Wednesday, November 16, 2011

POLIS PUN JADI LEMBU KA?!!! Sebahagian darI RM 950 Ribu wang rampasan hilang dalam simpanan polis

http://tongkangbocor.files.wordpress.com/2008/03/nti-rasuah-copy.jpg?w=559&h=383[BH] KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.

Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.

Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.

Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara.

Read more ...

KUTIP SAMAN TRAFIK !!! Adik Najib dapat projek jadi agen kutip dari rakyat ini?

http://mixzan.files.wordpress.com/2011/03/bayar-saman.jpgSyarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik.

Sedikit berkenaan Tricubes Bhd..

Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain.

Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.

Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan).

Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

Sepenuhnya artikel mengenai Tricubes korang bacalah di (SINI)ASD


******************************

Tricubes dilantik ejen kutipan saman trafik

Syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik.

Menurut Bernama, pengumuman itu dibuat oleh Tricubes kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam pengumuman itu, syarikat berkenaan, berkata bahawa kutipan saman trafik akan dibuat melalui Mesin Juruwang (ATM) dan pertanyaan mengenai saman trafik pula melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tricubes pernah dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk mengendalikan projek yang dikenali sebagai projek e-mel 1Malaysia.

Bagaimanapun, selepas dibidas hebat oleh para pengkritik, projek itu ditukar nama kepada perkhidmatan MyEmail.

Idea di sebalik projek berkenaan adalah untuk membekalkan kepada semua rakyat Malaysia dengan akaun e-mel yang selamat untuk urusan surat-menyurat dan urus niaga kewangan dengan agensi-agensi kerajaan.

Hujah kerajaan adalah kaedah ini akan menjimatkan dana awam kerana setiap urusan surat-menyurat boleh dikenakan bayaran sehingga RM1.

Projek yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 19 April lalu itu sepatutnya bernilai RM50 juta tetapi perdana menteri kemudiannya menjelaskan bahawa inisiatif itu semata-mata dibiayai pihak swasta.

Susulan itu, difahamkan bahawa Tricubes akan mendapat potongan RM0.50 bagi setiap e-mel yang menggunakan perkhidmatan itu.

Malaysiakini

Read more ...

JAWAPAN BUAT PAK LAH, NOH OMAR!!! Mari baca bukti - bukti Shahrizat terlibat

http://really.tigaline.com/wp-content/themes/decaton/scripts/timthumb.php?src=http://really.tigaline.com/wp-content/uploads/2011/10/shahrizat-lembu.jpg&w=304&h=147&zc=1&q=100&a=tDua orang Hero yang muncul untuk menyelamatkan Shahrizat setelah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menutup peluang Shahrizat untuk membuat penafian tentang isu pembelian Kondo bernilai RM9.8Juta juga telah menyebabkan Shahrizat semakin tersepit dengan isu NFC ini.

Jika sebelum ini Khairy yang cuba menjadi Hero dengan menyediakan alasan bodoh bahawa Kondominium berharga RM9.8Juta itu dibeli sebagai pelaburan oleh NFC dengan menggunakan dana dari wang rakyat, kedua-dua hero yang muncul untuk menyelamatkan Shahrizat pula mengatakan ‘Shahrizat tidak terlibat’..

Kata hero pertama Perdana Menteri ketika projek ini dilancarkan yang tiba-tiba terbangun dari tidurnya bila isu penyelewengan NFC semakin panas “Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia.- laporan penuh sila baca di (SINI)

Hero kedua yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu "Bung Moktar tidak mengatakan Shahrizat secara langsung terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat,"- laporan penuh sila baca di (SINI)

Malang buat Shahrizat yang cuba membantu kini menjadi beban buat dirinya..

Kerana Pak Lah dan Muhyiddin berkata ‘Shahrizat tidak terlibat’.. penglibatan Shahrizat pula yang didedahkan..

Lebih buruk lagi beberapa nama lain dikeluarkan pula antaranya Dato’ Shaziman Mansor, YB Yunus ADUN Klawang dan Zulhasnan Rafique.

Pak Lah dan Muhyiddin berkata ‘Shahrizat tidak terlibat’.. jika ‘Shahrizat tidak terlibat’ kenapa perlu ada transaksi begini.. Transaksi yang memerlukan penjelasan dari Shahrizat..

1- Pada tahun 2008 (di awal penubuhan), NFC membayar perbelanjaan Dato’ Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM26,400… Jika benar isu NFC tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.

2- NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dalam tahun 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara…. Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

3-NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai dengan wang rakyat kepada YB Dato’ Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93…. Kalau isu yang serupa menyebabkan SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, YB Dato’ Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat.

4-NFC juga menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato’ Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam tahun 2009.

Semakin ramai yang cuba membantu semakin tersepit Shahrizat dengan isu ini.. tertanya-tanya juga aku adakah benar mereka-mereka itu mahu membantu Shahrizat atau mahu membantu membina tekanan agar Shahrizat letak jawatan dan melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO itu?ASD

******************************

Kenyataan Media

NFC Dibiayai Oleh Kerajaan, Tidak Pernah Membayar Satu Sen Kembali Kepada Kerajaan.

Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang cuba memisahkan isu NFC daripada kebertanggungjawaban Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan kerajaan Barisan Nasional. Kenyataan-kenyataan mereka memberi gambaran bahawa NFC adalah sebuah syarikat swasta dan tidak ada unsur percanggahan kepentingan (conflict of interest) apabila sebuah syarikat milik keluarga menteri mendapat projek kurniaan kerajaan.

KEADILAN ingin menegaskan bahawa sejak menerima sepenuhnya pinjaman mudah dari kerajaan berjumlah RM250 juta, NFC tidak sekali pun membayar balik satu sen kembali kepada kerajaan – baik dari segi pembayaran pinjaman pokok atau pun faedah 2% yang dikenakan. Sekiranya ia benar-benar sebuah pinjaman seperti yang didakwa pimpinan Umno, maka sekurang-kurangnya NFC perlulah membayar RM5 juta setahun kepada kerajaan dalam bentuk faedah pinjaman.

Semakan KEADILAN menunjukkan bahawa NFC bukan sahaja tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada kerajaan, ia juga tidak merekodkan sebarang liabiliti bagi kadar faedah 2% seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Hakikatnya, operasi NFC dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui suntikan dana RM250 juta dan geran RM6 juta yang diluluskan kerajaan. Keputusan untuk menganugerahkan projek kebangsaan yang dikategorikan sebagai Projek Berimpak Tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) ini dibuat oleh kabinet Barisan Nasional yang dianggotai Tun Abdullah Badawi, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Justeru, prestasi NFC sudah tentu menjadi tanggungjawab menteri-menteri yang terbabit, apatah lagi apabila syarikat yang mendapat projek dimiliki sepenuhnya oleh keluarga menteri.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila NFC tidak diuruskan dengan baik sehingga tidak mencapai sasaran yang dipersetujui. Malah, transaksi NFC juga menunjukkan dana rakyat yang disalurkan melalui suntikan RM250 juta disalahgunakan untuk kegunaan keluarga dan ahli-ahli politik Umno.

Saya senaraikan transaksi berikut yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan benar-benar memantau NFC:

Pada tahun 2008 (di awal penubuhan), NFC membayar perbelanjaan Dato’ Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM26,400. Jika benar isu NFC tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.

NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dalam tahun 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara. Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.


NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai dengan wang rakyat kepada YB Dato’ Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93. Kalau isu yang serupa menyebabkan SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, YB Dato’ Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat.


NFC juga menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato’ Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam tahun 2009.


KEADILAN boleh sahaja mendedahkan secara terperinci setiap perbelanjaan yang melibatkan ramai lagi pimpinan Umno dan dana rakyat berjumlah RM250 juta ini.

Skandal NFC telah menunjukkan bagaimana bobroknya sikap pimpinan Umno yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya atas alasan ia perbelanjaan sebuah syarikat swasta.

Malangnya, syarikat swasta itu dimiliki oleh keluarga seorang menteri dan dianugerahkan sebuah projek besar negara dengan suntikan dana RM250 juta.

Tindakan yang lebih mulia ialah bagi menteri-menteri yang berkenaan memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan tegas berhubung skandal NFC ini.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG
AHLI PARLIMEN MACHANG

Read more ...

MEREBAK!!! Bukan Shahrizat sahaja, Shaziman Mansor, Zulhasnan Rafique dan 'YB Yunus" juga kena jawab

http://media1.malaysiakini.com/408/67db3e30ae1bc670f9e28a1fea7e5e64.gifBerdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.

2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.

4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.

Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan - Malaysiakini


***************************

NFC donated cattle to NS Umno leaders, paid Shahrizat’s expenses, says PKR
By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, Nov 16 — The National Feedlot Centre (NFC) donated cattle to Datuk Shaziman Mansor and a “YB Yunus” in 2009, as well as spent RM26,400 on expenses for Datuk Seri Shahrizat Jalil, PKR said today, suggesting more financial irregularities in the company owned by the women, family and community development minister’s family.

Its secretary-general, Saifuddin Nasution , told reporters that the national cattle farming project’s financial records show that RM5,300 of cattle was donated to Works Minister Shaziman on September 1, 2009.

The Machang MP also said the records showed that RM2,600 of cattle was donated on November 30, 2009 to “YB Yunus”, adding that “there is only one YB Yunus in Negri Sembilan.”

Datuk Yunus Rahmat is currently Klawang assemblyman and a state executive councillor.

“These transactions should not happen if the government is really monitoring NFC,” he said of the project.

He also told reporters NFC paid RM26,400 in expenses to Shahrizat, who is women, family and community development minister in 2008.

“If the NFC really has nothing to do with her, then she should not be involved in its operations let alone using it to pay for her expenses.

“The records do not say what it was for but I hope it was not for handbags or makeup,” he said.

Saifuddin also said RM70,000 worth of cattle was sold on credit to former Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique in 2008 who only paid off the debt in 2009.

PKR has repeatedly attacked the project and called for Shahrizat to resign over various allegations including over RM84 million in “loans” given by NFC to two other companies owned by her family.

This includes an upfront payment for a RM10 million luxury condominium in December 2009.

But both Tun Abdullah Badawi and Tan Sri Muhyiddin Yassin, who were prime minister and agriculture minister respectively when the project was awarded, have said that Shahrizat need not resign as she is not directly involved in NFC.

This came after Umno MP Datuk Bung Mokhtar Radin called on the Wanita Umno chief to quit instead of “troubling others” in Umno.

Shahrizat has called the allegations a political attack to “destroy Wanita Umno” and insisted her family “does not deserve what the opposition has said. They work very hard.”

The Auditor-General’s Report released last month had criticised the NFC, pointing out that it was now “in a mess”.

The report said production in 2010 was only 3,289 head of cattle or 41.1 per cent of the target set.

But Agriculture Minister Datuk Seri Noh Omar responded on October 31 that the project was a success as it met its target of 8,000 cattle by 2010 once 5,742 slaughtered cattle were taken into account - The Malaysian Insider

Read more ...

Tuesday, November 15, 2011

ZAMAN UMNO PERINTAH!!! 152 ribu anak luar nikah dalam masa 2 tahun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGnc550xUqaeGN3oq9ssKl3Q17rvP6pYieHIMs7_qLycgmvyn7leeg5n0bsmUpsvIUubsJ5utPDiAVNyiZ16eZD0RMD5rTKR2t-X-KXf1NwZyPAczMySEJrqd21HOYVz5IDDPGd7oOkWk/s320/najib+kata.jpgKUALA LUMPUR - Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial.

“Program itu melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian membendung gejala itu.

Seai Kie berkata, enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun, bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

“Program outreach yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja, melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya.

Timbalan Menteri Ke­sihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang, dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.

“Setakat ini, kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata, usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. - Bernama

Read more ...

UMNO MENYIBUK!!! Bantuan RM 100 pelajar sekolah tidak telus kerana pemimpin UMNO ambil kesempatan

IPOH, 16 Nov, Pesuruhjaya PAS Perak Uastaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar mekanisme pembayaran wang bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara perlulah melalui saluran yang sebenar

Menurut beliau, PAS Perak bimbang jika terdapat salahguna kuasa yang akan dimainkan pemimpin umno yang merasakan duit itu adalah pemberian dari umno.

Beliau menyatakan, rakyat perlu jelas bahawa duit yang akan diberikan itu datangnya dari duit rakyat juga, ianya hasil dari kutipan cukai dan berbagai kos yang dibebankan kerajaan kepada rakyat.

Memetik ucapan beliau “ Pihak kami mendengar desas desus di Perak ini kemungkinan ada sekolah yang akan berikan duit RM 100 itu melalui pemimpin UMNO”

“ Jadi kami mengharapkan agar perkara ini tidak berlaku, dan jika ia berlaku juga ini merupakan salahguna kuasa dan pembohongan dari UMNO”

Beliau menyatakan, Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan di laman web, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menunjukkan, wang bantuan tersebut akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional dan akaun khas akan dibuka untuk sekolah yang tidak mempunyai akaun tersebut.

Read more ...

BALING MERCUN CERAMAH ANWAR!!! UMNO Johor semakin kecut

Hassan Karim, Peguam berbincang dengan dua anggota Polis berpangkat besar Tuan Din bin Ahmad dan Tuan Mahazan
Asap berkepul-kepul sebaik saja mercun dilontar

BATU PAHAT – Satu insiden yang tidak bertamadun telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan meletupkan mercun di tempat ceramah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di bandar ini, dekat sini, malam tadi.
Insiden ini berlaku sewaktu Dr. Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap.

Tinjauan mendapati, dua letupan kecil yang berlaku itu, salah satunya meletup berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dan Dr. Boo Cheng Hwa, Pengerusi DAP Johor manakala satu satu lagi, begitu hampir dengan kedudukan wartawan Mtd Benut di sebelah kiri yang juga berhampiran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna hitam.

Sebanyak dua kali cubaan dilakukan yang disifatkan satu lagi siri provokasi dengan harapan majlis ceramah pada malam tadi gagal dijayakan. Pada awalnya Mtd Pas Benut menyangka letupan itu mungkin berpunca daripada penyambung wayar yang digunakan penganjur bagi membekal tenaga elektrik namun ia tidak berlaku.

Cemas dengan insiden ini menyebabkan pelaku berjaya melarikan diri ke semak berhampiran manakala pihak penganjur pula gagal menangkap pihak yang cuba melakukan sabotaj itu.

Bagaimanapun, dilaporkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.

Terdahulu, penganjur program turut didatangi rombongan daripada pihak Polis yang diketuai oleh Tuan Din bin Ahmad selaku wakil bagi pihak berkuasa untuk diadakan pertemuan.

Manakala penganjur pula menghantar wakilnya iaitu peguam Hassan Karim.

Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit itu membuahkan hasil apabila majlis tersebut dibenarkan penganjurannya setelah Pihak berkuasa berpuas hati dengan jaminan yang diberikan penganjur tapi bersyarat.

Menurut Hassan dengan katanya majlis yang berlangsung itu akan dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa bergantung kepada situasi.

Beliau berkata pihaknya akan bertanggungjawab dan jika ada sebarang provokasi akan dihadapinya sehingga selesai majlis.

Read more ...

TERKINI !!! Gerakan Padang Serai dibubarkan

Disebabkan ramai ahli telah cabut lari, Parti Gerakan Padang Serai terpaksa dibubarkan.

Kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti, naib pengerusi Parti Gerakan cawangan Padang Serai, Kok Ee Foh mengumumkan pembubaran parti itu setelah kebanyakan ahli mengambil keputusan meninggalkan parti itu.
Menurut Ee Foh, sebelum ini Bekas Pengerusi parti Tan Hiang Lye mengambil tindakan yang sama setelah kecewa dengan pucuk presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang dianggap cakap tak serupa bikin.

Ee Foh berkata dengan keputusan dibuat parti gerakan yang ditubuhkan sudah tidak wujud dan ini akan melemahkan Gerakan di Kedah.

Read more ...

NAJIB UMUM MANSUH ISA!!! 10 aktivis Islam Tawau ditahan tanpa bicara guna akta apa?

Masyarakat seluruh Tawau tergempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau pada hari Isnin 14 November 2011. PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap.

Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).

Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.


Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA. Di manakah kesungguhan Perdana Menteri,? Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA? Kini AKTA ISA yang ’draconian’ (mengerikan) itu menjelma kembali.
Notis tangkapan ini diserahkan kepada keluarga mangsa.
Antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau. Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap ’bengis’ kerajaan (UMNO-BN) terhadap kerja-kerja Islam? Masyarakat yang sakit moral kini sangat perlukan pendakwah kenapa mereka ditangkap. Anehnya pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa. tanpa tindakan yang proaktif.

PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan anak-anak mereka. PAS Sabah menuntut, supaya semua tahanan tersebut dibebaskan serta merta tanpa syarat.
/sabahkini

Read more ...

SATIM DIMAN!!! Dialah Pembela Melayu Selangor dalam TV3 dan Utusan , hakikatnya dialah Pembelot Melayu

http://dmiab.com/v7/wp-content/uploads/2011/07/Satim-Diman.jpg
Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.

Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah di kawasan elit.


Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.


Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.


Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.


"Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda.


"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid.


Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.


"Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.


"Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya.


Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera.


Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.


Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.


"Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi.


Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.


Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor.

Read more ...

PAK LAH BANGUN DARI TIDUR !! Membela Sharizat tapi lagi ramai pemimpin UMNO minta Sahrizat letak jawatan

SKANDAL projek lembu nasional yang diberikan kepada keluarga Shahrizat, berhubung penyelewengan wang rakyat RM250 juta yang sebahagiannya diguna untuk membeli kondominium mewah milik keluarga menteri, terus bergelora.

Ramai ahli parlimen Barisan Nasional yang dilihat resah dengan skandal Ketua Wanita Umno itu yang berpotensi untuk menjahanamkan Umno dan Barisan Nasional.

Semalam ahli parlimen BN Kinabatangan Bung Mokhtar secara terbuka meminta Shahrizat meletak jawatan rujuk sini [Shahrizat Liabiliti]. Ramai ahli parlimen Barisan Nasional yang menyokong kenyataan Bung Mokhtar itu.

Dilihat untuk meredakan keadaan, bekas Perdana Menteri, Pak Lah pula sebenarnya bagai menyiram minyak di atas api yang sedang marak, apabila menyalahkan suami Shahrizat di dalam hal ini [TMI].



Shahrizat Jalil kini keseorangan bagaikan bola, dilambung ke sana sini. Ada harga yang harus dibayar kerana beliau dipilih memegang jawatan menteri walaupun kalah bertanding pilihanraya 2008.


ReJaM© "Menunggu masa sesuai untuk mendedahkan skandal kedua..."

LAGI DESAKAN PEMIMPIN UMNO AGAR SHARIZAT LETAK JAWATAN

KELUARGA Ketua Wanita Umno yang kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari NFC termasuk membeli kondominum berharga RM9.8 juta kini mendapat serangan hebat dari dalam partinya sendiri.

Selepas didesak meletak jawatan oleh Ahli Parlimen BN Kinabatangan kerana didakwa menyusahkan Umno semalam, rujuk sini [BN Kinabatangan], kini lebih ramai pemimpin Umno menyerang beliau agar meletak jawatan[FMT].


Menjelang pilihanraya yang semakin hampir menyaksikan Wanita Umno Malaysia menghadapi masaalah besar memandangkan ketuanya berdepan skandal penyelewengan wang rakyat.

Jelas kelihatan bahawa kali ini Shahrizat Jalil menjadi "korban" politik cantas mencantas di dalam Umno. Pemimpin yang membela beliau sebelum ini dilihat hanya bermain wayang.

Bagaimana modus operandi menjatuhkan Shahrizat Jalil ini bermula? Rujuk sini [Shahrizat kantoi]

Read more ...

AGENDA UMNO!!! Polis mahu pastikan Anwar sibuk

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atas dirinya atas dakwaan membuat laporan palsu berhubung tayangan video seks oleh 'Datuk T', semata-mata untuk memastikan dirinya sibuk.

NONE
Anwar, yang sedang menghadapi perbicaraan pertuduhan liwat, berkata demikian ketika ditanya sama ada siasatan baru oleh polis itu bagi menghadapi kemungkinan beliau dibebaskan oleh mahkamah.

"Bebas atau tidak, mereka akan terus siasat saya, hanya untuk pastikan saya sentiasa sibuk.

"Saya juga tidak akan terkejut jika mereka tampil dengan pertuduhan baru," kata Anwar yang juga adalah ketua umum PKR.

Siasatan ke atas Anwar dibuka selepas pegawai penyiasat kes 'Datuk T', DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis bahawa Anwar telah secara disedarinya memberikannya maklumat palsu, suatu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah.

azlan
Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.

Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.

Read more ...

TAMPARAN BUAT UMNO!!! Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab sertai PKR

KUALA LUMPUR 15 Nov: Umno-Barisan Nasional terus menerima pukulan apabila seorang bekas pesara kanan Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyertai KEADILAN.

Penyertaan Abdul Hadi diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Tun Abdul Razak, semalam.

Abdul Hadi yang pernah berkhidmat lebih 30 tahun dalam TUDM sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila menyaman kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin pada 27 April 2010.

Saman tersebut berhubung pemecatan tidak sah ke atasnya berikutan kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM Sungai besi.

Selain beliau, turut memfailkan saman itu ialah Mejar Rusli Ibrahim, 48, Kolonel Mohamad Sani Sumarnak, 55, Mejar Noor Zelan Draman, 45, dan Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud, 47.

Dalam saman pemula itu, mereka mendakwa Azizan atau Majlis Angkatan tentera Malaysia dalam surat bertarikh 5 November 2007 telah mengarahkan setiap seorang daripada mereka mengaku terhadap kehilangan enjin pesawat tersebut.

Kesemua mereka mendakwa ‘dipaksa untuk bersara” tanpa penjelasan atas salah laku yang dikatakan, sedangkan masih mempunyai kontrak pekerjaan yang sah.

Abdul Hadi kini merupakan penaung Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tanjung Malim, Perak.

Terdahulu, pada majlis itu, Anwar melancarkan jentera pilihan raya dan Bilik Gerakan Utama Parlimen P99 Ampang.

Turut hadir Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, ADUN Seri Andalas, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy San dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar.

Read more ...

FITNAH VIDEO SEKS!!! Hishamuddin kena bayar RM 25,000 kepada Anwar


KUALA LUMPUR, 15 Nov – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengetepikan beberapa bahagian dalam kenyataan pembelaan difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah dibawa oleh Menteri Dalam Negeri itu.

Sehubungan itu juga, Hakim Mahkamah Tinggi V.T. Singham mengarahkan Hishammuddin agar membayar kos RM25,000 kepada Anwar.

Hishammuddin memohon bagi membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar dalam saman fitnah berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.

Hishammuddin yang diwakili peguam Sunil Abraham memfailkan saman fitnah terhadap Anwar kerana mengeluarkan kenyataan memfitnahnya semasa temu bual dengan media pada 22 Mac lalu selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi di sini.

Hishammuddin, 50, berkata kenyataan itu dilaporkan secara meluas dalam media dan Internet dan difahamkan membawa maksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.

Menteri itu berkata kenyataan itu juga difahamkan membawa maksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan telah berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis untuk melakukan perbuatan itu.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kenyataan beliau semasa temu bual dengan media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi, diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Anwar mendakwa kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat yang dimilikinya atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen kawasan Permatang Pauh, kepada orang awam yang mempunyai hak kepentingan untuk menerima maklumat itu.

Lagipun, beliau mendakwa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen yang adil terhadap perkara berkepentingan awam dalam menyatakan pendapat beliau bahawa Hishammuddin telah berkompromi dengan perbuatan jenayah kumpulan lelaki yang digelar ‘trio’ dalam memaparkan video itu walaupun beliau tahu atau sepatutnya tahu mengenai perbuatan mereka.

Dalam tuntutan balasnya, Anwar menegaskan kenyataan Hishammuddin dalam sidang media beliau pada 21 Mac, memperlihatkan bahawa beliau adalah individu dalam video itu seperti mana ditegaskan oleh trio itu.

Hishammuddin, dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Anwar berkata ketua pembangkang itu berniat jahat selepas mengeluarkan kata-kata dalam satu persidangan akhbar yang kemudiannya dilaporkan dengan meluas di media dan Internet.

Beliau berkata perkataan yang diterbitkan itu, tidak dipaparkan dengan niat baik dan motif utama Anwar adalah untuk memperlekehkan reputasi Hishammuddin sebagai menteri dan sebagai ahli politik.

tmi

Read more ...

BAJET NAJIB!!! Nampak hebat, tapi hospital 2 biji tak bina-bina


KDYMM Sultan Kedah berasa kesal kerana perancangan untuk membina Hospital bagi daerah Pendang dan Bandar Baharu masih belum dilaksanakan. Ini mengakibatkan rakyat Kedah di daerah tersebut masih menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan dari hospital daerah di tempat lain. Baginda juga mengharapkan tindakan susulan hendaklah diambil oleh pihak persekutuan bagi menyediakan kemudahan hospital yang dimaksudkan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pendang dan Bandar Baru dapat diselesaikan segera.

Bertitah sempena Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ke Empat Mesyuarat Bajet 2012, baginda turut melahirkan ucapan tahniah di atas kejayaan kerajaan negeri terutama dalam melaksanakan projek utama menerusi Pelan Strategik Kedah Sejahtara yang melibatkan projek-projek pertanian, akuakultur, pembuatan, pelancongan, prasarana dan pembangunan insan.


Di samping itu,baginda turut berbangga dengan tindakan kerajaan negeri membangunkan semula beberapa projek terbengkalai seperti Bangunan Plaza Tunku Yaakob, pembangunan semua Kuala Kedah, bandar baru Pokok Sena dan Pekan Bukit Pinang.

Langkah kerajaan negeri mewujudkan Institusi Maahad Tahfiz Sains meyakinkan baginda usaha membentuk genarasi pelajar yang memiliki daya intelektual yang tinggi, keperibadian terpuji, berakhlak mulia dan boleh menguasai Al-Quran sebagai panduan hidup akan mendapat sambutan yang memberansangkan di kalangan pelajar dan ibu bapa.


Baginda turut tertarik dengan usaha kerajaan negeri menyediakan asas pembangunan dalam bidang pengeluaran makanan melalui penubuhan Taman Industri Halal dan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian, Zon Industri Akuakultur untuk ternakan ikan dalam sangkar laut terbuka di perairan Langkawi serta galakan kepada ternakan Burung Walit. Usaha sedemikian dapat mengembelingkan pihak swasta melabur dan menerajui bidang yang dimaksudkan.


Titah baginda lagi, keadaan aman tenteram yang tidak mengalami musibah dan bencana besar merupakan nikmat yang tidak ternilai dan ianya membuktikan kesungguhan kerajaan negeri mewujudkan suasana yang harmoni melalui dasar pentadbiran yang adil, amanah dan mengambil kira kepentingan semua pihak. Oleh itu, baginda menyeru kepada semua agar terus menyumbang buah fikiran dan tenaga bagi menyebarkan kesedaran dikalangan rakyat supaya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal disamping memiliki akhlak yang mulia.


Baginda juga mengharapkan semua anggota jentera pentadbiran negeri terus meningkatkan tahap kecemerlangan dan kecekapan melalui latihan sedia ada serta memendekkan masa berurusan dengan pelanggan. Penubuhan Jawatankuasa antara kerajaan dengan swasta yang dikenali sebagai PEMUDAH merupakan satu usaha yang terpuji bagi meningkatkan ' delivary system".Kedah La

Read more ...