Sunday, November 6, 2011

GEMPAR!!! Mari Baca apa anak angkat Tun Mahathir kata kepada Najib dan Ro$mah

Fuyooo..anak angkat Tun M kata Najib Rosmah murtad..ini bukan blogger pro Pakatan rakyat atau indipendent bro..

Pentempuran antara Mahathir dengan Najib Rosmah semakin memuncak, kalau sebelum ini Mahathir menggunakan blog-blog pronya seperti Kmu, anak-anaknya juga turut membantunya menghentam Najib,,,

Tetapi ini aku kira sudah kira berat,, najib & The gang tengah dok buat haji, boleh ditohmah sedemikian rupa,,, hebat puak-puak UMNO sesama mereka pun dah ghuyubbb, maka tak hairanran kalau dengan pembangkang…PKB
Apa pun ini semua datang dari Allah, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu, tak perlu Umat Melayu dari Parti pembangkang yang hentam Najib, tetapi Allah hantar sesama mereka melaksanakannya… Wallahhuaklam….
Tahniah.. nampaknya semangat keberanian Afghanistan tertanam dalam anak angkat Mahathir ini…
.
Nukilan Bro…manjongmari.blogspot

Read more ...

BANYAKNYA DUIT NAJIB!!! Buat korban sahaja habis RM 1.2 juta

SEMPENA Hari Raya Aidil Adha tahun ini, Utusan melaporkan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor mendermakan 402 ekor lembu untuk tujuan korban di kawasan parlimen Pekan [Utusan].


Ini bermakna, Najib dan isteri yang pemurah lagi dermawan telah membelanjakan duit sebanyak RM1.2 juta untuk mendermakan 402 ekor lembu dengan mengambil kira harga purata terkini harga lembu-lembu korban RM3,000 seekor.

Tahniah di atas kemurahan hati beliau. Ini kerana, RM1.2 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, dengan gaji yang diterima oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, sebanyak RM22,826.65 sebulan, beliau memerlukan lebih empat tahun (52 bulan) untuk mengumpul RM1.2 Juta tanpa mengusik sedikit pun gaji yang diterima.

Sungguh pun isterinya boros, dan gemar membeli beg tangan mewah, namun suaminya sangat pemurah. Lihatlah dunia, betapa pemurahnya Najib, empat tahun duit gajinya dihabiskan untuk membeli lembu dan didermakan kepada orang ramai.

ReJaM© "Persoalannya, Rosmah beli beg tangan mewah pakai duit siapa?"


Read more ...

GEMPAR LEMBAGA HITAM DI BENTONG !!! Adnan Yaakob kena buat sesuatu

Gambar hiasan

Saya petik:

[kosmo] BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.


Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.


Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.


Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.


Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.


“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.


“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.


Read more ...

KATA DUA !!! Najib buat pilihanraya awal, rakyat berhimpun untuk Bersih 3.0

Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan protes jalanan besar-besaran kedua jika pembaharuan pilihan raya gagal dilaksanakan sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13, langkah yang dijangka boleh mengganggu usaha pentadbirannya mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) memberi perdana menteri kata dua bahawa pihaknya akan mengadakan protes mirip Bersih 2.0 jika membubarkan Parlimen sebelum pembaharuan pilihan raya dikuatkuasakan.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan sokongan dengan pelan itu dan mahu Najib, yang juga Pengersusi Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi berkata perdana menteri harus membolehkan jawatankuasa pilihan khas, yang beliau telah bentuk, menyelesaikan fungsi mereka dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan syor-syor yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberitahu The Malaysia Insider, partinya akan memberi sokongan kepada satu lagi protes jika perlu.

“Saya percaya rakyat menunggu bukti janji-janji pembaharuan yang dibawa oleh perdana menteri,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini dalam kenyataan menerusi SMS.

Tegas Nurul Izzah, oleh kerana isu-isu pembaharuan pilihan raya berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, perlu ada gelombang ketiga.

Najib dan imej pembaharuan beliau berhadapan dengan kritikan banyak pihak termasuk media antarabangsa ekoran tindakan keras pentadbirannya menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli juga berkata, partinya akan menyokong pendirian PR bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil selepas pembaharuan pilihan raya dilaksanakan.

“Pada pandangan parti-parti, sepatutnya tidak ada pilihan raya sehingga pembaharuan dilaksanakan. - GB

Read more ...

MENTERI BENGONG!!! Pandangan pensyarah bertentangan dengan UMNO itu politik, kalau menyokong UMNO itu neutral

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya.

Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih “dalam kerangka dan idea” yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri.


Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.



Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno.

“Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Malah Aziz juga berkata, “tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?”

Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti,” kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, “saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled.”

Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama.

Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah.

“Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?” katanya lagi.

Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian.

“Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar,” katanya lagi.

“Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan,” kata Aziz lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Aziz pula menjawab, “saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled.”

Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat.

Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Tambah Khaled, antara yang hadir adalah ahli Umno Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIA berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja awal Ogos lalu.

Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Siasatan polis dan UIA dilaporkan sudah selesai.

- Malaysian Insider

Read more ...

UMNO YANG BERPURA-PURA!!! Manipulasi Umno Isu Seksualiti Merdeka


SAYA ditanya bertubi-tubi di alam maya oleh pengikut-pengikut Umno kononnya mengenai pendirian KEADILAN dalam isu Seksualiti Merdeka yang dijadikan modal mereka.

Pendirian saya telah saya nyatakan: bahawa saya tidak bersetuju dan tidak bersama dalam hal penganjuran pesta tersebut, kerana ia bertentangan dengan perkara-perkara syarak yang telah jelas.

Persoalan politik (termasuklah political correctness dalam mana-mana perspektif pun) tidak boleh mengatasi soal aqidah dan syarak yang menjejaskan hubungan saya sebagai hamba kepada Allah SWT.

Pendirian yang sama juga telah dibuat oleh ramai pimpinan tertinggi KEADILAN.

Yang agak menjelekkan ialah hipokrasi Umno dan pengikut mereka dalam memanipulasi isu ini bagi kepentingan politik, sehingga secara tidak langsung menjadi pengiklan utamanya.

Saya sendiri tidak pernah tahu bahawa acara ini telah berlangsung sejak tahun 2008 lagi dan telah menjadi acara tahunan.

Selama ini tidak pula dijadikan isu besar atau menjadi ancaman kepada negara sehingga menghiasi muka-muka depan akhbar milik Umno. Selama 3 tahun juak-juak Umno dan pemuka mereka seolah-olah gagal melindungi orang Melayu seperti yang mereka selalu syok sendiri

Tiba-tiba sahaja juak-juak Umno mendapat hidayah macam baru balik bertapa di gua dan tidak habis-habis menyerang pimpinan Pakatan. Tiba-tiba sahaja mereka sedar bahawa Islam itu ditunjangi oleh amal maaruf nahi munkar.

Alhamdulillah kalau begitu. Dah alang-alang mereka insaf sekarang, saya minta mereka teruskan dengan serang pusat-pusat maksiat dan judi yang mana pimpinan Umno turut bersekongkol. Pastikan tidak ada mana-mana yayasan berkait keluarga Umno yang ada hubungan dengan pusat judi di Genting.

Pastikan juga keluarga khalifah tertinggi mereka jual saham dalam syarikat arak terbesar di Filipina. Pastikan juga semua anak-anak syarikat kerajaan tidak terlibat dalam apa-apa perkara yang melanggar syarak, termasuklah judi, rasuah, penipuan, curi peruntukan rakyat dan lain-lain.

Dah alang-alang begitu, pastikan juga isteri-isteri menteri, menteri sendiri, wakil rakyat, Puteri Umno dan isteri mereka tutup aurat!

Sebab kalau nak jadi tok lebai, biarlah kerana takwa kepada Allah SWT. Biar konsisten. Biar istiqamah. Biar fearless.

Tapi saya rasa tak begitu, kalau ketua mereka pun sering mengunjungi tempat-tempat maksiat me

reka diam sahaja. Keluarga khalifah mereka miliki syarikat arak – tidak berbunyi pun. Sudah 3 tahun acara ini berlangsung, tidak pula mereka sibuk-sibuk.

Sebab itu saya sinikal dengan angin tok lebai juak-juak Umno kebelakangan ini, sebab ia satu hipokrasi dan manipulasi politik.

Isu ini dibesar-besarkan kerana mereka mahu menyerang peribadi Dato Ambiga dan seterusnya menyerang rekod beliau sebagai pejuang. Mereka juga berharap dengan menyerang Dato Ambiga, mereka boleh menyerang Bersih.

Saya percaya rakyat juga tertawa dengan lelucon mereka. Bayangkan juak-juak Umno ini tiba-tiba nak jadi tok lebai, tapi ramai di kalangan pemimpin Islam mereka bergelumang dengan pelbagai perkara yang bertentangan dengan syarak.

Tok lebai sejati akan istiqamah dan lawan habis-habisan. Mereka akan pastikan seorang yang terlibat berzina/merogol dengan kanak-kanak bawah umur tidak diberikan peluang langsung di pentas mereka. Ini tidak – jadi pengerusi utama satu badan kerajaan pulak.

Tok lebai celup adalah perkara biasa dalam Umno.

Renung-renungkan dan selamat beramal


Sumber: [Rafizi Ramli]

Read more ...

Saturday, November 5, 2011

KAKI AMPU KAKI CIPLAK!!! 'Haji' Kamal punya cerita


Rakyat Malaysia biasa mungkin akan bingung membaca senarai tuntutan untuk pilihan raya yang adil di laman web P Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang nampaknya telah di plagiat daripada pihak Bersih.

Mendahului senarai adalah satu cadangan mengadakan "pemerintah sementara yang neutral" yang akan dilantik sebaik sahaja Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum. Lain-lain 'inisiatif' yang beliau bentangkan pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (SPA) mengenai Pembaharuan Pilihan Raya ialah penggunaan dakwat kekal, reformasi sistem undi pos,melanjutkan tempoh berkempen dan menyediakan akses kepada media dengan adil kepada semua parti-parti politik.


Hisap tangan TPM


Mengapa MP yang dikenali sebagai kaki ampu akan mencadangkan idea-idea seperti ini, memandangkan ia diciplak sepenuhnya dari Bersih?


Kamalanathan, bagi yang telah lupa, telah memalukan diri sendiri dengan membengkok dan mencium atau pun hampir-hampir menghisap tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Pemimpin-pemimpin Umno lain yang berada di situ pada ketika itu termasuk kaki ampu yang lain, Ahmad Maslan ketua penerangan, telah terkejut. Muhyiddin pula cemas – mungkin dalam fikirannya, adakah dia akan mendapat tangannya semula?


Ini bukan sesuatu yang biasa dalam budaya India. Orang India mungkin menawarkan anda Namaste, atau mereka mungkin berjabat tangan dengan anda.


Ia jelas menunjukkan bahawa MP MIC ini akan sanggup menghisap tangan tuan mereka iaitu pemimpin Umno. Walaupun tidak ada keraguan bahawa semua pemimpin MIC akan menurut perintah Umno, tidak ramai yang sanggup menghina diri mereka secara terbuka seperti Kamalanathan.


D adalah untuk Dunce (bodoh)


Kelayakan akademik Kamalanathan terus berada dalam keraguan dan sehingga kini tiada bukti bahawa dia benar-benar ada kelayakkan pun. Rakan sekolahnya meningatinya sebagai seorang yang bodoh.


Sejak dilantik, beliau nampaknya lebih banyak terlibat dalam kempen publisiti bagi pihak dirinya sendiri dan bukan parti. Mungkin disebabkan inilah beliau telah dipecat dari jawatan ketua penerangan parti.


Kamalanathan, melihat keadaan seperti memihak kepada pilihan raya yang bebas dan adil, telah cuba untuk meraih populariti untuk dirinya sendiri dengan langkah ini. Sayangnya beliau gagal memberi kredit kepada Bersih sebagai sumber 'cadangan' beliau.


Adalah ironik kerana pilihan raya Hulu Selangor itu sendiri penuh dengan taktik kotor, membeli undi dan pengundi hantu yang ditaja oleh BN. Kadar bagi undi kaum India adalah RM200 ihsan daripada MIC. Adalah menjadi bahan ketawa bahawa Kamalanathan sekarang termasuk dalam Jawatankuasa Pilihan Parlimen, memandangkan bahawa jika berlaku pilihan raya yang bebas dan adil di Hulu Selangor dahulu, dia mungkin kalah!


Yang tertulis di dinding


Jika Kamalanathan ikhlas dalam membentangkan idea-ideanya, dia haruslah menawarkan diri untuk meletak jawatan jika cadangan itu tidak diterima. Dia tidak mungkin akan berbuat demikian, kerana seperti 'pemimpin' MIC lain, kedudukan adalah segala-galanya. Dan kerana itu dia telah memilih untuk memainkan permainan sinis; berpura-pura untuk mempunyai prinsip-prinsip yang dia tidak miliki. Sesungguhnya dia adalah ibarat pepatah 'Tin Kosong' atau Kapal kosong kerana hanya mampu membuat bunyi bising.


PSC itu sendiri adalah palsu. Ia adalah taktik bagi BN untuk berpura-pura bahawa mereka juga berjuang untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Sementara itu, PRU-13 akan diadakan dengan penipuan pilihan raya yang biasa dan secara terang-terangan, khususnya di Malaysia Timur.


Namun begitu, taktik itu tidak mungkin akan menyelamatkan BN daripada ditewaskan. Jumlah rakyat yang mahu BN berundur adalah terlalu besar kali ini.


Adalah sesuatu yang malang bagi rakyat Malaysia kerana makhluk seperti Kamalanathan masih ada dan terus mencacatkan Parlimen. Tetapi mereka boleh berharap agar dalam PRU yang akan datang, semua munafik ini kemungkinan besar akan lenyap.


JALAN PULANG

Read more ...

SEKALI NAJIB PI HAJI !!! Setiap hari ada liputan media , heboh satu kampung UMNO

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/11/najib-rosmah-di-mekah-3.jpg?w=371&h=278Oleh Enggang Qadha

Seantero dunia tahu Najib ada di Mekah. Kalau tengok gambaq Najib masa tawaf kaabah, terfikir jugak la aku, Najib ni banyak sangat ka musuh?

Sekongyong-konyong teringat kata-kata Tok Guru. Tok Guru kata "kenapa saya perlukan pengawal di rumahnya, Saya ada Allah, dan saya tak ada musuh".

Berbeza dengan Najib masa tawaf kaabah, pengawal penuh di kelilingnya...sayangnya Najib tidak rasa bertawaf beramai-ramai semasa buat haji.

Najib tak rasa kenikmatan mengerjakan haji sebab mendapat layanan istimewa, sampai nak tawaf pun pengawal kena buka laluan. Tak bagi orang hampir.

Hebat sangat ka PM Malaysia ni, sampai kerajaan Saudi bagi layanan macam tu sedangkan Presiden Iran pi dengan bas saja dan duk sekali dengan jemaah yang lain.


Semua orang tau Iran tu negara hebat. Hebatnya Iran kerana Iran berani lawan dengan Israel. Sudah tentulah presiden Iran ada ramai musuh, tapi Ahmadeennijad tidak mintak pengawal peribadi untuk dia buat kerja haji.

Sepanjang Najib duk di mekah, setiap hari mesti ada sekurang-kurangnya 2 berita darinya.

Dah ada depan kaabah pun nak fikir bab dunia lagi, tumpu la buat ibadah tu. Orang lain pun p jugak, tapi tak la sampai setiap hai ada tweet berita.

Tadi tengok naib buat ucapan raya dari sana.... Pulun sungguh dia, berjumpa dengan jemaah disana, rakyat di Malaysia tidak dilupakan. Nampak la ada jam di tangan dia... Tapi tak perasan pulak rosmah pakai barang kemas apa.

Kalau la ada barang kemas, memang sah la rosmah tidak menerima hakikat pemakaian ihram dan kewajipan menutup aurat.

Antara hikmah memakai ihram adalah meletakkan semua manusia di dunia ini sama rata. Tak kira siapa dia, dari serendah-rendah pendapatan sehingga lah yang paling kaya, bila dah pakai ihram, semua sama saja. Disisi Allah memang berbeza ari segi ketaqwaan, tapi di mata manusia, semua sama.

Kalau satu hikmah ni pun tak leh nak terima, masih nak tunjukkan pada dunia diri dia besaq, bermakna tiada lah kenikmatan berihram dan mengerjakan haji di Baitullah.

Najib akan balik ke Malaysia pada 9hb. Bermakna, Najib cuma buat yang wajib saja, tak buat macam orang lain. Tak dapat la 100 rakaat jemaah di Masjid Nabi.

Betulkah niat pi mekah tu untuk buat haji? Sepanjang musim haji ni, liputan keatas najib lebih banyak dari kisah nabi ibrahim dan siti hajar yang di siarkan.
Kedah La

Read more ...

SENATOR!!! Jawatan yang menjadi habuan kepada pengampu UMNO

Dewan Negara Malaysia terdiri daripada 70 ahli, yang majoritinya (44) dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Selebihnya mewakili negeri masing-masing.

Peranan asal Senat adalah untuk mengimbangi Parlimen setelah majoriti daripada Ahli Dewan Negara terhutang pelantikan mereka kepada PM. Mereka tidak mungkin akan menolak bil-bil yang diluluskan oleh Parlimen.


Oleh sebab itu, Senat telah menjadi satu jalan bagi BN untuk melantik Menteri daripada golongan ahli politik yang telah ditolak oleh rakyat, seperti Shahrizat Jalil, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dan Ketua MIC G Palanivel.


Ia juga satu cara untuk parti politik BN untuk memuaskan dahaga ahli mereka yang tidak pernah puas dengan kuasa, kedudukan dan wang. Matlamat sebenar Senat seolah-olah telah hilang.


Pantas menawarkan diri sebagai calon untuk PRU-13

Pelantikan KS Nallakaruppan baru-baru ini, yang satu masa dahulu merupakan pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kini sudah menjadi pengkritik atas dasar tidak puas hati telah menunjukkan penurunan taraf Senat Malaysia dengan lebih teruk lagi.

Tidak diketahui apakah bidang Nallakaruppan mahupun khidmat sosial yang pernah dijalankannya. Partinya, MUIP,hanya mewakili dirinya sendiri.

Nalla dikenali sebagai seorang yang tegar menhadiri ceramah-ceramah pada musim pilihan raya bersama Ummi Hafilda dan melemparkan dakwaan-dakwaan keji terhadap Anwar Ibrahim. Ini akan disertai oleh perisytiharan bahawa dia akan memberikan 'bukti' untuk tuduhan pada masa yang sesuai '. Bilakah masa yang sesuai itu? Anda akan tunggu dengan sia-sia!

Cukup jelas bahawa Nallakaruppan mendapat ganjaran bagi kesediaannya dipergunakan oleh BN untuk memburuk-burukkan Anwar. Dalam keadaan yang serupa, pembelot PKR yang kini sudahpun bergelar Senator, Ezam Mohd Noor, juga mendapat ganjaran senator atas sebab yang sama.

Adalah malang yang Dewan itu kini dibanjiri watak-watak yang meragukan dan keji seperti mereka. Adalah lebih malang bahawa pembayar cukai Malaysia membayar gaji lumayan mereka, elaun mereka, tuntutan mereka dan peruntukkan RM200,000 untuk mereka.

Nallakaruppan mengangkat sumpah hari ini, dan kemudian dengan segera mengisytiharkan bahawa dia bersedia untuk menjadi calon dalam pilihan raya jika Perdana Menteri mengarahkannya untuk berbuat demikian.

Sudah tentu Najib tidak mahu perkara itu berlaku kerana Nallakaruppan bukanlah seorang calon yang boleh menang. Dia adalah bahan untuk ditertawakan sahaja.

MIC masih bertelingkah dan tidak berbuat apa-apa untuk kaum India


Pelantikan Nalla juga sudah semestinya menjadi sumber kemarahan MIC kerana mereka suka untuk menggambarkan diri mereka sebagai wakil tunggal kaum India dalam BN.

Dewan dipenuhi dengan pegawai dan ahli-ahli politik MIC pada hari Rabu kerana ada orang-orang mereka juga yang mengangkat sumpah sebagai Senator.


Antara mereka ialah K Devamany, yang sudah tentu yang akan digugurkan sebagai calon MIC bagi Cameron Highlands, serta M Saravanan dan P Kamalanathan yang mungkin juga tidak dikekalkan.Perpecahan dan persengketaan yang berterusan MIC adalah berpunca daripada perbalahan GPalanivel dan Samy Vellu .

MIC sudah tentu benci akan hakikat slot untuk Nalla tidak diberi kepada mereka. Walaupun anda tidak dapat syak perkara itu daripada cara mereka berjabat tangan dan memberi senyuman palsu.

Kita hairan dengan nasib kaum India yang ditimpa kemiskinan di ladang-ladang manakala pemimpin mereka, memakai sut mahal, makan bufet yang sarat di Parlimen sambil merencanakan rancangan jahat dan tipu daya terhadap satu sama lain dalam kumpulan kecil mereka.

Sekali sekala mereka akan bangun, tersenyum dan bersalaman dengan ahli-ahli politik lain yang besar kemungkin telah mereka maki hamun. Ini hanyalah kepura-puraan makhluk yang bergelar ahli politik.


Kita hanya boleh berharap bahawa semua ini akan lenyap atau dibuang ke dalam tong sampah sejarah, selepas pilihan raya umum akan datang.

Malaysia Chronicle

Read more ...

HAJI NAJIB !!! Pi haji tak bermakna terhapus dosa

Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur.

“Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah.

“Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi.

Lebih 1,000 penduduk setempat mengikuti ucapan Anwar sekalipun hujan sepanjang program itu. Turut berucap ialah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Jui Meng dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrah sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno.

Pada ceramah hampir sejam itu, Anwar juga menceritakan kisah Malcolm X yang tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini.

“Malcolm X kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat,” katanya.

Malclom X atau nama sebenarnya, El-Hajj Malik El-Shabazz adalah pemimpin Islam Afrika yang terkenal di dunia dan meninggal dunia pada 21 Februari 1965.

Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana.

Read more ...

SEKSUALITI MERDEKA!!! Rupanya dulu anak pemimpin UMNO pun terlibat sebab tu tak diharamkan

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008.

Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan.

azlan“Namun di sebalik perihal ia dihebohkan hari ini, masih ramai tidak mengetahui bahawa penganjuran Seksualiti Merdeka telah bermula sejak tahun 2008 lagi.

“Malahan, salah seorang anak tokoh pemimpin negara juga mengaku merasmikan program tersebut beberapa tahun yang lalu, selain Ambiga Sreenevasan tahun ini,” petik kenyataan itu.

Program 'Seksualiti Merdeka 2011' dijadualkan berlangsung di The Annaxe Gallery dengan tema 'queer without feer'. Ia dikatakan bertjuan memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini.

Akibat desakan pelbagai pihak yang membuat laporan polis, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Khamis lalu mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini.

NONEBagi PMUKM, program sebegini yang menjadi asbab kepada beberapa pihak tegas melahirkan kegusaran apabila konsert artis gay Elton John ke Malaysia dibenarkan pada 22 November ini walaupun sedia maklum latar belakangnya.

“Kita memohon agar mereka yang terbabit kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah SWT, Tuhan yang mencipta manusia.

“Sifir dalam Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup sebagaimana yang dijelaskan di dalam Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Ruum ayat 21,” petuk kenyataan itu lagi.

azlanJusteru, PMUKM mendesak semua pihak supaya tidak lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak akan tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah malahan lebih teruk lagi.

“Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak bertentangan dengan fitrah kejadian manusia,” akhiri kenyataan itu.

Read more ...

PAS MAKIN KUAT DI SABAH!!! UMNO terpaksa guna polis halang ceramah PAS

Hampir 20 anggota polis ‘menyerbu’ Pejabat PAS Kalabakan sebagai usaha menghalang orang ramai daripada mendengar penjelasan mengenai penjualan pulau-pulau Sabah oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu. Menurut Naib Ketua Pemudanya, Noryusri Ahmad, kejadian ini merupakan situasi pertama yang berlaku di Tawau sepanjang sejarah penganjuran ceramah umum, termasuk yang melibatkan tokoh politik PAS dari semenanjung yang hadir berceramah di situ.

“Ramai pimpinan PAS dari semenanjung datang ke sini, termasuk Mohamad Sabu pernah ceramah di Tawaupun tidak berlaku seperti malam ini. Dulu yang datang hanya 2-3 orang sahaja termasuk Cawangan Khas. Tapi malam ini umpama satu batalion datang menakut-nakutkan orang ramai yang mahu mendengar isu pulau,” dakwanya.

Sementara itu, Lahirul yang dalam ucapan ceramahnya kepada orang ramai yang hadir menegaskan, kehadiran anggota polis yang begitu ramai bukanlah penyebab utama halangan untuk beliau dari terus mengadakan ‘road show’ ke seluruh pelusuk negeri Sabah bagi memberi kefahaman dan maklumat berhubung isu tersebut; termasuklah mengenai isu tanah rakyat Sabah yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sehingga ke hari ini.


“Datanglah berapa puluh ribu sekalipun, saya sama sekali tidak berganjak untuk menoleh ke belakang membelakangi hak rakyat Sabah,” tegasnya. Beliau juga mendakwa, Ketua Menteri Sabah sebagai Menteri yang ‘pengecut’ kerana tidak berani menyahut cabaran Pemuda PAS berhubung isu tersebut yang sudah melepasi tempohnya.


“Musa Aman terpaksa menggunakan polis sebagai usaha terdesak beliau mengekang dari maklumat ini sampai kepada rakyat.” Beliau sebelum ini mengasak Musa Aman untuk turut berada di lapangan politik Sabah sebagai ‘anak tempatan’ yang bertindak sebagai penjaga amanah dan menghalang dari khazanah negeri tergadai bukan mendiamkan dirinya.



Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan turut bertindak menghalau keluar tiga anggota polis yang menyamar sebagai orang awam daripada menyertai majlis penerangan tersebut. “Malam ini, kebanyakan Mat Rempit serta penjenayah bersenang-lenang merempit dan merompak apabila polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan awam bertindak mengawasi perjalanan ceramah PAS,” sinisnya semasa berucap menyampaikan ceramahnya.

Walaupun kehadiran polis seramai itu, namun ianya tidak menggentarkan hampir 100 orang yang datang dari Semporna, Tawau serta Kalabakan. Jumlah tersebut bagaimanapun dijangka meningkat setelah kebanyakan darinya terpaksa berpatah balik apabila mengetahui kehadiran polis yang begitu ramai.


Isu penjualan pulau Sabah kini tersebar luas setelah kenyataan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal yang mengakui terdapatnya pulau-pulau yang ingin dijual.


Penjualan pulau-pulau ini, bagaimanapun mendapat bantahan serius oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang menjalankan pelbagai usaha menghalang penjualan pulau tersebut termasuklah menghantar memorandum bantahan serta yang terbaru melancarkan kempen ‘Selamatkan Pulau Sabah’; dengan mengutip tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan bantahan yang mensasarkan 100,000 tandatangan untuk diserahkan kepada Musa Aman; serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen.


Lahirul bersama Ketua Penerangan dan rombongan kini dalam rangka lawatan kerja pilihanraya dan Penerangan Pemuda PAS ke kawasan Kudat, Lahad Datu, Kota Kinabatangan, Sandakan, Semporna dan Kalabakan termasuk melawat beberapa buah pulau yang diiklankan untuk dijual./
sabahkini

Read more ...

DUIT RAKYAT HANGUS!!! Najib dan Ro$mah belasah RM 217 JUTA dalam tempoh 2008 - 2011


  • Lawatan rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar Negara 2008-2011 menghanguskan RM17juta.
  • Kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menghanguskan RM49juta
  • Bil elektrik dan air rumah Najib dan Muhyiddin menelan duit rakyat sebanyak RM10juta setahun.
  • Peruntukan program PERMATA Rosmah menghabiskan RM111juta wang rakyat
  • Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai menelan belanja RM140,000 satu malam

  • Beg tangan Rosmah berjenama Hermezz Matte berharga RM361,259.99 dari mana Rosmah dapat duit
  • Cincin berlian berharga RM24juta dikatakan kepunyaan Rosmah?
  • Penganjuran Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 Wanita Pertama majoritinya dari Afrika menghabiskan RM4.5juta wang rakyat
  • Gelang tangan Rosmah berharga RM1.65juta. Dari mana Rosmah mendapat wang ini?
MUTALIGAT

Read more ...

Friday, November 4, 2011

PENDEDAHAN TERBARU!!!! Tuduh DAP anti Melayu, hakikatnya UMNOlah anti-Melayu kerana menjadi dalang perobohan rumah Pantai Jerjak


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.

Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.


Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.


"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama.


Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.


"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.


"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.


"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.


Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.


"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.


"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.


Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri.

Read more ...

AUKU!!! Hanya UMNO mahu , parti lain dalam BN dah tak mahu

http://demamalaysia.files.wordpress.com/2010/04/auku-akta-zalim-3.jpgEmpat aktivis mahasiswa - yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) - 'mengugut' memastikan BN hilang sokongan generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.

Jurucakap kumpulan itu Hilman Idham juga menyalahkan Umno sebagai tulang belakang BN yang didakwanya tidak mempunyai keazaman politik dalam memberikan hak berpolitik kepada mahasiswa.


"Sudah ada langkah positif dalam BN, khususnya MCA, GERAKAN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak (untuk memansuhkan AUKU) tetapi setiap keputusan memerlukan keazaman politik daripada Umno, sekiranya keputusan kabinet (mahu merayu) itu betul," katanya.



Hilman mendakwa mendapat maklumat daripada pelbagai sumber bahawa kerajaan sudah memutuskan akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Seksyen 15(5) tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Sebelum ini, laman web sebuah akhbar bahasa Cina memetik sumber-sumber melaporkan kabinet membenarkan kementerian pengajian tinggi merayu kerana keputusan Mahkamah Rayuan dianggap "bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa".

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitter menulis bahawa China Press melaporkan keputusan itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata kabinet belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan memutuskan menunggu nasihat peguam negara untuk tindakan lanjut.

Read more ...