendiri, maka dia mesti berhenti," kata bekas Ahli Parlimen kepada FMT, sambil menambah bahawa mesyuarat itu dihadiri oleh bekas menteri dari era Mahathir.

Menurut beliau, Penawar, yang mewakili kira-kira 50 bekas Ahli Parlimen, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib kerana beberapa sebab. Apabila ditanya, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebab-sebab, yang menyatakan bahawa ini adalah pengetahuan umum.

Dihubungi kemudiannya, Aziz memberitahu yang merupakan pengerusi Penawar, enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi mendedahkan bahawa organisasi akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok.

Muhyiddin turut hadir?

Najib mengambil alih pada April 2009 dan segera menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang sederhana di bawah konsep 1Malaysia bertujuan untuk memancing undi Cina dan India.

Walau bagaimanapun, pendekatan menyeluruhnya gagal turun ke bawah dengan baik menyebabkan ketidakpuasan hati golongan pihak-pihak tertentu dalam Umno. Walaupun Mahathir mendakwa bahawa parti itu telah gagal untuk melindungi orang Melayu dan ini membawa kepada munculnya kumpulan-kumpulan seperti Perkasa.

Dalam perkembangan yang sama, sokongan kaum Cina terus meningkat untuk pembangkang seperti yang dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil dan tekanan ke atas Najib yang dipasang.

Terkemuka blogger Mohd Sayuti Omar juga mencatatkan satu artikel mengenai panggilan Penawar kepada Najib untuk meletak jawatan.

Had Waktu sumber, beliau berkata bahawa di kalangan mereka yang hadir pada mesyuarat itu adalah saudara Muhyiddin, Aziz Yassin, bekas belia dan sukan menteri Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghaffar Baba.

Diterjemah dari Free Malaysia Today.

Read more ...

Spesis katak lompat macam Zahrain seperti sampah

“Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah,” katanya.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai “sampah”.

“Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung Zahrain mencabar beliau supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh mengenai isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sebuah akhbar tempatan hari ini yang membawa tajuk “Zahrain cabar Nik Aziz” di muka depan memetik Zahrain sebagai berkata, tidak cukup bagi Nik Aziz menafikan pembabitannya dengan rancangan itu hanya menerusi Facebook.

Antara lain, Zahrain turut berkata, “saya cabar Nik Aziz buat kenyataan terbuka menafikan beliau ada berjumpa Tengku Razaleigh berbincang mengenai perkara itu.

“Nik Aziz jangan cuba berselindung di sebalik nota ditulis oleh orang lain dalam Facebook kerana kenyataannya sentiasa berubah,” kata Zahrain.

Dalam perkembangan yang lain, Nik Aziz menafikan laporan sebuah portal berita, kelatekito.net menyebut bahawa keadaan kesihatannya semakin serius di mana beliau dikatakan disahkan menghidap sejenis barah tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

“Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul…mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat.

“Cuma dalam rawatan saya terbaru di hospital tiga bulan sekali, saya tanya doktor di musim durian begini kolesterol saya tak tinggi, saya pun pelik,” kata Nik Aziz.

tmi

Read more ...

Selangor tubuh pasukan khas pantau UNISEL


SHAH ALAM 3 OGOS : Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan satu pasukan khas untuk meneliti permasalahan dalam pengurusan Universiti Selangor (UNISEL) ekoran perletakan jawatan secara mengejut oleh Naib Canselor, Dr Rosti Saruwono.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan khas tersebut akan dikemudi oleh tiga individu yang berkelayakan bagi memastikan UNISEL terus berkembang maju sebagai institusi pengajian utama di Selangor.

"Tiga daripada mereka mempunyai kelulusan akademik yang sesuai bagi melihat pembangunan UNISEL dan ketiga mereka juga mempunyai pengalaman pentadbiran organisasi-organisasi yang lebih besar daripada Unisel."

Mereka yang dimaksudkan adalah Dato’ Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie, Dato’ Dr Adnan Alias dan Dato’ Dr Mohamed Ariffin Aton.

Kesemua mereka adalah Ahli Lembaga Pengarah UNISEL.

"Exco juga diberitahu mengenai penubuhan pasukan khas untuk selesaikan perkara yang berlaku di Unisel.

"Oleh sebab itu saya akan membuat perbincangan dengan tiga individu tersebut bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu dibuat untuk menentukan UNISEL akan terus berkembang setanding dengan mana-mana universiti di dalam negara," katanya.

Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai Naib Canselor UNISEL, dengan notis 24 jam berkuat kuasa hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Rosti sebagai berkata beliau meletak jawatan ekoran tidak sanggup memecat tiga pegawai UNISEL yang diarah meletakkan jawatan.

Mereka adalah Pegawai Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan fakulti Perniagaan, Prof. Dr Khalifah Othman, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Koprat, Halid Hasbullah.

Mengulas hal tersebut, Khalid berkata perkara itu telah dibincangkan lebih awal bersama Naib Canselor dan tiga Timbalan Naib Canselor.
“Dr Rosti terlibat dalam perbincangan ini dan beliau tahu keputusan yang telah dibuat. Malah beliau juga telah menandatanganinya,” katanya.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Beliau dilantik sebagai Naib Canselor UNISEL pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

"Saya ingat dalam mana-mana institusi politik dalaman mesti ada, tetapi walau apapun, Kerajaan Negeri bersetuju menerima peletakan jawatan beliau, kita tidak ada halangan untuk perkara ini. Sebab itu adalah keputusan beliau," katanya.

Read more ...

Komplot Manipulasi Daftar Pemilih : 1 000 kad pengenalan dikeluarkan dalam satu hari


PETALING JAYA 3 OGOS : Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli menyatakan kemungkinan wujud komplot antara agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menipu daftar pemilih untuk pilihan raya Umum akan datang.

Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai berkata, sementara program bagi mendaftar pekerja-pekerja asing yang sah dilanjutkan tanpa tarikh akhir berbanding 31 Julai 2011 seperti yang ditetapkan sebelum ini, ia boleh disalah guna untuk menutup perubahan pada pangkalan data yang digunakan.

"Kami meragui tujuan sebenar program pendaftaran memandangkan ia membenarkan data diubah begitu cepat.

"Ia amat mungkin. Mereka sudah bagi tarikh tamat,kemudian mereka melanjutkannya ke tarikh yang tidak dinyatakan, ia amat menghairankan,"kata beliau dalam sidang media tergempar Pakatan Rakyat di sini, hari ini.

Selain Dr Hatta, turut hadir naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), setiausaha biro antarabangsa DAP Liew Chin Tong (Bukit Bendera) dan Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Semalam, portal Malaysiakini melaporkan, status seorang penduduk tetap yang berjaya didaftar sebagai pengundi bertukar kepada warganegara dalam tempoh empat jam sahaja selepas didedahkan.

Laporan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, terutamanya oleh Pemuda PAS yang mendakwa memiliki banyak lagi bukti kes sebegitu berlaku.

Dr Hatta mengesyaki apa yang berlaku mempunyai kaitan dengan program pemutihan pendatang asing yang sedang berlangsung di seluruh negara yang bermula sejak sebulan lalu.

"Mereka daftar pekerja asing dengan biometrik. Adakah ini mempunyai kaitan? Adakah ini sebabnya data bertukar dalam beberapa jam sahaja. Itu juga sesuatu yang perlu dijawab Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Sejak dilaksanakan 13 Julai lepas, dilaporkan 390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan telah mendaftar bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang Sah, manakala pendaftaran pekerja asing tidak sah pula bermula kelmarin.

Pakatan Rakyat mendakwa seramai 1,108 pemastautin tetap di Lembah Klang telah diberikan status kewarganegaraan penuh sehingga semalam dan adalah sesuatu yang mengarut jika 1,000 kad pengenalan dapat dikeluarkan dalam satu hari.

Sementara itu, naib presiden PAS Salahuddin Ayub juga menunjukkan dokumen-dokumen yang mendakwa antara pukul 1.06 petang dan 2.30 petang semalam, tiga pengundi yang memiliki taraf kewarganegaraan penuh berbanding pemastautin sebelum itu dan sejumlah 1,597 kes dikesan sehingga hari ini.

"Pukul 1.06 minit merah, 2.30 petang biru. Maklumat ini dimuat turun dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara sendiri dan ia buktikan perkara sebegini berlaku," kata beliau sambil menunjukkan bukti itu.

Read more ...