Tuesday, December 27, 2011

TUKAR KES MURTAD KE MAHKAMAH SIVIL!!! Inilah kejayaan UMNO dan PERKASA menentang murtad di Malaysia


RAMAI YANG TERPEDAYA DENGAN UMNO DAN PERKASA YANG BEGITU HEBAT DIPROMOSI DALAM MEDIA MASSA SEBAGAI PEJUANG ANTI MURTAD

SELEPAS ITU , UMNO DAN PERKASA BERSUNGGUH MENYOKONG NGO ISLAM LAIN MENJAYAKAN HIMPUN

KERAJAAN BAGI LALUAN SELUAS-LUASNYA KEPADA HIMPUN. HARAPAN MEREKA YANG HADIR HIMPUN BAHAWA KERAJAAN PIMPINAN UMNO SUDAH BERUBAH BERSAMA MEREKA MENENTANG MURTAD

TAPI , MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWA UMNO BUKAN BARU SETAHUN PERINTAH MALAYSIA, DAH 54 TAHUN. DAH ADA SEJARAH UMNO HANYA BERPURA-PURA MEMBELA ISLAM BILA TERDESAK. NAMUN , BILA KUASA UMNO KUAT MAKA PERSOALAN MARUAH ISLAM TIDAK DIPANDANGNYA.

ADAKAH HIMPUN 2 AKAN DIADAKAN BAGI MENENTANG KES MURTAD DI BAWA KE MAHKAMAH SIVIL? KITA SAKSIKAN LAKONAN UMNO DAN PERKASA UNTUK EPISOD SETERUSNYA........

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pemuda PAS membantah keras kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu membawa kesemua kes murtad ke mahkamah sivil dan bukan lagi Mahkamah Syariah seperti sebelum ini.

Ini berdasarkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.

Media melaporkan, kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.

“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.

“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujar Jamil Khir selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa terkejut kerana kerajaan membuat keputusan ini tanpa melihat kepada kesan kes ini terhadap umat Islam di negara ini serta merujuk kepada nasihat para ulama’ terlebih dahulu.

"Sepatutnya kes seperti ini dirujuk dahulu dengan semua pihak supaya tidak menimbulkan pertikaian dan bantahan di kemudian hari," kata Exco Dewan Pemuda PAS, Mohamad Firdaus Jaffar dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Jerai berkata, DPP Malaysia melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai isu ini amat merbahaya dan merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.

"DPP Malaysia mempersoalkan, jika ianya dilaksanakan nanti, bagaimanakah mahkamah sivil boleh memutuskan sesuatu hukuman yang berkait dengan syariat Islam sedangkan mahkamah sivil tiada kuasa memutuskan hal-hal yang berkait dengan undang-undang Islam?

"DPP Malaysia khuatir apakah hukuman kepada pesalah murtad nanti akan berdasarkan kepada hukuman Islam atau sebaliknya.

"Kalau demikian, apakah bidang kuasa mahkamah syariah sekiranya kes murtad juga akan dibicarakan di mahkamah sivil?" katanya.

DPP Malaysia berpandangan, kesan daripada keputusan ini adalah kuasa mahkamah syariah semakin mengecil dan kurang berperanan.

Mahkamah syariah hanya untuk mengendalikan kes-kes kecil seperti nikah, talak, harta pusaka dan lain-lain.

Manakala kes-kes besar seperti murtad, jenayah, dan lain-lain pula dirujuk kepada mahkamah sivil yang mempunyai peranan yang besar, katanya.

"Inilah sistem sekularisma yang masih diamalkan dinegara ini selama ini yang memisahkan antara perundangan menurut Islam dengan bukan Islam.

"Selain itu, hukuman terhadap pesalah murtad juga akan dipandang ringan, malah boleh dicabar oleh mereka yang bukan Islam," tegas beliau.

Apa yang amat dibimbangkan, katanya, adalah hukuman murtad boleh dipermain-mainkan oleh sesetengah pihak sehingga merendahkan kesucian Islam.

Oleh itu, DPP Malaysia mendesak supaya Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik semula usaha membawa undang-undang murtad ke mahkamah sivil.

"Beliau perlu ingat bahawa undang-undang pencegahan murtad seperti yang terkandung di dalam perundangan Islam yang sebenar adalah hukuman yang datangnya dari Allah SWT, bukan direka-reka oleh sesiapa pun.

"Mengubah hukum Islam yang terkandung didalam Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW, adalah suatu dosa yang besar dan boleh menyebabkan akidah seseorang itu tergelincir," katanya.

Read more ...

UMNO TERDESAK!!! Daftarkan 500 pelajar UiTM sebagai pengundi Parlimen Bukit Katil

Seramai 500 orang pelajar UiTM kampus Bandaraya Melaka telah ditukarkan alamat untuk daftar pemilih di Parlimen Bukit Katil dan setiap orang pelajar akan diberikan wang saku sebanyak RM300.

Segala pertukaran alamat adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Mereka diberi pilihan sama ada mahu mendaftar ahli UMNO atau membuat pertukaran alamat mengundi.

Pertukaran alamat ini didalangi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Menteri Melaka dan beberapa agensi lain yang terlibat. Buat masa ini 500 orang pelajar telah didaftarkan dan berkemungkinan lebih daripada itu.

Ketua Menteri bimbang akan kedudukan Parlimen Bukit Katil yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan menjadikan mahasiswa UiTM sebagai "pengundi tambahan" mereka.

Sumber yang diterima adalah daripada beberapa orang yang berkhidmat dalam Jabatan Ketua Menteri dan juga ahli UMNO. Selain itu, pihak pengurusan UiTM juga terlibat sama dalam operasi secara senyap ini.

Maklumat ini diterima daripada staf UiTM pro UMNO yang agak curiga dengan tindakan SPR yang mensasarkan golongan mahasiswa untuk ditukarkan alamat ke Parlimen Bukit Katil.


Pendaftaran pertukaran alamat ini dilakukan dalam satu program diluar kampus. Program itu telah dirancang awal dan ketika hari program, mahasiswa telah diberi pilihan untuk mendaftar sebagai ahli UMNO atau membuat petukaran alamat.

Mahasiswa dibekalkan RM300 bagi setiap orang. Tindakan ini menunjukkan UMNO Bukit Katil sudah terdesak dengan bermain taktik kotor.


Seorang kakitangan SPR memberitahu bahawa kampus yang terdekat dengan Parlimen Bukit Katil akan didaftarkan untuk mahasiswa mengundi di Parlimen Bukit Katil.

Mereka juga bergiat aktif mendaftar untuk menjadikan mahasiswa kampus sebagai pengundi tambahan mereka. Jumlah pertambahan mengundi dijangka meningkat selepas ini.


Pihak SPR bertindak demikian kerana mengetahui tempoh matang pertukaran alamat adalah selama 3 bulan untuk cukup tempoh matang namun mereka mempunyai "cara" tersendiri untuk mempercepatkan tempoh matang ini kerana pilihan raya akan diadakan pada Mac 2012.


Bagi Parlimen Alor Gajah pula iaitu di DUN Durian Tunggal, mereka akan menjadikan kampus di sekitar Alor Gajah untuk meningkatkan jumlah undi di Parlimen itu.

Tindakan secara senyap ini cuba dimanipulasi bagi memenangkan UMNO/BN yang kian robek akibat ketirisan mereka dalam menguruskan sumber negeri.


Pihak kami akan mendedahkan satu persatu tindakan UMNO/BN, SPR dan pihak UiTM ini. Ikuti siri-siri panas di Melaka ini dengan artikel yang bakal menyusul.
~kijang 59

ADDIN

Read more ...

SEMAKIN HAMPIR PRU 13!!! Semakin bertimpa-timpa beban yang UMNO tanggung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitxsz0-dw1wqiS8fRosHEfnSqcxD7u59HUxvaI3ci7sfbNMG94sJvsb5x52NdY-qpmjMIkaixD78qSfPO7yPD-tz9FygPo50HZwVo_BIUVrricuV-A3TXsqCYJkx5foi_Gnr-UkIoA9pA/s1600/Asal+bukan+Umno+-+selamatkan+Malaysia.jpg
Semingguan bermacet di Jakarta, Bogor dan Bandung. Ia satu misi memperkasa motivasi pasukan media baru bagi merungkai kecamuk dan cabaran gerakan Islam parti Islam PAS berbanding parti Islam di Indonesia.

Suatu langkahan kepedulian antara rakan pergerakan politik-dakwah yang meneliti dan mengongsi pengalaman demi membahagiakan keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Kepulangan sudah tentu mengalirkan suatu energi baru, lebih-lebih lagi ketidaksabaran untuk menerima titipan buah-buah perspektif Tok Guru Nik Aziz, menteri besar yang dicintai ramai.

Ia kemudian mengimbau latar ucapan tokoh Parti Bulan Bintang (hasil didikan Pak Nasier, Indonesia) mengulas tentang Tok Guru: Seorang tokoh ulama disegani seantero gerakan Islam sedunia ,kerana kesederhanaan dan titipannya yang istiqamah di landasan siasah syariyyah.


Lalu terketik jari-jemariku, mengakui kehebatan kepimpinan Tok Guru setelah 21 tahun mengurus tadbir politik rakyat Kelantan.

Jelas ia benar, tatkala sekembali mengurus tugas setiausaha politik di pejabat menteri besar, pasti banyak ulasan Tok Guru mengenai perkembangan isu-isu kerajaan dan rakyat serta kepimpinan parti selama semingguan tidak bersama.

Justeru isu-isu yang sudah dijangka, pastinya meliputi hal semasa kerajaan negeri yang sedang diasak oleh fitnah pihak lawan (Umno), agenda setting media arus perdana yang mengumpil kerukunan rumah tangga PAS, dan rangkuman pengalaman semingguan bermacet di kota raya Indonesia.

Apa pun semuanya itu agak panjang untuk ditintakan dari ulasan Tok Guru yang melebihi 30 minit. Namun yang terkesan dan sesuai ditintakan ialah persepktif yang bermaruah ‘istiqamah’ tatkala membicarakan soal Umno yang sedang mengasak kerukunan politik rakyat Kelantan. Justeru hakikatnya Umno adalah parti goblok ekstrem Melayu kerana tegar menolak syariah – hukum Islam.

“Tok Guru kemudian titipkan poin-poin bebanan Umno masa kini yang memeningkan pemimpin Umno sendiri di musim tiupan angin pembubaran dewan untuk pilihan raya ke-13.”

Satu persatu dihitung bebanan Umno yang biru gelap itu. Ia bermula dengan gelagat Dr. Mahathir yang rakus menggugat gaya ETP perdana menteri Najib.

Diikuti dengan pertembungan Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pinjaman IMF.

Kemudian berganjak kepada titik hitam di dahi Umno kerana Khir Toyo yang tidak berkuasa itu dijatuhi hukuman sabit rasuah beli tanah buat rumah.


Singgah pula meneliti rupa kondominium yang dibeli oleh suami ketua wanita Umno berketurunan “mami’ itu dikatakan dibeli dari punca RM250 duit projek fedlot yang membangkitkan fenomena ‘politik lembu’ di paras nasional.

Undur pula ke pantai Perupok Bachok yang hangat dengan cerita ada orang Bachok menerima habuan ketua bahagian Umno yang kononnya duit hasil suapan satu syarikat dari Johor.

Lalu tersisip satu khabar ada kesepakatan pemuda PAS bertindak membuat report polis atas responden berkenaan. [Peristiwa report itu telah berlaku di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 3.15 petang pada Isnin, 26 Disember lalu].


Kesemuanya membebankan Umno. Lalu Tok Guru menarik nafas bernada syukur untuk sejenak: Huh, syukurlah PAS tegas untuk menolak berbaik dengan Umno. Jika tidak PAS akan tumpang sama berkerut dahi kerana tempias bebanan Umno itu.

Apa pun, Tok Guru bertegas: Dengan apa yang berlaku semua itu, sebaiknya PAS semakin yakin bahawa keputusan menolak berbaik dengan Umno itu adalah betul dan benar!

[Terlintas pula dibenak fikiranku, kalau dibuka satu lagi cerita pasal isteri perdana menteri yang first lady – kerana bercium pipi dengan bintang filem Hollywood, mungkin banyak minit lagi Tok Guru akan menjuruskan perspektifnya.

Namun faham sudah, selaku setiausaha politik tidak wajar untuk meneruskan sembang agenda setting isu sampai meleret-leret, kerana Tok Guru harus menyiap langsung semua tugasan pejabat menteri besarnya. Hatiku setia mendoakan kebaikan dan kerahmatan-Nya buat Tok Guru. Amin]


Seorang rakan facebook mencatatkan di dindingnya: Khir Toyo rasuah dibalas dengan penjara, Isa Samad rasuah dapat jadi Pengerusi Felda. Ali Rostam rasuah dapat jadi Ketua Menteri Melaka....

Catatan dari blog SU Politik Tuan Guru Nik Aziz.

Read more ...

Suburkan amalan bergotong royong - Dr. Mujahid

PARIT BUNTAR, 27 Dis. : Semangat bergotong royong yang menjadi amalan masyarakat kampung akan terus disuburkan dengan pelbagai aktiviti yang membabitkan penduduk setempat dan ianya lebih meriah apabila tiba hari-hari kebesaran Islam.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, selain sambutan Maal Hijrah , Hari Asyura yang jatuh pada hari kesepuluh dalam bulan Muharam juga disambut oleh umat Islam.

“ Terdapat banyak perkara sunat yang dilakukan umat Islam pada Hari Asyura selain acara tradisi orang Melayu yang memasak bubur asyura secara bergotong royong.

“ Saya memuji Jawatankuasa Surau Haji Shaari ,Bagan Tiang yang memain peranan untuk mengatur program mengacau bubur asyura yang disertai penduduk kampung” Katanya selepas ditemui semasa majlis memasak bubur asyura di perkarangan Surau Haji Shaari, Bagan Tiang.

Dr. Mujahid bersama isteri yang turut mengambil bahagian mengacau bubur asyura kemudiannya beramah mesra dengan penduduk kampung yang terlibat dalam majlis berkenaan.

“ Saya akan cuba memberi lebih banyak masa untuk bertemu dengan penduduk kampung dalam keadaan santai begini.

“ Suasananya sungguh meriah , semua dapat merasai kelazatan bubur asyura disamping mengeratkan ikatan silatulrahim antara satu sama lain” katanya

Read more ...

PANAS !!! Ahli politik ditangkap khalwat di Perlis



Berita dari Sinar Harian ini melaporkan seorang ahli politik yang berusia 35 tahun telah ditangkap kerana berkhalwat, yang dilaporkan hanya seorang Ahli Politik tapi tak disebutpun dari Parti mana..

Tapi korang faham-faham sendirilah.. kalau dari PAS atau PKR mesti berita ini dijadikan tajuk besar dalam Utusan dan disiarkan juga oleh TV3..ASD

Ahli politik ditangkap khalwat

KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.

Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.

“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



Sinar Harian

Read more ...

BAHAYA!!! UMNO sebenarnya ancaman kepada orang-orang Melayu

Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

http://hazrul7.files.wordpress.com/2009/04/dato-nik-abdul-aziz-nik-mat.jpgSAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya setiap saat. Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan antara nafsu dan akal hari-hari.

Pilihan antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke anak isteri atau habis di kedai.

Orang yang bayar hutang bererti dia telah pangkah benda wajib, tak bayar hutang ertinya orang yang pangkah tidak wajib.

Bila dia pilih tidak bayar bererti dia pangkah yang salah. Oleh demikian, pilihan raya bukan antara PAS dengan Umno sahaja, tapi antara nafsu dengan akal.

Di antara agama de ngan tidak ingat agama. Bukan empat tahun sekali tetapi setiap saat, setiap detik.

Pilih hendak ke syurga atau neraka, nak ke syurga hutang kena bayar, sampai waktu sembahyang kena sembahyang, sampai waktu puasa kena puasa, sampai waktu tinggal rokok tinggal rokok.

Saya di Kelantan saya sebut lama dah, nak jadi wakil rakyat mesti orang tidak merokok. Yang merokok saya tidak pilih, itu pandai-pandai dialah.

Dalam Perhimpunan Agung Umno mereka mainkan emosi untuk lawan kita, sedangkan perpecahan antara Muhyiddin dengan Najib begitu ketara.

Najib mahu letak calon boleh menang iaitulah calon pilihannya, kroninya. Dengan serangan hebat dibuat atas kita, macam mana Tok Guru simpulkan PAU itu? Umno (sebenarnya) ancaman bagi orang Melayu, sebab itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana.

Umno sebut Melayu tiada kuasa sekarang, siapa jaga Melayu, kalau tidak Umno? Bila PAS guna Islam, maka sebanyak mana dikehendaki golongan kebangsaan ada belaka dalam Islam, sebanyak mana dikehendaki ekonomi ada belaka dalam Islam.

Banyak mana yang jaga Melayu ada belaka dalam Islam. Jadi mengapanya ambil Melayu sahaja, ambil Islam mencakupi segala- galanya. Ekonomi ada dalam Islam, jaga bangsa ada dalam Islam, sosial ada dalam Islam.

Dalam pimpinan politik ini, Tok Guru paling utama Umno serang. Tok Guru disuruh berhenti dan sebagainya. Macam orang nak main bola dengan ‘Red Warrior’ (Kelantan) tapi Apek tak boleh jadi ‘golkeeper’. Nak lawan apa, kalau nak lawan biarlah Apek jadi ‘golkeeper’. Bubarlah pasukan kamu tu.

Tiada arah kecuali Islam. Islam ini baru betulbetul arah. Tak pasal-pasal Umno tolak Islam pilih kebangsaan. Arah tuju kita orang Islam nak masuk syurga.

Arah tuju orang Umno nak jadi kaya. Kontrak sana sini, tak dapat kontrak, dia rasuah. Syurga neraka dia tidak fikir kerana tiada Islam, Islam hanya jadi tradisi. Umno tiru Eropah, bukannya tiru Nabi Muhammad.

Macam Eropah nak kaya jajah negeri sana, jajah sini, bunuh orang, tidak padan dengan negeri dia datang negeri orang. Kerana hendak kaya saja, syurga neraka bukan dia peduli.

PAS tonjolkan syurga neraka, tonjolkan dosa pahala, tonjolkan nafsu amarah syaitan iblis, tapi Umno tidak tonjolkan ini. Sedangkan inilah kelainan antara sekular dengan agama. Orang sekular tak tonjol lang sung syurga neraka, tonjolnya hanya pembangunan.

Misalnya begini, pengajian matematik sains benda ni tak payah mari dari langit, tak payah wahyu dari langit kerana manusia ada otak.

Otak ni dah cukup untuk manusia faham teknologi, sains, matematik ni. Sebab itu kalau kita pergi mengaji matematik di Russia, dua kali dua sama empat.

Pergi Amerika, dua kali dua sama empat juga. Kerana ini semua boleh guna otak.

Bahkan Russia yang kata tiada Tuhan, dia lebih terkehadapan dari segi ilmu angkasa. Kapal Soyuz tu, Amerika pun tumpang.

Maknanya, komunis lebih terkehadapan untuk naik ke bulan, hal angkasawan.

Ini cukup dengan otak sahaja. Tetapi bila mari wahyu ertinya beri pada kita ilmu yang otak kita tak sampai hendak fikir. Dosa pahala mana orang hendak reti, syurga neraka mana orang nak faham, iblis nafsu di mana orang hendak tahu melainkan dengan wahyu.

Umno tidak tonjol benda ni. Kalau Umno tonjol benda ni, semua rakyat jadi PAS. Kerana syurga neraka ini bukan projek PAS, bukan projek kerajaan, tapi projek Allah.

Allah yang buat bumi, Allah yang buat langit, Allah itu juga akan buat kiamat, akan buat azab kubur.

Oleh yang demikian, kalau Umno tak tunjuk benda ni ertinya Umno telah potong 50 peratus daripada ajaran ilmu wahyu.

PAS tonjol benda ni hingga Umno kata susah Nik Aziz ni kata syurga neraka.

Dah memang agama ni begitu. Syurga neraka ni barang ada, kita terima memang dia ada, kita tak terima pun dia ada, jadi baik kita terima.

Hari ini orang Eropah pun sudah boleh sistem ke wangan Islam selepas keruntuhan dan krisis ekonomi Amerika dua tahun lepas.

Sistem perbankan Islam mula berkembang sekarang. Itu baru ekonomi Islam, insya-Allah sikit lagi akidah Islam juga dunia akan terima. Sekarang ini banyak bank Islam walaupun masih ada kelemahankelemahannya, tapi orang boleh terimanya.

Hari ini walaupun tiada krisis ekonomi tapi (berlaku) hutang atas hutang. Hutang ini bukan apa, dipanggil ‘al-gharar’ iaitu spe kulasi. Islam akan diterima dunia.

Read more ...

TAK PERLU POLIS DAN SPRM!!! Muhyiddin sendiri siasat dakwaan SU sulit disogok ? Boleh percaya ka...


mStar melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan bahawa salah seorang pembantunya telah menerima rasuah akan disiasat oleh pihaknya..

Dan Malaysiakini juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Sejak bila pulak Muhyiddin ni jadi Penyiasat? kenapa tidak diserahkan kes ini kepada pihak Polis atau SPRM? takut terbongkar lebih banyak ke?? atau Muhyiddin sendiri tidak percaya kepada SPRM dan Polis?ASD

TPM siasat dakwaan SU sulit disogok

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.

"Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini.

"Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya.

Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 ( baca di SINI ) bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (kanan) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.

Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin.

Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan.

Malaysiakini

Read more ...

Monday, December 26, 2011

BEZA MB PAS DENGAN MB UMNO!!! 20 tahun MB PAS perintah tiada kes rasuah, 8 tahun MB UMNO perintah berjuta-juta wang rakyat disapunya

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/396251_10150448941977157_319981142156_8673427_622564377_n.jpg

KOTA BHARU – Keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah mewah dan tanah ternyata memalukan rakyat.

Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, satu demi satu penyalahgunaan kuasa pada kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional berjaya dibuktikan dan ia menunjukkan dakwaan pembangkang selama ini adalah benar.

“Pas percaya banyak lagi isu-isu seumpama itu dipercayai melibatkan pemimpin dan bekas pemimpin tertinggi parti itu yang perlu disiasat pihak bertanggungjawab. Kes Khir Toyo ini salah satu bukti yang jelas kepada rakyat siapa sebenarnya mereka.

“Syabas kepada mahkamah yang kerana memberikan hukuman tanpa mengira kedudukan individu. Masih ramai lagi bekas-bekas pemimpin parti itu yang memiliki kekayaan luar biasa dan ini perlu diselidik segera,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Katanya, diharapkan keputusan itu memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin parti politik lain kerana mahkamah tidak melindungi sesiapapun walaupun bekas pemimpin tertinggi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjara 12 bulan mulai tarikh jatuh hukum dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan manakala perintah melucut hak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Beliau dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.SH

Read more ...

HEBATNYA UMI HAFILDA!!! Dapat Sandang Srikandi Gayong


Korang lihatlah gambar diatas nih.Peristiwa bersejarah nih baru saja berlaku kelmarin di negeri aku kedah.

Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan kenapalah Perempuan yang suka berlucah nih mendapat keistimewaan dalam persatuan yang terkenal nih??Kah,kah,kah,

Dapat sandang serinkandi weh!Serikandi apa nih?Serikandi lucah ka?Aku jumpa berita nih dalam suratkhabar pujaan Umno nih...

Ummi Hafilda Ali (dua
dari kiri) dipakaikan sandang Seri Cahaya Pelangi oleh Faridah Abu Johan di Alor Setar, kelmarin.

ALOR SETAR 26 Dis. – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menganugerahkan Ummi Hafilda Ali sandang srikandi di atas perjuangan ikhlasnya menegakkan kebenaran.

Ibu Gayong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datin Faridah Abu Johan berkata, pihaknya bangga kerana dapat menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang sentiasa bersemangat seperti Ummi Hafilda.

“Kita tidak mahu orang seperti lalang dan kita nampak Ummi Hafilda ikhlas dalam perjuangannya.

“Sandang srikandi ini memang wajar dianugerahkan kepada Ummi Hafilda agar dia terus berjuang demi negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di sini semalam.

Faridah berkata, pihaknya akan terus menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang berjuang demi negara.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda berkata, dia terharu dan bangga dengan anugerah daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

Katanya, sandang srikandi itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk menjelajah negara bagi memberi penerangan mengenai mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara.

“Saya bersyukur akhirnya perjuangan saya selama 14 tahun menegakkan kebenaran diterima ramai.

“Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan saya akan terus berusaha menyelamatkan negara daripada pihak yang ingin memusnahkannya,” jelasnya.

Tambah Ummi Hafilda, dia juga berharap kerajaan akan memberikan kelulusan kepadanya untuk menjelajah ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi memberi penerangan kepada pelajar pengalamannya.

Saya perlukan platform ini bagi berdialog dengan pelajar-pelajar di universiti agar mereka faham apa yang sebenarnya berlaku. Saya sanggup hadapi apa sahaja asalkan kebenaran terbukti,” katanya

Persoalan aku..

Apa jasa minah nih?

Menjaja cerita lucah adalah hobinya...Nanti aku senaraikan kejelekkan yang dibawa oleh Minah lucah nih....

Siasahkini

Read more ...

MARI BACA!!! Bukti UMNO dan JUDI tidak dapat dipisahkan

"Meh korang tengok bukti-bukti kaitan umno dengan judi nih..Masalah judi nih memag dari dulu umno dah halalkan..apa kita nak herankan kan,kan.kan

nih surat judi dari umno.korang nak tengok dengan lebih jelas klik untuk besarkan

Di atas adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

Surat Rasmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di bawah pula dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah HARAM (Klik untuk besarkan imej) http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/tengokbukti-bukti-umno-sebati-dengan.html

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Korang nak tau sapa syeikh abdullah fahim? mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebelum nih iaitu, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.


Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

KWSP - Duit Titik Peluh Rakyat Untuk Judi UMNO

Pengakuan selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam dinegara ini.

Walaupun surat ini (gambar di atas) sudah lama, namun hingga kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat Islam yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan riba.

Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu;
1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.

Pelaburan pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu sahaja.

Dengan organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?

--------------------------------------------------------------------------------
Senarai wajah-wajah korporat Melayu UMNO dalam industri ARAK & JUDI negara Islam Malaysia :

Mirzan Miguel (anak lelaki Tun Dr Mahathir)http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/korang-nak-tau-harta-anak-tun-det-ada.html

San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.

--------------------------------------------------------------------------------

Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Guinness Anchor Berhad
--------------------------------------------------------------------------------

Dato’ Jaffar Indot Guinness Anchor Berhad
--------------------------------------------------------------------------------

Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman
--------------------------------------------------------------------------------

TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director
--------------------------------------------------------------------------------

Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff Member/Independent Non-Executive Director
--------------------------------------------------------------------------------

Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
--------------------------------------------------------------------------------

Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
--------------------------------------------------------------------------------

Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
--------------------------------------------------------------------------------
NAJIB SURUH PEMUDA MELAYU CONTOHI SIFAT TOKEY JUDI

GENTING HIGHLANDS, 28 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan penghormatan kepada pengasas Genting Berhad Tan Sri Lim Goh Tong, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada Selasa, sebagai seorang yang berpegang pada janji dan terhormat.

Beliau berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya.

“Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.

Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.

Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada balu Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, dan anak mendiang Tan Sri Lim Kok Thay.

Najib diiringi adiknya Datuk Mohamed Nazim.

Goh Tong, 90, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 23 Okt meninggalkan enam orang anak dan 19 cucu. Mayat mendiang akan disemadikan esok.

“Banyak perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau). Saya berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri, khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat diteladani oleh orang lain,” kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa bersama.

Najib berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an, beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang dan juga di masa depan.

--------------------------------------------------------------------------------
AKHBAR RASMI UMNO, IAITU UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN, SETIAP HARI MESTI MENGIKLAN KEPUTUSAN JUDI…

siap mintak maaf bila tersilap…

--------------------------------------------------------------------------------
UMNO dan Genting

Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini.

Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino.

Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.

Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

--------------------------------------------------------------------------------

UMNO dan Sports TOTO

Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.

Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto.

Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.

--------------------------------------------------------------------------------
UMNO dan MAGNUM 4D

Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

--------------------------------------------------------------------------------
Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang-melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor

Kalau pemimpin kencing berdiri… pengikut pun akan kencing berlari…

hai! bergaya betul cik abg beli nombor ekor siap lengkap berbaju melayu!

Korang nilailah sendiri.Patutkah terus menyokong Umno kerana mereka nih la bapak segala judi di malaysia..

sepang-kederang

Read more ...

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT!!! Patutkah rakyat berterima kasih kepada perompak?


Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan BN yang tidak lepas dari menggunakan isu ‘mengenang budi’ sebagai modal kempen. Modal ini telah dijual kepada rakyat dari dulu sampailah sekarang, apatah lagi dalam situasi BN dalam keadaan defensif sekarang ini.

Tentunya ini merupakan modal terbesar yang masih tinggal kepada UMNO terutamanya dan masih ada di antara pemimpinnya yang menyatakan bahawa sesiapa yang berfikiran yang berlainan dengan pemikiran pimpinan UMNO itu adalah mereka yang tidak mengenang budi.

Berbagai-bagai budi yang UMNO telah taburkan, kata mereka. Pelajaran anak-anak, sampailah kepada subsidi gigi palsu kepada orang yang gigi yang sudah ‘kelompong’. Kalaulah tidak ada UMNO, kepada mereka ramai rakyat yang ‘kelompong’ giginya.


Kita mesti faham asas pembentukan sebuah negara seperti negara kita ini. Kita mengambil demokrasi sebagai cara rakyat memilih siapa yang mereka hendak berikan mandat itu.

Memberikan undi kepada mana-mana pihak itu merupakan satu tanggungjawab yang asas dalam demokrasi. Asalkan parti-parti yang menawarkan kepimpinan itu adalah parti-parti yang halal disisi undang-undang negara, kita boleh memberikan undi kepadanya.

Setakat ini hanya parti komunis Malaya sahaja yang telah diharamkan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya di negara ini.


Saya memilih untuk menulis isu ini kerana ada seorang dua yang menulis email kepada saya dengan bahasa yang baik dan sopan supaya saya mengingati jasa-jasa UMNO dan terus sahaja menyokong parti itu.

Saya menghormati pandangan mereka ini dan saya telah pun memberikan jawapan kepada mereka berdua ini juga dengan bahasa yang baik dan tertib, selari dengan adat serta adab sopan sebagai seorang Melayu.. Melayu ini sebenarnya adalah bangsa yang lembut budi bahasanya.


Itulah sebabnya saya tidak memandang sebelah mata kepada mereka yang bercakap kasar dan menggunakan bahasa kotor dan jelek apabila bersalah-salahan dalam satu isu yang berbangkit.

Perkataan kotor-kotor yang terhambur dari pihak UMNO dan penyokong-penyokongnya ini lah yang membuatkan ramai rakyat di atas pagar mengambil tindakan memberikan sokongan kepada pihak alternatif yang di hina dengan tiada perinya ini.


Mereka mengambil sikap dan kelakuan penyokong UMNO ini sebagai alasan dan penyebab mereka tidak berminat untuk bersama UMNO lagi. ‘Attribute’ dan sikap Melayu itu sudah tidak ada lagi kepada penyokong-penyokong UMNO kini. Sikap dan perlakuan mereka terlalu ‘un Malay’. Mereka terlupa yang bahasa itu adalah jiwa kepada bangsanya.


Sesebuah negara yang berkerajaan mendapatkan sumber kewangan untuk memerintah itu datangnya dari rakyat. Rakyat yang membayar pihak yang memerintah itu melalui cukai pendapatan, cukai tanah serta cukai excise serta jualan dan bermacam-maca lagi sumber dan kesemuanya adalah dari rakyat.


Ahli-ahli Legislatif serta pegawai-pegawai awam dibayar gaji oleh rakyat. Semua perbelanjaan kerajaan dan kakitangannya dibayar dari wang rakyat.

Seperti di negara kita cukai pendapatan di kutip dari semua yang mempunyai pendapatan tidak kira mereka itu ahli UMNO, DAP, PKR, PAS atau mana-mana parti sekali pun.


Sekarang ini rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan BN untuk memerintah. Gaji menteri-menteri UMNO dan BN dibayar oleh rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO ini ditugaskan untuk memerintah dan mentadbir negara dengan baik dan jujur.

Tetapi sekarang mereka yang diberi mandat ini telah banyak menyimpang dari tanggungjawab mereka kepada negara.


Saat ini UMNO sedang menghadapi pertarungan yang sangat sengit dalam sejarahnya. Orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah mula dengan deras meninggalkan UMNO ini dan pemimpin UMNO mula lah memberikan segala janji-janji yang sama sejak dulu sampai lah sekarang, iaitu agenda Melayu.

Sampai sekarang UMNO hanya punya agenda Melayu tetapi tidak mampu melaksanakannya. Melayu terkebelakang juga.


UMNO terus memaki hamun siapa yang tidak sebulu dengannya dan yang tidak dapat di tinggalkannya ialah sifat mengungkit-ngungkit dengan apa yang telah dilakukannya terhadap negara.

Mereka memaki hamun kononnya yang tidak menyokong ini adalah mereka yang tidak berterima kasih. Tetapi hakikatnya mereka tidak berterima kasih terhadap rakyat yang telah memberikan mereka mentadbir negara selama ini.


Menteri-menteri dibayar gaji oleh rakyat termasuk Perdana Menteri. Begitu jugalah MB MB setiap negeri serta semua ahli-ahli lagislatif itu dibayar gaji dan kemudahan oleh rakyat.

Rakyat membayar gaji dan kemudahan itu ialah untuk mereka mentadbir negara dengan baik. Jangan rasuah, jangan menyalahgunakan kuasa dan tidak berdisiplin.


Kalau jadi menteri jangan gunakan kedudukan untuk mempengaruhi kerajaan untuk membiayai projek suami dan anak-anak dengan begitu besar secara mudah. Jangan gunakan wang itu untuk membeli perkara-perkara yang tidak kena-mengena dengan tujuan pinjaman itu di berikan.

Ikut undang-undang yang telah digubal dengan baik itu. Jika undang-undang kata tidak boleh jadi Pengerusi Koperasi jangan rampas kedudukan mereka yang layak duduk di situ sekian lama.


Hormati rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau telah menandatangani perjanjian royalty minyak dengan negeri-negeri berdaulat dalam persekutuan itu kita mest tunaikan janji itu. Jangan dipermain-mainkan rakyat yang telah lama bersabar melihat tahap kelakuan pemimpin yang terlalu buruk itu.


UMNO mesti faham pembiayaan pembangunan negara itu dibiayai oleh pembayar cukai termasuk cukai dari ahli-ahli pembangkang. UMNO hanya menguruskan serta membuat perancangan untuk membangunkan negara dan rakyat telah membayar gaji mereka setiap bulan.


Kalau dah begitu apa pasal UMNO sentiasa meminta rakyat berterima kasih kepada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kerajaan itu telah dibayar gaji dan upah mengurus negara oleh rakyat.


Oleh kerana salah laku pemimpin UMNO itulah yang menyebabkan ramai yang tidak lagi bersama parti itu dan lucunya UMNO pula yang meminta kita berterima kasih kepada mereka.

UMNO nampaknya meminta kita berterima kasih kerana membohongi rakyat dan melakukan segala tindakan buruk seperti rasuah dalam segala bidang. Bagaimana UMNO mempunyai muka untuk meminta orang ramai berterima kasih kerana mereka menjahanamkan negara dan harta benda rakyat?


Bacalah sebanyak mana pun ayat-ayat quran seperti yang dilakukan oleh TS Muhyiddin baru-baru ini untuk mengaburi mata rakyat dan menutup segala salah laku pemimpin-pemimpin.

Tetapi rakyat tetap mengetahui segala keburukan yang dilakukan oleh pimpinan-pemimpin mereka. Ayat-ayat yang dibaca itu hanya mustajab bergantung kepada siapa yang membacanya.


Pendeknya apa yang diberikan oleh UMNO kepada rakyat selama ini ialah duit rakyat sendiri, bukannya duit UMNO. Mereka pun telah dibayar dengan lumayan untuk mengendalikan kerja-kerja pembangunan negara dan rakyat.


Kemarahan kepada mereka ialah kerana mereka telah mengambil lebih dari apa yang dibayar oleh rakyat itu melalui rasuah dan salah guna kuasa yang telah berlarutan sekian lama.


Rakyat negara ini adalah insan biasa. Mereka ada had kesabarannya. Itulah ramai rakyat yang ingin mengupah pihak lain untuk mentadbir mereka kerana UMNO yang telah di upah mereka untuk menjaga kepentingan mereka telah banyak menyeleweng. Mereka tidak juga mahu berubah untuk menjadi pentadbir yang baik.


Tetapi kita memahami juga kenapa mereka tidak mahu berubah: iaitu kerana sudah begitu ketagih dengan mencuri dam memakan rasuah secara besar-besaran. Penyakit ketagihan ini memang tidak boleh diubati dan rakyat tahu UMNO tidak mungkin dapat mengubati penyakit yang mereka hadapi ini.


Itulah sebabnya rakyat memandang sepi kepada UMNO akhir-akhir ini. Mungkin rakyat akan bertindak mengupah pihak lain pula untuk mentadbir mereka dengan baik. Dalam sistem demokrasi tidak salah jika kita memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk diupah untuk mentadbir kita.


Rakyat tidak mahu lagi pemimpin-pemimpin yang mengambil terlalu lebih daripada upah yang telah ditetapkan untuk mereka. Rakyat sudah terlalu sabar selama ini melihat mereka mencuri di sana dan mencuri di sini. Mereka semua ibarat ‘mengharapkan pagar, pagar makan padi’.

Read more ...

JIHAD UMNO!!! Nak lawan keputusan Majlis Fatwa kerana undi

Puak2 terdesak nak anjur Solat Hajat Politik demi karena undi...

Puak2 UMCO cadang adakan Solat Hajat untuk menyelamatkan pejabat Takaful Ikhlas yang dahulunya tempat tersebut dinamakan Madrasah Salihiah. Kononnya madarasah itu akan dirobohkan dan tak akan digantikan dengan surau baru serta tidak dibayar pampasan sesen pun.

Kedah La jenuh dah bagi penjelasan berhubung isu surau tersebut tapi apakan daya "penglihatan dan hati mereka sudah tertutup untuk menerima kebenaran".


Jenuh kita terang konsep istibdal (pindah wakaf) yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah tapi majlis fatwa pun depa lawan. Depa kata Mufti bodoh jadi pak turut. Depa saja yang alim, pandai.

Ulamak besaq depa Syeikh Mukhriz Mahdir AlHafiz ulamak jadian depa kata lebih tinggi ilmunya dari Dato' Sheikh Badaruddin. Mampoih puak2 ni.







Lepas ni puak2 ni akan adakan solat hajat politik bukan lillahitaala tapi 'karena undi..' Terdesak nak mampoih dah puak2 ni sampai solat pun nak dipolitikkan.

Kedah La

Read more ...

UMNO DERHAKA!!! Gantung bendera separuh tiang, kalau PR yang buat maka berbulan - bulan masuk TV kata PR derhaka

Bendera Terengganu dikibar separuh tiang oleh Umno Besut.

Umno Besut bersikap separuh matang apabila mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang ketika rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan yang dilakukan oleh Umno Besut yang dipimpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh amat memalukan dalam keadaan beliau sendiri masih memakai gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan oleh Sultan Mizan kepada beliau.

Jika beliau dan pengikut setianya Datuk Rosol Wahid seorang yang mempunyai maruah, mereka patut mengembalikan semula gelaran tersebut kepada pihak Istana Terengganu.

Dendam mantan Menteri Besar Terengganu dan pengikut setianya masih terbuku dihati mereka disebabkan Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk jawatan Menteri besar Terengganu untuk penggal kedua.

Pelantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Umno telah ditolak pihak Istana yang ketika itu dipangku oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR).

Kerana dendam itulah, Umno Besut cukup sinonim dengan perkataan 'Natang' (binatang) yang dilemparkan terhadap pihak Istana Terengganu.

Kemungkinan perlantikkan Idris Jusoh tidak diperkenankan oleh (MPPR) disebabkan penganaiyaan beliau terhadap rakyat Terengganu dengan merampas semula tanah-tanah yang diberi hakmilik oleh kerajaan PAS kepada rakyat Terengganu setelah berjaya menumbangkan kerajaan Umno/BN pada tahun 1999.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Idris Jusoh juga meroboh rumah-rumah dan surau yang didirikan diatas tanah yang telah diberi hakmilik. Kerana kezaliman kerajaan Idris Jusoh yang bersikap separuh matang, membuatkan pihak Istana tidak berkenan dan mencari penganti dengan melantik Mat Said sebagai Menteri besar terengganu yang baru.

Kain rentang memaki Sultan Terengganu oleh pengikut fanatik Idris Jusoh.

Inilah rengetan isu pelantikan jawatan Menteri Besar Terengganu....

KUALA TERENGGANU, 25 Mac 2008 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

Tindakan pemecatan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO,€ ujarnya selepas menyerahkan surat berkenaan kepada Ahmad dan salinan surat itu serta memorandum menyokong kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang ditandatangani 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) di Istana Tetamu di sini hari ini.

Read more ...

Sunday, December 25, 2011

VIDEO TERBARU SEMBANG RAKYAT!!! Apa ke bangang UMNO ni, guna pelakon sama tuduh PR taja Sembang Rakyat?


Ini video terbaru sembang rakyat, video bodoh nih..Aku nak tunjukkan kat korang keserlahan kebodohan yang amat terlampau oleh pembikin video bodoh nih..Ko orang layan la video terbaru dari mamat-mamat pencacai Umno yang bodoh nih...

Lepastu korang gelak guling-guling macam aku nih..Untuk Lihatvideo di atas ,Betul tak aku kata..Bodoh tak pembikin video sampah nih???

Sembang Rakyat bukti Umno takut aura Bob Lokman

"Aku rasa UMNO sangat takut dengan Bob lokman nih. Apa tidak nya, setiap ceramah di mana Bob hadir sama dah tentu mendapat sambutan hangat.Dah kira satu kelebihan untuk pas nih!! Aku juga pernah hadir dalam ceramah bob kat kedah dlu masa himpunan 30 ribu pemuda.

Memang tidak boleh di nafikan tentang kehebata bob berceramah. Kata orang masa ni dia ni ada 'aura' untuk memukau pendengar2 nya. Itu sebab penyangak-penyangak UMNO tidak henti2 cari jalan untuk sekat Bob berceramah.

Contohnya minah-minah bodoh jahil yang menghina golongan pendakwah dalam video nih (Klik Sini). Layakkah hangpa hina pendakwah islam sedangkan hangpa pun macam ni..

Aku tak kata tak boleh kritik ulama,ustaz,mahupun pendakwah yang menyampaikan dakwah-dawah islamiah.Tapi cara minah-minat tak berudung ni seolah-olah menghina.

Pandai pulak cakap pasai agama padahal diri sendiri jahil agama.Aku tau ulama bukan maksum dan ada kalanya melakukan kesalahan. Tentang bob nih aku tidak pernah terdengar kata-kata yang menghasut atau menfitnah yang di ucapkan oleh bob, jauh sekali perkataan-perkataan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Jadi tiada sebab mengapa Puak-puak malaon UMNO ni mahu sekat Bob berceramah. Alasan mereka Bob Dia menfitnah dan mahu jatuhkan kerajaan Umno dengan ceramahnya. Memang le Bob tak ada permit untuk berucap, kerana pihak yang bertanggung jawab keluarkan permit tu tak mau luluskan nya. tapi kalau tuduh dia menfitnah tu pemohong jaaa.

Seolah olah menjadi dosa besar pulak!! Aku harap Bob akan terus berceramah walau apa pun tindakan yang mereka akan ambil. . Dulu-dulu guru sekolah yang mengajar di sekolah mesti mau ada 'teaching permit', kalau tak ada ianya boleh jadi kesalah besar. Sekarang ianya sudah di mansuhkan.

Aku bukan nya nak nasihat tuan2 pegawai agama tuh, mereka lebih arif dan lagi bijak tentang tugas2 nya, tapi bertolak ansur la sikit tentang ceramah-ceramah yang baik nih. Kalau nak tangkap korang patut tangkap puak-puak malaon yang bikin video bodoh dan sesat Sembang rakyat nih....


Sk@siasahkini-Dah tak dak modal ker wei!!!!

Read more ...

Cakna rakyat bawa manfaat kepada penduduk

PARIT BUNTAR, 26 Dis. : Kesibukan sering membataskan perhubungan yang lebih akrab, namun dengan program seperti Cakna Rakyat PAS Parit Buntar ternyata dapat dimanfaatkan penduduk untuk mengukuhkan hubungan yang sedia terbina.

Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa, pengisian program berkenaan juga memberi peluang kepada penduduk setempat bertemu wakil rakyat dan pimpinan PAS dengan lebih dekat.

“Program hari ini melibatkan penduduk Tionghua di Kuala Bagan Tiang, jadi kesempatan berkumpul yang wujud pada hari ini digunakan untuk bertemu pemimpin.

“Selain majlis dialog dengan pimpinan, penduduk juga berpeluang menerima khidmat kesihatan percuma yang disediakan penganjur” katanya semasa ditemui dalam program Cakna Rakyat di Kuala Bagan Tiang di sini.

Menurut Bahrain, kehadiran penduduk Tionghua ke program Cakna Rakyat sangat memberangsangkan sebagai tanda sokongan mereka terhadap program kemasyarakatan anjuran PAS Parit Buntar.

“ Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar juga berkerjasama menyediakan roti canai dan teh tarik kepada pengunjung kepada program ini.

“ Penduduk di sini ternyata gembira dan berterima kasih kepada PAS Parit Buntar kerana menganjurkan program berkenaan di komuniti mereka” katanya

Sementara itu, majlis dialog yang diadakan telah membabitkan pimpinan PAS dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak.

Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar dan Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya PAS Perak, Beh Heng Khim Pengerusi DHPP Perak dan Richard Chin telah sudi turun padang meraikan penduduk dan berdialog dengan orang Tionghua.


Turut hadir YDP PAS Parit Buntar dan Pengerusi DHPP Parit Buntar


Seorang penduduk sedang mengambil ujian tekanan darah

Read more ...