Sunday, May 4, 2014

PELACUR KELAS ATASAN!!! 'Ulama' Muda UMNO hina muslimat PAS, Dr Asri dah kecam , ulama PAS kena bertindak



Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ‎kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.

‎Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.

‎Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.

“Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

“Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kenyataan ulama Umno  yang menyamakan Muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan  ditulis dalam entri laman Facebooknya atas nama ‘Abu Amru Radzi Othman’ pada Jumaat lalu.

Read more ...

GAMBAR HARI INI!!! Menceritakan siapa sebenar pencetus provokasi Himpunan Bantah GST

Read more ...

Wednesday, April 30, 2014

SOSMA GANTI ISA !!! Polis tahan rakyat Malaysia dituduh pengganas

SOLIDARITI4SAIDENKUALA LUMPUR 30 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia menahan rakyat Malaysia di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA.

“Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia?

“Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek AS agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan AS,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard.

CheguBard turut mempersoalkan apakah penahanan kali ini bagi mendapat sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang berlaku Malaysia seperti dibangkitkan oleh Presiden AS Barrack Obama ketika lawatannya minggu lalu.

Read more ...

Tuesday, April 29, 2014

KHABAR TERKINI MH370!!! Terhempas di Laut China Selatan berhampiran pantai Thailand ?


MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas

SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.

Read more ...

PENDIRIAN UMNO TAK JELAS!!! Bukti UMNO guna isu hudud pecahkan perpaduan dalam Pakatan

Pihak dalaman PAS menyalahkan Umno yang tidak berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Bekas ahli Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata beliau yakin Umno cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan.

Beliau juga tidak fikir rang undang-undang persendirian itu boleh pergi jauh selagi Umno tidak membuat pendirian jelas mengenai perkara itu.

"Bagi saya, isu paling besar di sini sebelum kita pergi lebih jauh, adalah untuk mengetahui apakah pendirian Najib. Adakah BN akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Jika benar, maka kita boleh berbincang. Jika tidak, jelas mereka hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas, bahawa Umno bersedia mendengar cadangan PAS mengenai pelaksanaan hudud.

Read more ...

Sunday, April 27, 2014

DASAR PEMBOHONG!!! Gani Patail peguam peribadi Saiful? Obama pun Najib nak bohong

obama_najib_KUALA LUMPUR 28 APR: Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Razak berbohong tentang kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kenyataan Najib bahawa Fitnah II adalah kes peribadi antara seorang individu dengan individu yang lain adalah sangat mengejutkan, tidak jujur dan terang-terangan palsu.

“Kes terhadap Anwar bukan tindakan peribadi oleh seorang individu. Ia adalah dakwaan jenayah yang dibawa Peguam Negara

“Peguam Negara adalah penasihat undang-undang dan bertindak bagi pihak kerajaan,” kata Surendran dalam kenyataannya hari ini.

Semalam, pada sidang media bersama Obama di Putrajaya, Najib berkata bahawa kes Fitnah II adalah kes yang difailkan seorang individu terhadap Anwar dan bukannya tindakan kerajaan.

Read more ...

11 800 PENGUNDI ISLAM BUKIT GELUGUR!!! Jika ikut pendirian ISMA kena letak calon, Abdullah Zaik tak berani Hafiz Nordin galang gantinya?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQeh1hUdxw5CBs2yQMeWRJrpa0mk-u4oUm_ZBJDlTsIe0BesJqes6a9Zi0TLpf17ljnjo-ZAJz0Fb0UwBA82arJcLwbL8qxyB7Ct7H91-TKohfDM6HfocqVSedkPJ8q0jxoQvhP4KRm_Vo/s400/DSC_0092.JPG
JIKA IKUT PENDIRIAN ISMA , MEMANG PATUT ISMA LETAK CALON UNTUK SELAMATKAN UNDI MUSLIM TAPI BERANIKAH ISMA?

LEBIH 11 RIBU PENGUNDI MUSLIM SEBENARNYA SUDAH MEMENUHI SYARAT MELAYAKKAN ISMA MELETAKKAN CALONNYA

ISMA BOLEH LAGI GUNA LAMBANG BERJASA MACAM PRU 13

ANDAI ABDULLAH ZAIK TAK BERANI , ISMA BOLEH TAJA HAFIZ NORDIN YANG SUDAH AKTIF DI PULAU PINANG

HAFIZ NORDIN SUDAH PASTINYA CALON BERWIBAWA BAGI ISMA

TERPULANG PADA ISMA , SAMA ADA MASIH BERPEGANG PADA PENDIRIAN ATAU SANGGUP MELUPAKANNYA 

BACA KENYATAAN PRESIDEN ISMA SEMASA PRU 13 LALU........

Read more ...

Saturday, April 26, 2014

PIKUL TANGUNGGJAWAB!!! Feri karam PM Korea letak jawatan, Pesawat MH370 hilang PM Malaysia gengam jawatan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj44aluVNkWvRWKLAT0obtoNmnuC9WjrjfflqO3weLy2FzEBm1hLu2X82mDZaImicnS8wS2S9gYzU-EsDQOkUHOjpS85MWsGoIky1dr9yw6geAm8fuMvjbJ4ncubyvhqKOuCANAxr4trhE/s1600/Mesej+Sayu+Penumpang+Feri+Karam+di+Korea.jpgPerdana Menteri Korea Selatan mengumumkan untuk meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ke atas kritikan ke atas kerajaan ekoran tragedi feri karam 16 April lalu yang mengorbankan hampir 300 orang.

Chung Hong-won dalam pengumumannya hari ini berkata ia adalah tindakan terbaik yang boleh dilakukannya – 11 hari selepas tragedi maritim tersebut.

“Perkara yang baik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletak jawatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita DPA.

Read more ...

PATUTLA BERANI HINA HUDUD!!! Rupanya Presiden Persatuan Perubatan ini penyokong kuat BN



‎






















 

Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) hari ini menyelar kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk NKS Tharmaseelan (gambar) yang dianggap cuba menjadikan pelaksanaan hudud sebagai jenaka apabila mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat pemotong daging.

Pengerusi I-Medik, ‎Prof Dr Azmi Md Nor berkata kenyataan presiden MMA tidak profesional, tanpa menghormati perasaan umat Islam apabila meminta pemotong daging diberi tugas menjalankan hudud melibatkan hukuman potong tangan.

"Jika MMA tidak dapat bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan, ia tidak seharusnya menjadikan isu hukum hudud ini sebagai suatu jenaka kepada 63.1% umat Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan kenyataan presiden MMA itu dibuat secara terburu-buru tanpa sebarang usaha untuk memahami kepentingan perundangan syariah kepada umum, khususnya kepada umat Islam dan ribuan profesional perubatan Islam di negara ini.

Read more ...

62 SERTAI PAS!!! Kubu UMNO pecah lagi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKy6yyn5EtsYhPg1xfbCtaKposUKNy0RuVH-XV0-MLju1kmSHUwraXv2lz2ANUBjujJUqGu69W-niLNQ5DKAek0dgeYJn_qBdeDhFvgQNkSYtOykTxhIi17cLcYH0HRWNAdcN89BR7dJW5/s640/1SelamatTinggal+UMNO.jpgKOTA BHARU: Flat Buluh Kubu tidak  jauh dari Pasar Besar Siti Khatijah satu-satunya kawasan di parlimen Kota Bharu yang tidak pernah kelihatan bendera PAS setiap kali kempen pilihan raya.

Rumah flat tersebut dibina kerajaan  Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir Kelantan. Sejak 1990 sehingga sekarang, Umno mendominasi kawasan berkenaan. Namun malam tadi situasi itu tiba-tiba bertukar.
 

Seramai 62 ahli dan penyokong Umno yang menjadi penggerak jentera Umno di situ mulai menilai semula perjuangan lama. Diketuai bekas Setiausaha Cawangan Buluh Kubu, Mohd Nor Hashim Che Naim, 48 mereka menyerah borang menyertai PAS.

Borang tersebut diserah kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada ceramah yang diadakan di perkarangan flat tersebut. Ramai penduduk tempatan hadir.

Malam tadi mencatat sejarah baru apabila PAS berjaya mengadakan program ceramah di situ. Terdapat lebih 200 keluarga yang mendiami beberapa blok flat terbabit. 


 Turut hadir meraikan penghuni anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan, Lim Guan Seng.

Read more ...

HUDUD!!! Dulu kata akan sokong, hari ini Ku Li dah lain nadanya



Hukum hudud yang dirancang dilaksanakan di Kelantan dibimbangi akan menimbulkan konflik agama di negara ini, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Gambar fail The Malaysian Insider. 





















Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bimbang hukum hudud yang dirancang dilaksanakan PAS di Kelantan boleh menimbulkan konflik agama bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, sejak PAS menimbulkan semula isu itu, sudah nampak bantahan daripada kalangan bukan Islam, dan PAS juga jelas menolak segala pandangan mana-mana parti gabungannya dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, keadaan itu sesuatu yang mungkin berdepan dengan kerumitan dan sudah tentu perlu merujuk kepada Perlembagaan negara yang menjadi asas kekuatan kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Bagi kita orang Melayu dan parti Umno tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut (hukum hudud)," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Profesional Muda Tempatan di Gua Musang, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, masalah yang bakal dihadapi itu perlu difikirkan bersama, sama ada mereka yang berjawatan tinggi atau penduduk biasa, yang berpegang kepada ajaran Islam.

Read more ...

PERTANDINGAN TIMBALAN PRESIDEN PKR!!! Seorang calon telah menarik diri

Ramachandran NEWPETALING JAYA: Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk K. Ramachandran pada Jumaat menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul.

Beliau berkata, JPP menerima surat bertarikh 25 April 2014 daripada Ramachandran berhubung penarikan diri itu.

"JPP telah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan akhirnya menerima penarikan diri calon tersebut.

"Oleh itu, dengan ini mengumumkan bahawa Datuk K. Ramachandran telah menarik diri dan tidak lagi bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Read more ...

Friday, April 25, 2014

BERANIKAH SPRM?!!! Siasat Daim yang disyaki ada saham ribuan juta

Shamsul_AMKKUALA LUMPUR 25 APR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disyaki memiliki ribuan juta saham dengan jumlah berbilion ringgit, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut Shamsul, Daim mempunyai kekayaan luar biasa melalui pegangan selain menaungi bank-bank seperti IC Bank Rt.(Hungary), International Commercial Bank Sh.A (Albania), International Commercial Bank Limited (Ghana) dan International Commercial Bank S.A (Guinea).

Daim turut menaungi ICB-Banco Internacional de Comercio SARL (Tanzania), International Bank of Malaysia (T) Limited (Mozambique), International Commercial Bank (Sierra Leone) Limited – Sierra Leone.

“Di samping (Daim) mempunyai kepentingan di dalam Bank Internasional Indonesia dan Bank Bumiputera Indonesia di mana Tun Daim memegang lebih separuh pegangan sahamnya

“Jumlah ini mungkin lebih besar sebelum ia dijual,” kata Shamsul dalam kenyataannya.

Read more ...

Thursday, April 24, 2014

DAKWAAN GOPOH!!! Hanipa ajak Gerakan berdebat bila-bila masa



 























PAS menyifatkan dakwaan Gerakan bahawa kewujudan hukum hudud akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara ini adalah satu dakwaan yang gopoh, tidak berasas dan juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang perjalanan sistem undang-undang jenayah dalam negara ini.

Pengerusi lajnah (biro) undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara ini wujud sejak Perlembagaan Persekutuan itu wujud.

"Sejak awal lagi negara kita dan Perlembagaan merestui kewujudan dua sistem perundangan jenayah itu iaitu jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dan jenayah syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah," kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang dalam satu kenyataannya hari ini.

Katanya, sama ada hudud wujud atau tidak, hakikatnya negara kita mempunyai dua sistem perundangan jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan.

"Nampaknya bukan PAS yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan yang menyalahi Perlembagaan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Malahan jika mengambil kira wujudnya Mahkamah Tentera yang membicarakan kes jenayah yang melibatkan tentera maka terdapat lebih dari dua sistem perundangan jenayah dalam negara ini.

Bagaimana pula dengan kewujudan mahkamah seperti Mahkamah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga diberi kuasa membicarakan kes saman berunsur jenayah, soal Hanipa.

Read more ...

TAK TOLAK SEBENARNYA TOLAK!!! Cara Najib tolak sama macam Speaker DUN Terengganu tolak hudud?



 























Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar).

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Read more ...