Saturday, April 4, 2015

PEMILIHAN PAS : PAS PULAI MAHU JAWATAN UTAMA TIDAK DIPERTANDINGKAN

 
Malam tadi PAS Kawasan Pulai, Johor telah selesai mengadakan mesy Agong kali yg ke-25 dirasmikan oleh ADUN Sg Abong Dr Sheikh Ibrahim bin Sheikh Salleh. Tema PAS Pulai adalah PAS Pulai Padu (3P). Semua jawatan dalam PAS Pulai tiada pertandingan.

 PAS Pulai pula telah menerima sebulat suara usul daripada PAS Caw Denai yang mahukan semua Jawatan utama dalam PAS Pusat iaitu Presiden, Tim Presiden dan Naib-naib Presiden tidak dipertandingkan dalam muktamar kali ini. 


Tujuannya adalah untuk menyatupadukan PAS. Usul ini telah disampaikan oleh bekas pimpinan UMNO Bahagian Pulai Tn Hj Mohammad Bin Osman.FB Suhaizan Kayat

No comments: