Saturday, April 11, 2015

PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS

https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg 

Kedudukan pencalonan Presiden

Penyandang
Tuan Guru DS Abdul Hadi (16)
 

Pencabar (12)
1. Dato Husam (8)
2. Ust Ahmad Awang (3)
3. Ust Tuan Ibrahim (1)

1. Tuan Guru Abdul Hadi(layak)
Maran - Pahang
Temerloh - Pahang
Shah Alam - Selangor
Alor Gajah - Melaka
Jerantut- Pahang
Putrajaya - WP
Kota Raja - Selangor
Kuala Kedah - Kedah
Pulai - Johor
Kluang - Johor
Besut - Terengganu
Rompin - Pahang
Kuala Krau - Pahang
Kulai- Johor
Wangsa Maju - WP
Hulu Terengganu - Terengganu

http://img.astroawani.com/2013-06/61371894015_295x200.jpg 
2. Dato Husam(layak)
Batu Sapi - Sabah
Segamat- Johor
Teluk Kemang - Negeri Sembilan
Kota Tinggi-Johor
Batu Pahat- Johor
Seremban- Negeri Sembilan
Sri Gading- Johor
Tanjung Piai- Johor

Read more ...

PEMILIHAN PAS : UST. AHMAD AWANG LAYAK BERTANDING PRESIDEN PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFQqXtlUaAyJbS1v5ytrc_9izIj5HDspLlBgCQvQRhhX3-lzXTtXd-x82Gx30J-khFCZggpwxs65HO3m2qgW8bHJfRDFKSpwx03wZ0spBQMiz5eBk1IfanjUkvrg8rVUKH9HJRt8ZS7QUv/s1600-r/bannerfinal6.jpg 
Keputusan rasmi pencalonan kepimpinan Pas Pusat PAS Kawasan JELEBU 11/4/2015

PRESIDEN :
Ustaz Ahmad Awang (41 undi)
TG Hj Hadi Awang (16 undi)

TIMB.PRESIDEN
Haji Mohamad Sabu (sebulat suara)

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PAS TANJUNG PIAI CALONKAN HUSAM SEBAGAI PRESIDEN

http://www.anwaraidc.com/wp-content/uploads/2013/10/husam-musa.jpgBerikut adalah keputusan penuh bagi pencalonan jawatan tertinggi Pas Pusat bagi sesi 2015-2017 di dalam Mesyuarat Pas Kawasan Tanjong Piai, Johor kali yang ke-11 bertempat di Markas Pas Kg Sawah pada 11 April 2015:

Jawatan Presiden:
Dato Paduka Hj Husam Musa - 44
Dato Seri Hj Hadi Awang - 21
Husam Musa Menang.

Timbalan Presiden:
Haji Mohammad Sabu - 40
Salahuddin Ayiub - 25
Mohammad Sabu menang

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PAS HULU TERENGGANU CALONKAN TG DS HAJI HADI

https://abunuha.files.wordpress.com/2013/12/hadi-awang.jpgHULU TERENGGANU, 10 April (Bernama) -- PAS Kawasan Hulu Terengganu yang mengadakan Mesyuarat Agung hari ini telah sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus kekal sebagai Presiden manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden.

Keputusan pencalonan sempena muktamar tahunan parti yang dijangka berlangsung Jun depan itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 PAS kawasan itu yang diadakan di Kubang Lembek dekat Manir di sini hari ini.

Sementara itu, tiga calon Naib Presiden Pas yang dipersetujui pula ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah serta dua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat iaitu Nasrudin Hasan Al-Tantawi dan Idris Ahmad.

Read more ...

Sunday, April 5, 2015

PEMILIHAN PAS : HUSAM ATASI UST HADI DI SEREMBAN

http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/f821e2e41eb2354ec7d80c27362b5ab6_XL.jpg 
Pemilihan PAS kawasan Seremban berlangsung dengan baik dan pemilihannya dipilih dengan adil oleh perwakilan..

Presiden :

YB Datuk Husam Musa

Timbalan Presiden :

Tuan Hj Mohamad Sabu

Read more ...

PEMILIHAN PAS : UST HADI DAHULUI PENCALONAN

https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg

PENCALONAN PRESIDEN PAS

TG DS HAJI ABDUL HADI AWANG

1. SHAH ALAM - SELANGOR
2. PULAI - JOHOR
3. KLUANG - JOHOR
4. KUALA KEDAH - KEDAH
5. BESUT - TERENGGANU
6. KLANG - SELANGOR
7. ALOR GAJAH - MELAKA

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PAS ALOR GAJAH CALONKAN TG DS HAJI ABDUL HADI DAN DATUK TUAN IBRAHIM

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/10/Hadi-Awang5.jpg 
PAS Kawasan Alor Gajah mencalonkan Dato Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatan Presiden PAS, manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan sebagai Timbalan Presiden.

Perwakilan turut mencalonkan Haji Salahudin Ayob, Datuk Mahfuz Omar dan Ust. Idris Ahmad sebagai Naib Presiden PAS.

Read more ...

Saturday, April 4, 2015

PEMILIHAN PAS : PAS KAWASAN MULA GUNA KAEDAH PENGUNDIAN SULIT BAGI PENCALONAN PRESIDEN , TIMBALAN DAN NAIB PRESIDEN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEso9-Lgq1IystkyXuJbiFRXjzyXZusS7H4mc9rb5yaLuFcLJwXfY3djraaiw_gPTRvzBd-nkcZYVrCSiqkb1qsezSEGeBkEzRbbKcfhVbm6Z0C2T-N0qZWkAg41b4d2JjjNItJzjhInM/s400/SANY0607.JPG 

Salah satu agenda yang menjadi tumpuan semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan yang sedang berlangsung ialah memilih Jawatankuasa PAS Pusat yang melibatkan jawatan Presiden , Timbalan Presiden, Naib Presiden , Ahli Jawatankuasa , Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap serta Pemeriksa Kira-Kira.

Walaupun banyak PAS Kawasan menamakan agenda ini memilih tetapi adalah lebih tepat dinamakan mencalonkan kerana nama-nama yang terpilih akan dicalonkan oleh PAS Kawasan untuk jawatan-jawatan dalam PAS Pusat.

Sebelum ini , perwakilan mesyuarat agung menyerahkan pelaksanaan agenda ini oleh Jawatankuasa PAS Kawasan yang dipilih pada mesyuarat agung berkenaan. Namun, bermula bagi pemilihan sesi 2013 - 2015 ada beberapa PAS Kawasan menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih.

Pada pemilihan sesi 2015 - 2017 sudah ada PAS Kawasan menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih, bagaimanapun pemilihan secara angkat tangan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan perwakilan.

Antara yang menjadi pertikaian kepada perwakilan :

1. Perwakilan pulang awal kerana tidak mengetahui bahawa akan berlangsung pemilihan untuk jawatan PAS Pusat kerana beranggapan agenda ini akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Kawasan. Kesempatan diambil oleh perwakilan berkepentingan mencadangkan agenda ini diserahkan kepada perwakilan.

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PENCALONAN TERKINI PRESIDEN PAS

 
Pencalonan Presiden

1. Kota Bharu- TITM
2. Kota Tinggi- Husam
3. Segamat- Husam
4. Batu Sapi- Husam
5. Teluk Kemang- Husam
6. Parit Sulong- Ust Ahmad Awang

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PERKEMBANGAN TERKINI PENCALONAN PAS KAWASAN, BLOG PASPB BUAT POLL BARU UNTUK JAWATAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

Blog ini telah mengadakan undian untuk calon Presiden dan Timbalan Presiden PAS bagi pengunjung blog pada 15 Mac lalu.

Memandang banyak komen dari pengunjung blog yang mahu Dato' Husam Musa dimasukkan sebagai calon jawatan Presiden PAS dan memandangkan perkembangan terkini dari pencalonan PAS Kawasan- Kawasan. Maka , kami akan membuat poll baru bagi pengundian jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Pengunjung boleh membuat undian , namun keputusan bagi undian ini hanya mengambarkan corak undian pengunjung blog bukan mengambarkan keputusan perwakilan yang bakal pengundi

Terima Kasih

Read more ...

PEMILIHAN PAS : HUSAM MUSA TERUS DAPAT PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN PAS

Husam MusaSEGAMAT – Pas Kawasan Segamat sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden semasa Mesyuarat Agung Kawasan Pas Segamat Kali Ke-32 di Hotel Golden Lake, di sini, hari ini.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, selain Husam, sebanyak tiga nama telah dicalonkan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.


“Datuk Husam mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 44 undi diikuti oleh Datuk Seri Abdul Hadi (36 undi) dan Datuk Dr Mujahid Yusof (satu undi). 


Seramai 83 ahli Pas Kawasan Segamat telah mengundi dan terdapat dua undi rosak.

“Kita melihat pencalonan ini dibuat dari peringkat akar umbi dan berharap Datuk Husam menerima dengan terbuka pencalonan ini kerana kami memang menyokong penuh beliau bertanding jawatan Presiden,” katanya.


Menurutnya, pencalonan ini juga dilihat sebagai isyarat kepada pemimpin di peringkat pusat bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat pembaharuan pada Pas dan percaya Husam boleh melakukannya.

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PAS BESUT SEBULAT SUARA CALON TG DS HAJI ABDUL HADI SEBAGAI PRESIDEN

 

Pas Kawasan Besut yang mengadakan Mesyuarat Agung hari ini 4/04/2015 telah sebulat suara mencalonkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Presiden dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden. 

Sebelum itu perwakilan telah mencadangkan supaya pencalonan jawatan Presiden,Timbalan Presiden dan Naib2 Presiden dipilih oleh perwakilan sementara pencalonan AJK Pas Pusat diserah kepada AJK Pas Kawasan yang baru dipilih. 

Read more ...

PEMILIHAN PAS : PAS PULAI MAHU JAWATAN UTAMA TIDAK DIPERTANDINGKAN

 
Malam tadi PAS Kawasan Pulai, Johor telah selesai mengadakan mesy Agong kali yg ke-25 dirasmikan oleh ADUN Sg Abong Dr Sheikh Ibrahim bin Sheikh Salleh. Tema PAS Pulai adalah PAS Pulai Padu (3P). Semua jawatan dalam PAS Pulai tiada pertandingan.

 PAS Pulai pula telah menerima sebulat suara usul daripada PAS Caw Denai yang mahukan semua Jawatan utama dalam PAS Pusat iaitu Presiden, Tim Presiden dan Naib-naib Presiden tidak dipertandingkan dalam muktamar kali ini. 

Read more ...

Friday, March 20, 2015

PEMILIHAN PAS : UST. AHMAD AWANG DAPAT PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN PAS

http://www.pasjohorbahru.com/inc/img.php?idIsu=502 
Mantan Naib Presiden PAS Ust. Haji Ahmad Awang dikhabarkan mendapat pencalonan pertama sebagai Presiden PAS apabila PAS Parit Sulong mencalonkannya untuk jawatan berkenaan.
Beliau yang hanya tewas enam undi kepada Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang semasa Mesyuarat Agung PAS Shah Alam disebut-sebut sebagai calon utama untuk jawatan Presiden PAS.
Ustaz Ahmad Awang adalah mantan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga adalah mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia.

Read more ...

Monday, March 16, 2015

PEMILIHAN PAS : DATUK HUSAM KINI DAHULUI PENCALONAN PRESIDEN PAS

http://www.al-ahkam.net/home/sites/default/files/husam%20musa2.jpg
Selepas mendapat dua pencalonan, Datuk Husam Musa kini layak mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila PAS Kawasan Batu Sapi, Sabah turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan presiden semalam.

Sabtu lepas, PAS kawasan Kota Tinggi, Johor mencalonkan naib presiden PAS itu untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat agung mereka.

"PAS Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden," kata Yang Dipertua PAS Batu Sapi Hamzah Abdullah kepada The Malaysian Insider hari ini.

  "Saya mencalonkan Datuk Husam kerana yakin beliau boleh membawa PAS jauh ke depan dan boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum dan agama di negara ini,"
kata Hamzah yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Sabah itu.

Hamzah yang sebelum ini pesuruhjaya PAS Sabah pertama juga yakin jika Husam terpilih sebagai presiden, ia akan membolehkan PAS memimpin Pakatan Rakyat (PR) dan seterusnya layak untuk menjadi calon perdana menteri.

Dalam perlembagaan PAS, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum 2 kawasan.

Read more ...