Tuesday, February 11, 2014

APA PUN TAK BOLEH!!!! Sumpah Politik, Sumpah Bola dan Manusia Sesumpah



Sumpah politik dan sumpah bola telah melahirkan sesumpah di kalangan manusia, tulis Shahbudin Husin. 

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengadakan majlis sumpah dengan Al-Quran untuk pemain dan jurulatih pasukan bolasepak T-Team berhubung kebenaran insiden dalam terowong yang melibatkan pasukan itu dengan pasukan Johor Darul Takzim atau JDT di Larkin, Johor Bahru pada 1 Feb lalu.

Menulis di dalam blognya semalam, menurut Shahbudin rupa-rupanya tindakan itu mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Read more ...

NAJIB DAH TAK LAMA!!!! Bekas pemimpin Semangat 46 buat pertemuan bincang kedudukan PM?

semangat_46KUALA LUMPUR 11 FEB: Sebuah pertemuan bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 akan diadakan di ibu negara pada hari Ahad, 23 Februari ini bagi membincangkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keadilandaily difahamkan, pertemuan semula bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 itu akan turut dihadiri ahli parlimen Gua Musang yang juga bekas Presiden parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Read more ...

TEMPAH PLAT KERETA HARGA PULUH RIBU!!! Blogger UMNO dedah 'tender' no plat Ketua Menteri Pulau Pinang?




Bila kes dibongkar, makin ramai yang tolong bagi tahu, ho ho bini pun nak juga,, macai-macai pun nak juga...

Baca komen di bawah..


Kesemuanya ini aku cilok dari blog macai umno juga... Klik Sini

Read more ...

Monday, February 10, 2014

TU DIA 1MALAYSIA!!! Majlis dianjur untuk orang Cina, tapi yang ramainya Melayu UMNO


Program yang gagal bagi UMNO BN Taiping dan juga BN keseluruhanya
Tanggal malam 8 Februari 2014 sehari selepas Chop Goh Meh...Bandar Taiping bergema bunyi Kung kang kung kang bunyi letupan mercun dibakar di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kerana menyambut Najib PM Kangkung bagi merasmikan majlis sambutan tahun baru cina...entah peringkat apa_aku pun tak tau.

Oleh kerana Najib Kangkung datang Taiping...maka persiapan-nya amat hebat,sehebat suburnya kangkung dilombong tinggal..dah tentu bas-bas akan digunakan untuk memunggah dan mengupah para penyokong disediakan....apapun sila baca luahan seorang guru yang juga blogger UMNO yang tersuhurrrrr di Taiping...

Read more ...

MAI DENGAR!!! Ustaz K.Toyo berceramah

Read more ...

YANG INI TIDAK MEMBAZIR!!! Satu PRK lagi dalam masa terdekat, sama kes macam Kajang


Taib Mahmud Bersara
PETALING JAYA: Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal diadakan tahun ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan sekiranya pemimpin paling lama di Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Taib yang menjadi Adun Balingan sejak 2001 perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat jika beliau bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.


Undang-undang Sarawak menyatakan mana-mana perletakan jawatan sebelum 20 Jun tahun ini, satu PRK perlu diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.


Sabtu lalu ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Taib mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri.

Read more ...

Sunday, February 9, 2014

MACAI FITNAH FB TG NIK AZIZ!!! Tapi ada juga ahli MT UMNO yang percaya bulat-bulat

 

Macai-Macai makin mengila menabur fitnah, ditampalnya poster fitnah kemudian disebarkan kepada umum. 

 Namun, walaupun ianya jelas fitnah , ada pemimpin UMNO  bertaraf AJK Majlis Tertinggi boleh percaya , kemudian nak tunjuk dia bagus nasihat admin FB tok Guru.

* posting tersebut tidak pernah ada dalam page TGNA. Ia boleh dilihat dengan mudah dgn melihat pada tulisan masa '25 minutes ago' akan ditulis di sebelah bawah dan bukan di sebelah nama. Tulisan itu juga warnanya grey dan bukannya hitam. Simpati saya kepada Pengerusi YADIM.

Read more ...

MACAI TAK DA KERJA!!! Anwar tazkirah di surau pun nak lapor JAIS


Gambar yang dimuatnaik Datuk Seri Anwar di facebook digunakan portal peminat Umno dan BN, Mynewhub untuk membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Gambar yang menunjukkan Anwar tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Jawapan JAIS dan MAIS tentunya mereka akan menyiasat kerana ia melibatkan Anwar. JAIS  berjanji akan melakukan siasatan melalui laman Facebook dan blog Anwar berkenaan butiran program beliau yang mempunyai program ceramah.

Read more ...

KATA UMNO HEBAT SANGAT!!! MCA senarai pendek calon PRK Kajang, calon UMNO tak tersenarai


Jentera MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Kajang hanya akan dikerah berkempen selepas penamaan calon selesai, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Beliau berkata MCA akur kepada peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan akan berkempen mengikut saluran yang betul dengan aktiviti dan perancangan yang diatur.
  
"Kita belum mula kempen, kita akur kepada SPR...(Buat masa sekarang) kita hanya akan adakan persiapan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Badan Perhubungan MCA Selangor di Bilik Gerakan MCA Hulu Langat di Kajang, hari ini.
  
Namun, Liow berkata beliau dimaklumkan ada 'sesetengah' pihak yang tidak mengikut peraturan SPR dan telah memulakan kempen.
  

Read more ...

ZAHID KATA BUKAN ANCAMAN!!! Macai-macai pro UMNO makin berani serang Rafizi pula di Bukit Gedung




SAMM Pulau Pinang menyelar tindakkan kurang cerdik individu (pro umno) membuat provokasi kecoh dengan memaki hamun di Program Ceramah bersama YB Rafizi, YB Sim Tze Tzin YB Tkm1 Haji Rashid Hasnon dan Pemimpin Pakatan Rakyat Setempat di Bukit Gedung Pulau Pinang.

Program Penerangan Isu Semasa Rafizi di Bukit Gedung, Pulau Pinang - http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/02/program-penerangan-isu-semasa-rafizi-di.html

Dalam kekecohan semalam terdapat tindakan kurang cerdik dari puak-puak terdesak untuk mencipta isu.

Dalam kancah politik Malaysia belum pernah kita lihat tindakan ganas dan kurang cerdik seperti ini dari Rakyat Pro Pakatan Rakyat.

Read more ...

Saturday, February 8, 2014

SIAPA PUNYA ANGKARA?!!!! Patung lilin yang terbakar di-The Red Carpet Wax Museum di i-CT mengerunkan

Menggerunkan
Beginilah rupanya patung lilin Her Majesty Queen Elizabeth II yang telah dirosakkan akibat perbuatan khianat di The Red Carpet Wax Museum di i-CT, Shah Alam  pada pagi Jumaat 07 Februari 2014. 

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 02:37 hrs dan kebakaran dapat dikawal pada jam 03:31 hrs.  Kejadian berlaku ketika pasukan keselamatan tiada ditempat kejadian dan sedang melakukan rondaan. 
Pelaku memasuki muzium berkenaan melalui pintu keluar yang tidak diletakkan pengawal keselamatan. 
Memang tiada pengawal keselamatan diletakkan dipintu keluar kerana menurut pihak pengurusan keutamaan keselamatan adalah untuk para pengunjung sahaja dan kejadian seperti ini tidak pernah dijangkan.

Read more ...

MEMALUKAN!!! Macai edit gambar nak tutup malu BN, tapi terserlah tak pandai edit

 

Akibat bersungguh nak menutup 'kemaluan' UMNO maka MACAI pun edit gambar pencuri Milo yang memakai baju BN.

Read more ...

NAJIB GAGAL TUNAI JANJII!!! Timbalan Menteri letak jawatan berkuatkuasa Isnin ini



 



























Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy (gambar) melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri ekoran kegagalan Putrajaya menunaikan janji kepada kaum India, sebagaimana yang dilaporkan The Star.

Memetik kata-kata Setiausaha Hindraf P Ramesh, The Star melaporkan peletakan jawatan Waytha sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berkuat kuasa pada Isnin.

Ramesh berkata, jawatankuasa pusat sebulat suara memutuskan Waytha meletakkan jawatan kerana kerajaan sengaja melengah-lengahkan janji bagi membantu masyarakat India.

Read more ...

Friday, February 7, 2014

MACAI TAK ADA KERJA!!! Tiada apa nak difitnah, gadis bertudung dijadikan mangsa



Sekeping gambar empat remaja perempuan dalam lingkungan umur 20'an menunjukan "Will You F*CK ME" tersebar di laman facebook dan blog sejak semalam. Tidak diketahui apakah motif mereka berbuat demikian.


Tidak juga diketahui dari mana asal gambar tersebut namun apa yang penting adalah maruah keempat-empat gadis berkenaan. 
Adalah diyakini gambar yang tersebar luas di media sosial itu bukan gambar asli tetapi diedit dari sumber sebenar.

Read more ...

NASIB PENYOKONG TEGAR!!! Harap-harap ada pemimpin UMNO tolong pi jamin

Bukan tujuan mau mengaibkan individu ini tetapi sekadar bertanyakan kepada para pemimpin UMNO/BN yang kehulu kehilir menjerit terlolong terlalak perjuangkan nasib rakyat terutamanya bangsa Melayu apabila penyokong tegar kamu terpaksa mencuri demi kelangsungan hidup.

Read more ...