

Apa tujuan penipuan ini? Sila buat kesimpulan sendiri.
Hasil kerja : Milo Suam
Lihat pula gambar Koh Tsu Koon tertungging semasa mengayuh basikal di (SINI)


PARIT BUNTAR : Lebih 2000 yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di Kampung Kedah dan kawasan sekitar menghadiri majlis jamuan Aidilfitri PAS Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah .
Pengarah program Fakhrurrazi Khalid berkata, Majlis jamuan Aidilfitri pada tahun ini seperti juga tahun lepas, kami mengumpulkan dana kebajikan untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan
“Alhamdulillah kesempatan Syawal ini, jamuan Aidilfitri ini dapat diadakan meraikan orang ramai dan mengeratkan silaturrahim .
“ Yang jauh tentunya semakin dekat dan yang dekat pasti pula semakin erat . Lebih mengembirakan lagi apabila majlis ini memberi peluang kepada kami berbakti kepada warga emas dan ibu tunggal” katanya
Menurut Fakharurrazi , walaupun bergerak di peringkat cawangan , PAS Cawangan ini tetap berusaha mencari mencari dana kebajikan untuk diberikan kepada warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.
“ Seramai 70 orang warga emas dan ibu tunggal menerima sumbangan daripada PAS Cawangan sempena majlis jamuan Aidilfitri PAS Cawangan.
“ PAS Simpang Empat Kampung Kedah juga memberi cenderahati kepada 26 orang guru-guru Pasti , 10 anggota Unit Amal dan 10 anggota An- Nisa Parit Buntar”katanya
Fakhrurrazi berkata, setiap kali PAS Cawangan ini mengadakan program, akan diselitkan penyampaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
“ Sumbangan yang diberi bergantung kepada dana kebajikan yang diperolehi PAS Cawangan .
Selain lidah rasmi UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV3, agensi berita nasional Bernama turut menyertai serangan terhadap Pakatan Rakyat dengan menyiarkan berita palsu dengan niat memfitnah terhadap Lim Guan Eng.asd
Korang nak tahu kenapa Koh Tsu Koon dalam gambar disebelah ini diketawakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,Datuk Zainal Abidin Osman yang gambarnya kelihatan dibelakang Guan Eng itu?... tengok kat bawah..
SABAK BERNAM 26 SEPT : Seramai 82 penduduk sekitar kawasan Sungai Besar di sini menerima surat hak milik tanah (notis 5A) yang diserahkan kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena lawatan rasmi beliau dalam Program Khas Mesra Rakyat di Sabak Bernam hari ini.Meskipun rakyat semakin sedar dan cuba untuk melakukan perubahan, namun segalanya menjadi sia-sia apabila undi rakyat tidak menjadi penentu, tetapi yang menjadi penentu adalah pengundi-pengundi palsu (pengundi hantu, pengundi ‘clone’ dan sebagainya). Sebagai contoh yang mudah adalah pengguguran senarai pengundi yang berjaya didedahkan dan dibantah oleh PAS Selangor.
Kesedaran bagi mendesak untuk pembaikan terhadap pilihan raya yang bersih telah berjaya dimobilisasi oleh gabungan NGO dan didokong rakyat iaitu BERSIH. Namun malangnya kesedaran yang penting ini telah berjaya dipudarkan oleh Barisan Nasianal. Bagaimana? Jawapannya sangat senang, iaitu para pemikir BN akan mengalihkan isu ini kepada isu-isu lain agar rakyat tidak dapat lagi fokus. BN akan mengaturkan proksi-proksi mereka iaitu media arus perdana, NGO-NGO, mantan-mantan pimpinan BN, jabatan-jabatan dan pelbagai lagi agensi agar mengubah isu dan isu sebenar akan tenggelam bagi mamanjangkan hayat BN.
Bagaimana? Terdapat banyak cara yang diaturkan oleh pemikir-pemikir BN yang harus kita sedari agar kita tidak tertipu lagi, dan agar kita tidak tertari dan mengikut kehendak mereka. Antara rahsia mereka adalah:
1. Mencipta dan mempromosikan perkara yang membingungkan atau menyentak Pakatan Rakyat.
2. Menyibukkan rakyat dengan menimbulkan perkara menyusahkan rakyat.
3. Membuat pendedahan yang boleh melekakan Pakatan Rakyat.
4. Membangkitkan isu-isu perkauman atau polemik agama.
Mari kita perhatikan satu-persatu.
Setiap kali BN merasa mereka terancam dengan pendedahan (dalam hal ini, pilihanraya yang bersih), BN akan mencipta dan melontarkan gelaran-gelaran atau tuduhan-tuduhan bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat. Tidak kiralah sama ada melabelkan Pakatan Rakyat sebagai pengganas, pelampau agama, pelampau bangsa, terpesong dari perjuangan asal bahkan mereka akan melakukan serangan-serangan peribadi. Akhirnya rakyat akan kebingungan dan pimpinan Pakatan Rakyat pula sibuk menjawab tuduhan yang dilemparkan. Maka tuntutan pilihan raya bersih akan ditenggelamkan.
Kedua, kerajaan BN akan menimbulkan isu yang akan menggusarkan rakyat, contohnya menaikkan cukai, menaikkan tarif, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya, sama ada akhirnya mereka akan berlagak hero menyelesaikan masalah tersebut atau mereka akan membiarkan rakyat terkapai-kapai menyelesaikan masalah ditimbulkan ini. Maka tuntutan pilihan raya bersih akan terkubur.
Ketiga, BN juga sanggup mewujudkan perkara-perkara yang menggembirakan Pakatan Rakyat bagi melekakan pendokong dan pimpinan Pakatan Rakyat. Contohnya, mereka akan berlakon bergaduh sesama sendiri. Bayangkan tiba-tiba Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin menyokong Hudud dan ada pula pimpinan lain yang menentang. Sedangkan selama ini pedulikah mereka? Bahkan mereka sanggup melakukan pendakwaan terhadap individu atau pimpinan-pimpinan mereka sendiri. Sebagai kesan, pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat akan bergembira dengan isu yang didentangkan dan sibuk menceritakan hal tersebut. Akhirnya tuntutan pilihan raya bersih akan terkubur.
Keempat, BN juga sanggup menimbulkan isu-isu perkauman, menimbulkan polimik antara agama, bahkan sanggup menimbulkan polemik dengan negara lain. Hal begini bukan baru, mereka sanggup menimbulkan polemik-polemik ini kerana mereka tahu apabila berlaku kekecohan atau rakyat rasa tidak selamat, rakyat akan menumpukan perhatian kepada isu-isu tersebut. Akhirnya tuntutan pilihan raya bersih akan terkubur.
Lantaran itulah, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang menginginkan hidup yang lebih baik, agar menumpukan sepenuh perhatian dan menggembleng tenaga menuntut pilihan raya yang bersih. Seandainya terdapat isu-isu yang cuba ditimbulkan, janganlah kita mudah teralih arah.
Kepada pimpinan Pakatan Rakyat pula, apalah salahnya jika kita terus bekerja membela rakyat, namun jika ditanya mengenai isu-isu lain yang cuba dipolemikkan, jawabkan sahaja, “kita insya Allah mampu menyelesaikannya (apa jua isu) apabila kita memenangi pilihanraya dan menjadi kerajaan, syaratnya pilihanraya mestilah diadakan dengan bersih”. - Syarizal Maksir
Penulis adalah Yang Dipertua PAS Bintulu
![]() |
Non-governmental organization, ataupun dikenali sebagai NGO atau sekarang mula dipopularkan dengan nama Lembaga Swadaya Rakyat adalah organisasi yang diwujudkan secara bebas daripada kerajaan. Selepas kerajaan dan swasta, NGO adalah satu lagi ejen pembangunan negara yang berperanan penting sebagai pengimbang dan penyumbang penting negara.
Dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, jelas tidak sefahaman, pentas politik kini menunggu masa untuk perubahan kepada senario yang sedia ada dan juga pelakon-pelakonnya.
Terdapat spekulasi dari dalaman UMNO yang mengatakan , sekurang-kurangnya tiga kumpulan dalam UMNO telah muncul sejak akhir-akhir ini, bersedia untuk mengorak langkah mereka sedang Najib perlu melangkah dengan berhati-hati menjelang pilihan raya umum ke-13 atau jika terdapat tekanan untuk perubahan dalam kepimpinan sebelum pemilihan parti yang akan datang.
"Satu puak yang memihak kepada bekas Perdana Menteri, Abdullah dan Khairy Jamaluddin menantunya, satu lagi adalah golongan lama yang terdiri daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukhriz manakala golongan yang ketiga yang diketuai oleh Muhyiddin dan kliknya," kata seorang veteran parti.
"Ketiga-tiganya setakat ini menyimpan hasrat tersebut manakala Najib pula dengan tugas beliau untuk merombak dan menyediakan parti menjelang pemilihan. Kini dengan populariti Perdana Menteri yang semakin menurun, mereka mungkin cenderung untuk bergerak. "
Menunggu di sayap
Tiada kurangnya "pelakon" yang sedang menunggu di sayap untuk mengambil alih tampuk kepimpinan. Spekulasi bertiup kencang bahawa Abdullah dan menantunya Khairy sedang mengintai perkembangan dalam parti kerana mereka menunggu masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan mereka.
Kedua-duanya, khususnya Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno sekarang sedang "low profile". Dia yang seperti dipinggir pentadbiran sekarang dan seolah-olah "membayar harga untuk politik wang" dan kenaikan mendadaknya dalam pasukan pelapis parti.
"Jika Najib gagal untuk merangsang Umno yang ahlinya seperti sudah kucar-kacir disebabkan keliru dengan arah tuju parti, tidak ada keraguan bahawa Abdullah dan Khairy akan mengorak langkah mereka," kata ahli veteran parti.
"Mereka telah menunggu peluang yang betul dan setakat ini ia kelihatan seperti keadaan adalah sesuai untuk mereka."
Dia tentu saja merujuk kepada pemilihan baru-baru ini yang menunjukkan penurunan dalam populariti Najib selepas membuat beberapa janji diperingkat awal dan mewujudkan harapan yang tinggi di kalangan rakyat untuk perubahan.
Penganalisis melihat tindakan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (walaupun kemungkinan ada undang-undang yang serupa tetapi kurang kejam boleh mengambil tempatnya) dan mengurangkan sekatan ke atas media sebagai tanda-tanda bahawa beliau berada dalam keadaan terdesak untuk mendapat sokongan sebelum pilihan raya umum ke-13 .
"Ia mungkin satu muslihat untuk mendapat sokongan setelah ia kelihatan berkurangan," kata seorang veteran parti MCA.
Persiapan perang?
Sesetengah penganalisis melihat kaitan antara urus niaga korporat baru-baru ini dan puak dalam parti Umno yang ingin bersiap sedia untuk berhadapan dengan pemilihan parti dan juga pilihan raya ke-13 yang akan datang. Kedua-duanya penting kepada kelestarian Umno sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN).
Mereka melihat kaitan dalam pembelian penuh kontroversi 30 peratus saham dalam Eastern & Oriental (E & O), yang berpangkalan di Pulau Pinang oleh Sime Darby.
Rakan baik Khairy dan ahli korporat tersohor Kalimullah Hassan, ECM Libra Financial Group Bhd telah muncul sebagai pemegang saham terbesar E & O selepas memperoleh 42 juta saham atau 5.12 peratus ekuiti dalam syarikat itu di akhir bulan April.
Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, ECM Libra berkata ia telah meningkatkan pegangan saham di E & O sebanyak 5.35 peratus atau 41.41 juta saham selepas membeli lagi 3.4 juta saham pada 9 Mei.
Apakah yang dirangcang ECM Libra dengan blok E & O tidak diketahui dan apakah niat orang-orang di belakang tabir yang merangka semua ini?
"Adakah ia sedang bersiap sedia untuk membantu mendapatkan sokongan puak-puak yang berkepentingan? Ramai lagi yang sedang mencuba untuk merungkai teka-teki ini, "kata ketua bahagian PAS.
Tetapi perjanjian itu telah pun mengalami masalah dan mungkin akhirnya musnah begitu sahaja apabila pihak berkuasa selesai dengannya.
Langkah yang diambil Sime Darby telah menimbulkan persoalan sama ada ia telah mendapat kawalan ke atas E & O, setelah membayar premium yang besar untuk saham tersebut dipasaran.
Plot semakin menarik mengenai pengambilalihan dengan penglibatan mereka yang tertentu. Pengerusi E & O, Azizan Abdul Rahman (teman rapat Kalimullah) telah menaikkan kepentingan peribadinya dalam syarikat itu hanya beberapa minggu sebelum Sime Darby mengumumkan cadangan pengambilalihan dalam E & O.
Pengkritik perjanjian itu berpendapat bahawa pembelian Sime Darby terhadap blok daripada 3 kumpulan telah distrukturkan dengan cara yang memintas kod pengambilalihan negara.
Apa yang lebih menarik ialah Azizan adalah suami kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Zarinah Anwar. SC telah menerima tekanan untuk menyiasat Azizan untuk dagangan dalaman. Ini meletakkan Zarinah dalam situasi konflik berkepentingan seperti sementara SC menimbang sama ada urus niaga tersebut telah melanggar Kod Pengambilalihan negara.
Puak-puak lain dalam perebutan kuasa
Pihak dalaman Umno mengatakan bahawa Mahathir dan kaitannya dengan Perkasa, membuat dia satu entiti yang menggerunkan dengan keupayaan merebut kuasa menggunakan strategi yang lebih radikal.
"Dia memerhatikan Najib dengan sangat tajam dan ada yang mengatakan dia tidak sabar-sabar untuk melihat Mukhriz, anaknya memainkan peranan yang lebih dominan dalam parti. Walaupun dianggap oleh ramai sebagai seorang negarawan tua, beliau masih seorang yang amat penting dan tiada yang berani memperkotak-katikkan tindak-tanduk beliau, "kata ahli parti komponen BN.
Hubungannya dengan Perkasa juga meletakkan matlamat bekas Perdana Menteri itu sebagai "kembali kepada asas" dan lebih dekat dengan perjuangan UMNO berbanding jalan reformasi yang dipilih oleh Najib.
Golongan yang lain, sudah tentu yang diterajui oleh Muhyiddin dengan jalannya jelas untuk merebut kuasa.
Prinsip 'Melayu dahulu kemudian Malaysia' masih pandang sinis pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang lain dan dia jelas tidak mengendahkannya," tambah sumber dalaman BN. "Dia memainkan lagu sendiri dalam kebingungan Najib."
Bahasa badannya dan pendirian yang tegas menunjukkan dengan jelas kepada orang-orang Umno bahawa beliaulah pemimpin proksi sekiranya Najib jatuh nanti atau menyinar dalam kedinginan pilihan raya umum akan datang.
Oleh kerana kali ini, puak- puak dalam UMNO mungkin sedang memainkan drama perebutan kuasa yang paling aktif yang pernah disaksikan Umno dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pemenangnya mungkin bergantung kepada siapa yang berpeluang memainkan dadu dan juga, disertai dengan bekalan wang yang tiada batasan.
Malaysia Chronicle
Jika Muhyiddin Yassin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana menurutnya hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.KUALA LUMPUR, 23 Sept: Seorang pelajar, Muhamad Akram Sujut, 16, (gambar) hilang dan tidak dapat dikesan sejak 13 September lalu apabila beliau didapati masih belum pulang ke asrama sekolahnya di Pondok Beta Hilir di Kota Bharu, Kelantan hingga hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta berkerjasama mengesaninya serta melaporkan kepada keluarganya dengan segera jika menemuinya di sebarang tempat bagi menyelamatkan beliau dari segala kejadian tidak diingini.
Ayahnya, Sujut Esmon, 45, yang tinggal di B8-10-8, Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani anaknya bagi menyelamatkan Muhamad Akram dan membolehkan beliau menjalani kehidupan seperti biasa.
Menurut Sujut, kehilangan Muhamad Akram amat menyedihkan beliau dan seluruh keluarganya serta penuh tanda tanya, setelah beliau menghantarnya ke Stesyen Bas Hentian Putra, di sini, pada jam 10.00 malam 12 September lalu untuk pulang ke asrama sekolahnya.
Katanya, pada sekitar jam 8.15 pagi 13 September lalu, Muhamad Akram ada menelefon beliau melalui telefon bernombor 09-7434447 dan memberitahu kepadanya bahawa beliau telah sampai di Stesyen Bas Kota Bharu.
"Melalui perbualan menerusi telefon itu, dia juga meminta nombor telefon ustaznya yang bernama Nazri daripada saya," katanya ketika berkunjung ke pejabat Harakahdaily, di sini, hari ini.
Pada petang hari yang sama, menurut beliau, beliau telah menerima panggilan telefon daripada kawan anaknya yang tidak beliau pastikan namanya melalui telefon bernombor 014-8092693 yang memberitahu anaknya masih tidak sampai di Pondok Beta Hilir.
Katanya, sehingga ke hari ini, anaknya masih juga tidak sampai ke Pondok Beta Hilir dan gagal dikesani, walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh beliau, keluarganya, saudara maranya dan rakan-rakannya untuk mencari dan mengesani anaknya.
Dalam usaha mencari Muhamad Akram, beliau telah mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dengan membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan pada 15 September lalu.
Beliau yang berkerja sebagai peniaga menjelaskan, usaha mencari anaknya telah dilakukan di Kelantan termasuk di Tanah Merah dan Machang, dengan kerjasama saudara mara dan sahabat handai beliau dan isterinya yang berasal dari Machang.
Selain itu, berita mengenai kehilangan anaknya telah disiarkan di TV3 pada pagi semalam, setelah beliau berkunjung ke stesyen TV3 untuk memaklumkan kejadian itu.
"Tetapi sehingga sekarang, anak saya masih juga tidak ditemui. Inilah yang merisaukan kami sekeluarga. Saya amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani dan mencari anak saya itu," katanya.
Anak beliau, jelasnya, mempunyai ketinggian lebih kurang 5 kaki 6 inci, berkulit putih, berbadan sederhana.
Semasa keluar dari rumah, Muhamad Akram berpakaian T shirt putih berline hijau dan berseluar jeans hitam.
Kepada orang ramai yang menemuinya diharap menghubungi Sujut di talian 019-3389960 atau 013-3134223.
Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Hanya Seorang Mampu Bodohkan Muhyiddin
Muhyiddin ke sekolah, ke SMK Meru, Klang. Katanya tak boleh berpolitik di sekolah tetapi bagi Muhyiddin dia jadikan sekolah medan berpolitik, kan dah nampak sama lidah biawak.
Muhyiddin ke sekolah membawa cerita "terseksa" tinggal di Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Beliau diberitahu demikian oleh seseorang ketika tiba di majlis penutup program permukiman wakil rakyat BN di sekolah tersebut.
"(Orang tersebut kata) saya nak cepat-cepat pilihan raya nak pergi mengundi sokong BN, sebab rasa terseksa duduk bawah Pakatan di Selangor", ucap Muhyiddin diperbodohkan seseorang.
Takkan TPM, Menteri Pelajaran boleh bercerita tentang terseksa kerana diberitahu seseorang. Hanya seorang, lainlah kalau satu negeri!! Bodohkan Muhyiddin, mungkin ya...kerana boleh mempercayai entah cerita dari mana itu dikutip. Muhyiddin kenalah bercerita standard sedikit.
Patutlah dia kutip cerita tepi jalan kerana yang mendengarnya 170 budak hitam bengap dalam program permukiman wakil rakyat!!
-ekeleh
Gambar antara penampatan Kemboja yang berada di dalam parlimen Pekan, Pahang