Saturday, October 15, 2011

BELASAH DUIT RAKYAT UNTUK KEMPEN UMNO!!! Dah terlalu terdesak nak dapat sokongan

Oleh: sifuyus

"Alhamdullilah...pagi Sabtu 15.10.2011 kelmarin (semalam) aku telah dipilih oleh PPD untuk menghadiri program Penerangan Perdana anjuran Kerajaan Negeri Perak di Dewan Jubilee, Kuala Kangsar. Ingatkan nak cerita program2 pembangunan yg telah dan akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri..Rupa2nya..Hangpa bacalah kat bawah ni.. antara menunya

1. Ucapan Datuk Ahmad Maslan -(Timbalan Menteri di JPM)- dlm ucapannya banyak menyentuh ttg buruknya moral DSAI dan betapa kerajaan BN telah banyak berjasa kpd rakyat dan mengingatkan yg hadir supaya menyokong BN dgn meminta hadirin melaungkan satu Malaysia dan hidup Barisan beberapa kali dan pesannya kalau nak jadi calon kena amalkan prinsip PPSSSS iaitu kena berkhidmat Pagi Petang, Siang Malam dan Subuh Senja..dan paling utama menunjukkan klip video seks DSAI berulang kali dlm power pointnya. (Agak2nya org yg suka menyiarkan benda2 ni boleh kita anggap bermoral ke?)

2. Ucapan Datuk Seri Jamil Khir- ( Menteri di JPM)- dlm ucapannya dia tersasul menyebut Perak sebagai negeri asalnya dan salah satu kaedah ucapannya menyuruh hadirin menyebut perkataan susu sebanyak 10x dan lepas tu tanya Lembu minum apa? hadirin jawab susu bukannya air.Beliau juga menyentuh bahawa pembangkang sentiasa menipu terutamanya ttg isu rumah kediamannya yang bernilai 5 juta dan meminta rakyat terus memilih BN. ( Yg peliknya dia x sentuh bab hudud dan duit zakat yg dia gunakan utk membiayai kes guamannya

3.Ucapan Datuk Seri Husni Handzalah..(Timbalan Menteri Kewangan) -menerangkan tentang bajet 2012 dan menghentam bajet pakatan rakyat yg dikatakan boleh menyebabkan negara bangkrap dan menyatakan momentum rakyat sudah kembali kepada BN.Isu ttg bajet PR yg dipertikainya ialah pemotongan belanja 10 billion kpd Perdana Menteri yg katanya akan menyebabkan akan banyak jabatan seperti JAKIM yg x berfungsi dan satu lagi pasai buku jingga yg x boleh dipakai.


4. Ucapan MB Perak- berkisar kpd apa yg telah disebut oleh Datuk Jamil Khir dan Dartuk Husni Handzalah..menyatakan beliau juga difitnah oleh pembangkang ttg diapun dituduh buat rumah dgn harga 3 juta oleh pembangkang. Soalnya ada ke?

5. Ucapan Datuk Seri Shafie Apdal- x sempat dengar sebab bas dah tunggu
Kami juga dibekalkan dgn beg berlambangkan dacing dan dalamnya terkandung bahan2 ttg BN dan ttg pembangkang, ada pin IMalaysia dan buku nota dan paling menakjubkan juruacara umumkan pada jam 11.30 ada 12 ribu lebih yg hadir...tu yg aku takjub tu..agak2nya campur dgn penduduk Kuala Kangsar agaknya.

Persoalan yg bermain kat kepala otak aku? Buat majlis penerangan tu guna duit apa ye? dan apasal kerah org hadir? Ce buat macam PR tampal aje kat pokok2 atau buat banner..agak2 adake org nak datang dr seluruh perak?

"Tranungkite

Read more ...

PUJI NEGERI PR!!! Inilah punca Laporan Audit Negara tidak dibentang?


KOTA BHARU,15 Okt: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit.

"Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan.

"Ada ura-ura menyatakan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi tahun 2010," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga naib presiden PKR berpendapat, ahli parlimen wajib diberikan salinan buku laporan itu supaya mereka dapat menilai sendiri prestasi kerajaan negeri di bawah BN yang selalunya defisit berbanding dengan prestasi negeri ditadbir Pakatan Rakyat.

14 parlimen Kelantan perlu menang

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelnatan Datuk Husam Musa pula menyeru semua pihak khususnya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak hilang ‘fokus’ dalam perjuangan menuju Putrajaya.

Katanya, 14 kerusi parlimen di Kelantan mesti dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan peluang ke Putrajaya lebih cerah sekaligus dapat memastikan hak royalti Kelantan diberikan kepada kerajaan negeri.

"Dan Pakatan Rakyat mesti berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan didominasi Umno BN mesti membayar royalti kepada Kelantan.

"Kita juga menuntut supaya royalti itu dinaikkan daripada lima peratus keapda 20 peratus, ini kerana mejoriti negeri pengeluar minyak adalah miskin seperti Sawarak, Trengganu dan Kelantan," katanya.

Mengulas langkah pihak tertentu membawa mendftarkan warga asing sebagai pengundi, beliau menyeru semua pihak berdoa agar mereka mengundi Pakatan Rakyat.

"Kita nak buang dah tak boleh dah kerana BN memang dah ‘masukkan, Parti Umno pun sudah ditukar kepada 'United Myanmar and Nepal Organisation'," dakwanya, berseloroh sinis.

"Berdoa kepada Allah swt agar mereka boleh mengundi Pakatan Rakyat, sekali pun yang ‘mendaftar’ itu adalah Umno BN," tambahnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, terbaru di Kota Bharu sendiri 65 orang pendatang dikesan didaftarkan sebagai pemilih di Pasir Pekan.

"Kita mesti ada dua strategi, strategi pertama membantah, kedua mesti kenal pasti orang itu dan kita kena kempen memberi kesedaran kepada mereka," katanya.

Demokrasi Kotor

Sementara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) mendakwa sistem demokrasi negara khususnya pilihan raya masih lagi kotor dan perlu dibersihkan.

Beliau merujuk isu sama, iaitu tindakan pihak tertentu yang sanggup menggadaikan maruah negara dengan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

"Bagi saya, itu (daftar warga asing) harus dibatalkan, sebab kalau kita biarkan, kita memulakan budaya baru di mana untuk mengalahkan lawan, kita ambil siapa saja yang kita boleh mudahkan mereka untuk menjadi warganegara.

"Itu saya fikir demokrasi yang tidak bersih. Jadi harus dibersihkan itu dahulu," katanya.

Read more ...

BAJET 2012 !!! Dana untuk kroni UMNO atas nama bumiputera

http://usahawanmalaysia.com/wp-content/uploads/2011/07/pinjaman-mudah.jpgSebagai sebuah kerajaan yang mana parti tonggaknya berideologikan satu kaum, persoalan sering timbul tentang bagaimana ia mahu mengendalikan dana rakyat pelbagai kaum yang tersimpan di kantong negara untuk dipunggah dan diagihkan secara adil kepada semua.

Dalam Bajet BN yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan baru-baru ini yang berhasrat ‘memacu pembangunan masyarakat Bumiputera’,


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diberi mandat untuk melaksanakan agenda dan menyalurkan bantuan dana kepada rakyat khususnya peniaga-peniaga kecil Bumiputera.


Najib telah mengumumkan sebuah lagi skim dana iaitu Dana Mudahcara Bumiputera, enak sungguh nama ini bila didengar, dengan bantuan berjumlah RM300 juta.


Dalam pada itu juga, KKLW akan membimbing 1,100 buah syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk dibangun atau dimajukan. Sudah pasti kos untuk ‘membimbing’ syarikat-syarikat kecil ini juga akan menelan kos.


Bagus jika kerajaan mahu membantu dan membangunkan ekonomi kaum Bumiputera yang patut mendapat bantuan.


Tetapi pada dasarnya, beberapa persoalan telah timbul:


* Adakah jaminan pihak kerajaan khususnya KKLW bahawa proses permohonan dan karenah birokrasi dapat diatasi atau paling tidak dikurangkan?


* Adakah ada jaminan bahawa dana ini kelak akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan?


Antara niat dan karenah birokrasi


Di bawah KKLW sudah sedia wujud beberapa badan yang sudah sarat dengan pelbagai program di setiap satu bahagian dan bermacam-macam karenah birokrasi baik dari aspek proses permohonan, pengesahan, perbincangan dan lain-lain.


Bagi kita rakyat yang tidak mudah lupa, suatu ketika dulu dan ia sudah pun menjadi rahsia umum, di mana skandal Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah RISDA hingga hari ini tiada apa-apa tindakan yang telah diambil.


Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2000 mengesahkan secara jelas kira-kira RM40 juta peruntukan projek telah diselewengkan. Hanya rakyat yang lebih arif, siapa penghisap darah rakyat dalam kes ini.


Lihatlah, bagaimana UMNO-BN yang sepatutnya menolong rakyat miskin sedangkan pada masa yang sama hak rakyat termiskin ini turut dibahamnya. Inilah yang dikatakan Drakula, lebih menyedihkan, mangsanya adalah Bumiputera miskin sendiri.


Dan ada lagi yang amat-amat menyedihkan, rakyat miskin yang telah hidup-hidup dibohong oleh UMNO ini masih terus menyokong UMNO setelah digula-gulakan dengan kain batik dan kain pelikat semasa kempen pilihan raya, dan sekarang ini kena ditambah sedikit wang tunai.


Begitu sekali UMNO menjual anak bangsanya.


Oleh yang demikian, berdasarkan sejarah dan sistem dalam kementerian yang masih lagi sama seperti dahulu, apakah jaminan kerajaan bahawa semua dana-dana ini akan diurus dengan betul dan telus?


Tawaran sebenar untuk rakyat


Dalam hal ini, Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat tidak culas dalam memahami dan membantu golongan luar bandar dan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana renedah.


Antara lain Pakatan menawarkan:


Pembangunan serantau dan luar bandar akan digalakkan melalui desentralisasi pentadbiran.

Monopoli import beras yang dipegang BERNAS akan dihapuskan. Lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif dan terbuka. Subsidi akan diberi terus kepada para petani melalui institusi-institusi pertanian.

‘Disentralisasi’ ini jelas memberi makna ‘kuasa atau monopoli’ kroni kerajaan dalam melaksana dan mengurus pembangunan luar bandar akan dikurangkan, jika tidak dihapuskan sama sekali.


Dengan maksud lain, kerajaan PR apabila memerintah kelak, akan memberi kebebasan dan dorongan kepada pengusaha di luar bandar untuk merencana dan mencorak sendiri aktiviti ekonomi dan pembangunan mengikut kehendak dan keperluan mereka sendiri.


Bukankah ini demokrasi namanya?


Bukankah rakyat tidak mahu dikongkong malah mahu berdikari demi menentukan apa yang mereka mahukan di dalam kawasan mereka sendiri?


‘Hak rakyat’ adalah asas pertama dalam perjuangan Pakatan Rakyat di mana ia adalah penentu sebelum dana atau wang disalurkan.


Kuasa monopoli BERNAS juga akan turut dihapuskan. Ini bertujuan memberi dan mewujudkan persaingan pengusaha/usahawan yang sihat. Dengan dasar ini, maka kualiti dan produktiviti akan lebih mudah meningkat.


Bukankah ini dasar mewujudkan satu sistem yang telus?


UMNO tidak perlu segan untuk belajar dalam hal ini. Lagi pun ia untuk kepentingan rakyat.


Misteri angka 1,100 and Tekun


Melihat kepada hasrat kerajaan untuk membimbing 1,100 buah syarikat Bumiputera ini juga mengundang kepada persoalan yang sama.


Bukankah angka 1,100 ini adakah bersamaan dengan dasar gaji minima RM1,100 yang diperkenalkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat baru-baru ini?


Tetapi janganlah kita berburuk sangka sangat dengan UMNO, barangkali ia kebetulan. Dalam hal ini, kita amat bersyukur kerana masih belum lupa dengan isu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).




Foto Ehsan - malaysiawaves.com


Isu Tekun hingga hari ini kebanyakan rakyat merasa amat tertipu dengan kerajaan UMNO-BN. Sudah acap kali kita dengar rungutan usahawan Bumiputera yang memohon dana Tekun dan tuduhan yang biasa didengar ialah “lebih baik wang dana dari kantong kerajaan itu terus sahaja disalurkan berdasarkan keahlian UMNO”.


Lebih parah untuk imej UMNO ialah apabila ada usahawan Melayu yang dengan nada marah mengatakan: “Gunakan sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membantu UMNO mengagihkan dana itu. Jika rakyat yang lain dan pembangkang bantah, UMNO boleh pinda dan buat undang-undang baru demi menghalalkannya, bukankah ia lebih mudah?”


Inilah signifikannya analogi di atas. Kunci kepada duit dalam peti simpanan kerajaan sekarang dipegang oleh UMNO. Daripada niat asal penubuhan UMNO untuk membantu Melayu, kini ia hanya untuk mengkayakan pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka.


Kepada yang masih samar-samar, ini adalah satu lagi ‘kehebatan’ Bajet BN 2012 yang kononnya adil untuk semua. –
Roketkini.com

Read more ...

LEPAS FITNAH GAGAL!!! Ugutan jadi senjata UMNO / BN

http://albangi.files.wordpress.com/2011/07/umnodevil.jpg
Politik Malaysia sudah makin panas.

Wakil rakyat yang sah dipilih rakyat tidak boleh mewakili rakyat yang mengundinya, sebaliknya diugut akan dikenakan tindakan oleh BN jika tidak mengundi parti karat penuh kebusukan dari kepala hingga ke kaki.

Beginilah sikap dan perangai Umno-APCO dan BN yang tidak langsung menghormati amalan demokrasi apabila kalah di sesuatu kawasan.

Pada mereka, selagi mereka masih berkuasa di Pusat, segala ugutan dan arahan mestilah dipatuhi rakyat walaupun mereka tahu hayat pemerintahan mereka sudah semakin singkat.

Humbankan Umno-APCO jauh ke Lautan Pasifik sepertimana tumbangnya Selangor hingga terpaksa Khir Toyo berlari ke pejabat SUK Negeri di Shah Alam membakar segala dokumen dan fail penyelewengan tepat jam 12 tengah malam 9 Mac 2008.

Dan inilah yang akan berlaku jika Najib pula yang kalah di peringkat persekutuan agaknya.

JALAN PULANG


Kisah-kisah mengenai ahli-ahli politik BN menggunakan cara kasar untuk mendapatkan undi kaum Cina semakin terdengar di kala negara bersiap sedia untuk peperangan pilihanraya yang katanya adalah yang terbesar dalam sejarah.

ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh telah menulis pada Twitter mengenai satu insiden yang mencerminkan suasana tegang yang sedang meningkat di sekitar negara sewaktu parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA, Gerakan dan MIC berjuang hidup mati mereka terhadap Pakatan Rakyat yang dikepalai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Hannah, seorang ahli DAP yang sedang cepat melonjak yang telah menang besar pada pilihanraya 2008, memberitahu bagaimana beliau menolong penduduk kawasannya untuk menghantar surat lanjutan kepada jabatan kerajaan persekutuan.


Beliau tidak menyatakan kandungan surat itu dan ke jabatan mana ianya dihantar, tetapi penduduk itu telah dipanggil, dimarah dan diberi amaran untuk mengundi BN.


“Saya membantu seorang penduduk untuk menghantar surat lanjutan kepada sebuah jabatan persekutuan. Penduduk itu dipanggil, disoal kenapa dia meminta pertolongan daripada DAP dan bukan MCA.


Orang MCA ada sewaktu dia dipanggil,” kata Hannah.


“Kata-kata yang digunakan
“DAP #&$$@#”, penduduk menjadi susah hati.

Dia diberi amaran oleh pekerja kerajaan itu untuk mengundi BN.


Dia diberitahu ‘kalau kamu tak undi BN, kita boleh jejak kamu’.


Perisikan askar akan menaksir kebarangkalian MCA untuk menang


Sementara itu, Sin Chew daily telah melaporkan bahawa pegawai inteligen (risikan) askar (MIO) telah menemubual calon-calon MCA untuk pilihanraya akan datang, yang digembar-gemburkan akan berlangsung tahun hadapan.


Menurut laporan berita itu, MIO menemubual calon-calon MCA itu untuk mengukur kebolehan mereka untuk menang dalam kerusi parlimen dan negeri.


“Mereka ditaksir dalam empat bahagian iaitu latar belakang pendidikan, kemahiran ekonomi, pengalaman dan personality,” kata sumber kepada akhbar Cina itu.


Tetapi Setiausaha Agung MCA Kong Cho Ha telah menafikan dakwaan itu.


“Saya tidak tahu dari mana Sin Chew Daily mendapat maklumat itu. Setahu saya, MIO tidak menemubual orang. Saya sudah menjadi calon sebanyak tiga kali dan saya tidak pernah ditemubual oleh mana-mana pegawai inteligen,” Star melaporkan kata-katanya.

Read more ...

NASIB TSU KOON!!! Gerakan makin tenat




Ketua Wanita suruh jangan bertanding, Ketua Pemuda dok sokong lagi


Lebih kurang teruk macam Umno-APCO jugak


Cuma belum sampai takat baling kerusi je


JALAN PULANG

Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 demi kepentingan parti.

Tan yang membuat gesaan itu pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Wanita Gerakan di sini hari ini.


Bagaimanapun berkata Koh boleh terus memimpin parti pada pilihan raya umum ke-13 dan membuat keputusan tegas mengenai masa depan dan kelangsungan Gerakan.


Parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.


Turut kalah Koh yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.


“Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti.


“Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding,” katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.


Tan berkata Gerakan yang merekodkan prestasi buruk pada PRU 2008 memerlukan pemimpin yang berani dan teguh sekiranya mahu terus ‘hidup’ selepas pilihan raya umum akan datang.


Beliau juga mendakwa suara akar umbi semakin lantang mengkritik kepimpinan parti, dan menambah Wanita turut bimbang jika tidak ada tindakan tegas diambil oleh pucuk pimpinan sekarang, Gerakan akan terus dimalukan pada pilihan raya umum akan datang.


Tan juga tidak bimbang kritikannya itu akan menyebabkan beliau tidak dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.


Ahli Parlimen Gerik itu turut berkata semua pemimpin parti yang telah kehilangan sokongan harus berundur daripada bertanding agar tidak melemahkan lagi semangat parti ketika menghadapi pilihan raya umum.


“Ini untuk survival kita, saya mahu sampaikan mesej kepada mereka supaya berundur, supaya parti kita boleh bangkit semula,” katanya dipetik Bernama Online.


Terdahulu dalam ucapannya, Tan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengingatkan anggota Wanita agar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) dan semua calonnya.


Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin berkata semua anggota parti harus merapatkan barisan dan bersatu di belakang Koh.


“Beliau dipilih secara demokrasi. Suka atau tidak beliau masih presiden kita dan semua harus berdiri di belakang beliau.


“Saya fikir adalah suatu yang tidak betul untuk meminta presiden meletak jawatan tanpa alasan kerana kepimpinan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya untuk Koh.


Tentu buruk jika Koh berjalan dan berarak sendirian tanpa siapa di belakangnya.”

Read more ...

BAJET 2012 TAK CUKUP!!! Pegawai Polis terlibat sindiket curi kereta

Oleh: amkns


Seorang pegawai polis telah ditahan dalam satu kes sindiket curi kereta mewah di negara ini yang melibatkan 38 buah kereta mewah yang bernilai lebih RM4 juta.


Apa Bajet 2012 tak cukup lagi ke ganjaran untuk polis?


Cerita pegawai SPRM jadi penyamun, pegawai Polis jadi pengedar dadah, anggota Tentera jadi perompak yang dilaporkan di


http://amkns.blogspot.com/2011/09/sprm-penyamun-polis-pengedar-dadah.html

Cop among 8 held for car thefts

13 Oct 2011

KOTA KINABALU: Police smashed a car theft syndicate operating in Brunei and Sabah with the arrest of eight suspects, including a police officer, and seizure of 38 luxury vehicles worth more than RM4 million.

State police Commissioner Datuk Hamza Taib said the modus operandi of the syndicate was to rent luxury cars in Brunei and smuggled them into Sabah where they were sold off.

He said police had recovered several stolen cars such as Mercedes-Benz, BMW, Honda, Toyota and Nissan here and in Penampang and Keningau.

The syndicate members would convince potential buyers that the cars were "clean".

They would then agree to register the vehicles for the buyers with the Road Transport Department (RTD).

"We began investigations in July, following a request from Brunei police to assist them in tracing stolen rented vehicles."

Hamza said investigations revealed that the syndicate had help from within the RTD for the issuance of registration cards and road tax.

So far, police had received reports from 18 buyers who claimed to have been deceived by the syndicate.

http://www.nst.com.my/nst/articles/23nohide/Article

Read more ...

INGGAT!!! Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat.

Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Rungutan ramai ini perlu diambil perhatian kerana peristiwa ini sudah kali berikutnya setelah penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pada tahun 2009 lalu,” katanya.

Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan nasihat agama kepada masyarakat.

Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian penceramah berkenaan.

Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini,” ujarnya.

Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari ini di negeri Selangor.

“Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang penahanan yang dibuat oleh jabatan agama.

Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata.

Menurutnya, “Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa” begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan tauliah.

Read more ...

Friday, October 14, 2011

KOMPLOT UMNO!!! Zambry bakal dijatuhkan, 4 nama berebut nak ganti



Arus penolakan semakin ketara

Begitulah pandangan beberapa pemimpin Umno-APCO Perak berkenaan kedudukan Menteri Besar Haram yang sudah memerintah lebih 14 bulan.


Sumber yang rapat dengan Zambry memberitahu beberapa pemimpin Umno-APCO sedang melobi calon lain selain Zambry sekiranya Perak kekal di tangan Barisan Najis.


Antara nama-nama yang disebut adalah Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Raja Ahmad Zainuddin dan Ramly Zahari.


Keempat-empat nama tersebut dikatakan rapat dengan Najib terutamanya Hamidah, ADUN Sungai Rapat.


Komplot ini bukan lagi menjadi rahsia tetapi sudah menjadi buah mulut pentadbiran haram negeri sejak pertengahan tahun ini.


Dan rupanya pihak yang mendedahkan skandal ini juga datangnya dari dalam Umno-APCO negeri sendiri.


Bagaimanapun kedudukan Hamidah sendiri dikatakan tergugat berikutan kemaraan Pakatan Rakyat mensasarkan merampas kerusi tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.


Begitupun Pakatan Rakyat tidak kisah siapapun calon yang bakal menggantikan Zambry tetapi usaha untuk merampas kembali Perak makin dilihat cerah.


Daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri, Pakatan Rakyat mampu menawan 33 kerusi bagi membentuk majoriti mudah.


Dan usaha untuk menambah lebih banyak kerusi sedang dilakukan dengan giat terutama melibatkan gerakan yang diketuai Menteri Besar yang sah, Nizar Jamaluddin.


Skandal yang membelenggu Zambry nampaknya akan digunakan sebagai senjata ampuh menggempur kubu kuat Umno-APCO terutamanya di kawasan pedalaman seperti di Trong dan Behrang.


Yang pasti kedudukan Umno-APCO kini tergugat dan berkemungkinan sekali lagi menjadi pembangkang di negeri bijih timah ini.


JALAN PULANG



Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.


“Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.


“Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375,” dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut.


Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.


Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian.


Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan berkata kenyataan tiada kawasan hitam untuk BN oleh Zambry hanya merupakan satu sandiwara semata-mata.


“Sebelum PRU 2008 Zambry pernah berkata Perak akan mempunyai pembangkang sifar tetapi sebaliknya mereka yang kalah,” tambah Ngeh.

Read more ...

BOLEH PERCAYA KA!!! Mukhriz bersungguh nak laksana Undang-Undang Murtad

Akta murtad,Pas tidak boleh berdiam diri

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu tanpa mengambil kira perbezaan ideologi dan pegangan politik.

“Sebagai parti yang berlandaskan prinsip perjuangan Islam, Pas harus ke depan dalam hal ini untuk bersama-sama menangani masalah itu secara berhemah.

“Sokongan yang diberi harus dibuat tanpa memihak kepada kepentingan politik parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Meloya di sini, hari ini.PKB

Betul Pas berdiam diri atau Umno yang jadi penghalang Akta Murtad?

Bila masa pulak umno ubah pendirian dari ‘beriman’ pada kitab lord reid kepada beriman pada al quran?

mukhriz pun nak masuk pertandingan ‘Raja lawak Mega’ ke?…hahahaha

Akta Murtad: Mujurnya kalau Umno SOKONG

Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad.

Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad.

Ahli Parlimen PAS dari Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS telah memohon membawa usul yang dinamakan Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Dewan Rakyat. Malangnya, usaha sebegitu baik gagal disempurnakan. Ia ditolak sedari awal dan tidak diberi laluan untuk dibahaskan.

Punca utama ialah apabila ia tidak mendapat sokongan daripada walau seorang pun menteri, khususnya menteri dari Umno yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Sedangkan menurut aturan dan peraturan diterimapakai Parlimen, sesuatu rang undang-undang yang hendak diterima untuk dibahaskan mestilah dikemukakan oleh seorang menteri dan disokong oleh seorang menteri lain.

Kes itu membuktikan betapa Umno sanggup mengenepikan kepentingan agama semata-mata demi menjaga imej dan maruah politiknya. Ia tidak bersedia untuk menerimapakai sebarang idea dan cadangan pihak pembangkang, lebih-lebih lagi sekiranya ia datang daripada PAS yang disifatkan sebagai ‘musuh tradisi’nya dalam meraih sokongan masyarakat Melayu-Islam.

Keegoan politik itu telah menyebabkan Umno buta mata hati dan gagal membuat pertimbangan yang sewajarnya, walau pun apa yang dikemukakan PAS itu membabitkan soal menjaga kesucian aqidah dan kepercayaan umat Islam.

Sebab itu jika ada pemimpin Umno mendakwa mereka memperjuangkan kedaulatan Islam, rakyat jangan sesekali percaya. Malah jika dalam keadaan tertentu apabila dilihat mampu meraih markah politik, kerap juga pemimpin Umno mengatakan mereka tidak mementingkan soal fahaman politik.

Lebih-lebih lagi apabila keadaan memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak, Umno akan cuba melupakan rakyat tentang sikap dan pendiriannya selama ini yang amat berpilih kasih dalam melayan pihak yang tidak sealiran dengannya.

Seruan agar tidak mengutamakan sentimen atau fahaman politik hanya dikumandangkan Umno sebagai usaha mewujudkan persepsi kononnya parti lawan yang berperangai sedemikian. Sedangkan yang sebenarnya paling kuat beramal dengan sikap dan pendirian tidak demokratik itu adalah tidak lain daripada Umno sendiri.

Hari ini wajah dan suara hipokrasi itu menjelma semula di celah-celah kehangatan perbahasan mengenai isu murtad. Kesedaran masyarakat umum mengenai bahaya gejala kemurtadan umat Islam diulangsuara pelbagai pihak.

Media-media arus perdana yang diketahui menjadi talibarut Umno juga tidak melepaskan peluang. Ia bukan setakat menyuarakan sokongan terhadap harapan dan desakan khalayak yang cintakan kesucian agama Islam, malah secara terancang cuba menggambarkan betapa kerajaan dipimpin Umno juga mendukung hasrat serupa.

Justeru, suara-suara agar umat Islam bersatu mempertahankan kesucian aqidah dan mendepani pihak-pihak yang cuba menceroboh kepercayaan mereka kembali berkumandang. Sepertimana lazimnya, ia turut diiringi desakan dan cabaran keras kepada para pemimpin politik agar mengenepikan sentimen kepartian dan mengutamakan kepentingan agama.

Bahawa dalam menangani isu sebesar dan sepenting gejala murtad ini, para pemimpin Islam tidak sepatutnya terus bertelagah. Sebaliknya, mereka diseru meninggalkan perbalahan politik buat seketika untuk sama-sama mendukung agenda menyelamatkan agama.

Oleh kerana suara itu datang daripada pihak-pihak yang ada kecenderungan sangat jelas kepada parti pemerintah, walau atas apa jua nama pertubuhan yang mereka wakili, maka ia turut diiringi persepsi bahawa pihak yang paling dimaksudkan dalam seruan itu ialah para pemimpin politik beragama Islam dari pihak pembangkang.

Kononnya yang paling kuat berpegang kepada sentimen parti ialah pemimpin dan pengikut pembangkang. Sedangkan yang terbukti tidak simpatetik terhadap perjuangan pihak ketiga mempertahankan Islam selama ini ialah parti yang menunjangi pemerintahan negara ini sendiri.

Masakan tidak jika pengalaman lepas diambil kira. Usah disebut soal kelemahan pentadbiran agama yang acapkali dipertuturkan masyarakat. Tidak payah diperkatakan soal kegagalan kerajaan mengurustadbir wang zakat yang sebegitu banyak untuk menjamin kebajikan golongan kurang berkemampuan sebagai usaha membentengi mereka daripada dakyah agama lain.

Keadaan yang berlaku malah jauh lebih mendukacitakan. Umno bukan sahaja tidak bersedia mengakui kelemahan dan ketidakupayaannya menjaga kedaulatan Islam menerusi kuasa dimilikinya dalam pemerintahan, ia malah tidak bersedia memberi laluan kepada penambahbaikan pentadbiran agama. Ambil saja contoh bagaimana Umno menolak mentah-mentah sebarang usaha menggubal undang-undang berkaitan murtad tadi, hanya semata-mata kerana ia dikemukakan pemimpin pembangkang.

Usaha serupa bukan sekali, bukan dua kali dilakukan PAS. Tuan Guru Abdul Hadi mengulangi cubaan serupa pada penghujung 1999 setelah gagal lebih enam tahun sebelumnya. Malangnya cubaan beliau kali kedua itu juga tidak diberikan layanan lebih baik.

Ia kemudiannya diikuti Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pada 2006. Ketika itu perbahasan isu murtad sangat hangat, terutama apabila ia dikaitkan dengan kebebasan beragama diperuntukkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Usaha-usaha pihak tertentu mewujudkan justifikasi tindakan mereka mengembangkan agama mereka di kalangan umat Islam, beserta beberapa kes melibatkan wanita Islam menukar agama secara terbuka kepada agama lain, meletakkan negara dalam polemik agama agak panas ketika itu.

Ada konvensyen dianjurkan pihak berkuasa agama negara khusus membincangkan tajuk kebebasan beragama dan isu murtad. Para ilmuan Islam dan ahli akademik masing-masing membentangkan kebimbangan mengenai isu diperbahaskan. Para mufti turut bersuara agar diwujudkan undang-undang menangani gejala merosakkan aqidah umat Islam itu.

Pada tahun itu juga Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) ditubuhkan. Di tahun sama, Himpunan Sejuta Umat Islam Mempertahankan Aqidah dan Kesucian Islam dilangsungkan. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi lokasi himpunan itu menyaksikan kehadiran amat membanggakan.

Suasana sebegitu tegang dengan kemarahan umat Islam berada di kemuncak ketika itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk negara kita menghasilkan suatu undang-undang menjamin aqidah umat Islam. Sepatutnya segala desakan para ulama, mufti, pertubuhan bukan kerajaan berkepentingan Islam dan khalayak umum agar kerajaan berbuat sesuatu bagi membendung gejala itu berterusan sudah memadai untuk kita melihat wujudnya kini undang-undang dimaksudkan itu.

Namun segala harapan itu bagikan fatamorgana. Dari jauh ia dilihat amat meyakinkan, tetapi apabila tiba semakin hampir kepada realiti, ia sebenarnya hanyalah khayalan.

Kini isu murtad kembali mendapat perhatian umum. Himpunan Sejuta Umat Islam juga bakal diadakan buat kali kedua. Sepertimana siri pertama, ia juga dilaungkan sebagai himpunan tanpa sentimen politik. Ia untuk semua jiwa dan insan beragama Islam. Ia semata-mata di atas agenda mempertahankan aqidah dan melawan pencerobohan kepercayaan umat Islam.

Betul, ia tidak perlu melibatkan politik untuk memaut sokongan dan kehadiran semua pihak. Namun apakah kita hanya mahu kehadiran yang ramai sebagai penghujung agenda perjuangan? Apakah kita tidak mahu mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu, bahawa sebarang usaha sebegitu keras tidak akan mencapai hasil maksud tanpa campurtangan politik?

Di atas permis ia perhimpunan tanpa sentimen politik, himpunan itu nanti mungkin boleh memaut kehadiran yang besar. Tetapi tempik sorak, laungan takbir menyerakkan anak tekak dan gulungan resolusi menyendatkan fail tidak membuahkan hasil maksud apabila ia sewenang-wenangnya ditolak atau disepikan begitu sahaja oleh penguasa politik.

Pengalaman lalu sepatutnya mengajar umat Islam negara ini bahawa hanya dengan dokongan politik sesuatu usaha itu mudah direalisasikan. Untuk itu rakyat yang cintakan kesucian aqidah dan sayangkan kedaulatan Islam perlu tahu kepada siapa wajar mereka serahkan sokongan dan kuasa pemerintahan.

Begitu juga, setiap jiwa yang lantang memperjuangkan wujudnya undnag-undang berkaitan murtad ini, terutama dari kalangan penyokong tegar Umno seharusnya berhenti daripada terus memberikan kepercayaan kepada parti itu. Akuilah hakikat bahawa Umno bukannya pihak terbaik untuk diharap menyelesaikan permasalahan dihadapi umat Islam.

Bahkan, mengambilkira pengalaman lalu, rasanya para pemimpin Umno pun tersangat malu untuk menyokong sebarang usaha mewujudkan akta berkenaan. Jika tidak kerana keegoan politiknya yang terlampau mengutamakan sentiment kepartian, sudah lama akta tersebut menjadi realiti.

Justeru, mujur benarlah jika kali ini pemimpin Umno menyokong wujudnya undang-undang murtad!

Nasir Awang

Read more ...

CINCIN RM 24 JUTA!!! Chegubard mahu terbit brosur pendedahan

Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 03Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu - 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' berharga RM24,458,400 - diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri perdana menteri - Datin Seri Rosmah Mansor.

Read more ...

HUDUD HANYA LIBATKAN ORANG ISLAM !!! Habis , kenapa MCA bersungguh buat kempen anti Hudud?

MARANG, 14 Okt 11: Masyarakat bukan Islam sebenarnya tidak perlu gusar dan bimbang dengan isu hudud yang kini menjadi polemik Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang PAS dan Pakatan Rakyat.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr B.Chandran berkata, orang bukan Islam sepatutnya tidak perlu mempersoalkan isu hudud kerana ia hanya melibatkan orang Islam.

Katanya, jika ia masih timbul, mereka sebenarnya sengaja menimbulkan perkara yang tidak mempunyai kaitan dengan diri sendiri.

“Isu hudud ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam. Kenapa perlu kita takut. Kita tidak perlu bimbang kerana hukum hudud hanya untuk orang Islam.

“Jika ia (hudud) masih timbul, itu (isu) sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang menjadikan hudud sebagai polemik untuk kepentingan politik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis bersantai sempena Program Al-Falah anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, di perkarangan Pasti Merchang, Marang, kelmarin.

Menurutnya, hudud tidak menjadi isu yang ‘menakutkan’ terutama kepada ahli DHPP kerana memahami dasar tersebut.

Katanya, DHPP Terengganu menyokong semua dasar yang dibawa oleh parti itu tetapi tumpuan kepada Negara Berkebajikan lebih penting.

“Negara Berkebajikan patut dilihat sebagai satu perkara penting daripada hudud yang tidak ada kena mengena dengan kita (bukan Islam).

“Di Terengganu, perkara ini jelas dan tidak ada langsung isu berkaitan hudud dibangkitkan kerana kita memahami tujuan hudud,” tegasnya.

Justeru itu, katanya pemimpin DHPP di seluruh negara disarankan agar bersama-sama dengan PAS bagi merealisasikan agenda sebuah negara berkebajikan.

Beliau mengingatkan ahli parti termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat agar tidak terpengaruh pihak yang menentangnya.

Sebaliknya, kata beliau semua pihak perlu memahami pelaksanaan hudud itu hanya melibatkan kesalahan dan jenayah yang dilakukan orang Islam. (IH)

Read more ...

BAJET HUTANG BN Vs BAJET BERIMBANG PR

Read more ...

50 TAHUN UMNO BELA MELAYU!!! Senarai Tanah-Tanah Rizab Melayu yang tergadai

Read more ...

KALI KE 2!!! Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIOi8IFL6MlYrzGfPq-Fqwp2rZ1zLGOrwfjGIsDip05mhFKUYI9RQ-hcDcl3yF5_lPPgfOv5i0feyPqVMuSoDnwV3PMOchd4O7gXK3j9gL-J9qargPil70EtvSxK5qBoYqoLXEnNFBptg/s400/sultan+kedah.jpg

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. -- BERNAMA

Read more ...

RM 60 ,000 !!! Akhbar Juara Fitnah kena bayar ganti rugi kepada Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan akhbar Umno, Utusan Malaysia membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad kerana memfitnah ahli parlimen Shah Alam itu.

Keputusan itu dibuat hakim Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini berhubung berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin (kanan), yang mewakili Khalid berkata, selain membayar RM60,000 itu, Utusan juga diarah membayar kos perundangan.

"Mahkamah arahkan Utusan membayar RM60,000 kepada Khalid Samad sebagai gantirugi kerana memfitnah.

"Utusan juga kena bayar kos yang jumlahnya akan ditaksir kemudian," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hakim juga memberi tempoh satu bulan kepada Utusan untuk mengemukakan rayuan.

Utusan pada 11 Oktober lalu melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.'

Di dalam samannya sebelum ini Khalid (kiri) menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut.

Beliau menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, sebagai defenden dalam saman tersebut.

Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam.

Hakim pada perbicaraan 30 September lalu, bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal.

Pada 11 Oktober lalu, mahkamah telah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi.

Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan.hrkh

Read more ...