Wednesday, October 10, 2007

Kelab Penyokong turut beri sumbangan

Kuala Kurau : Kelab Penyokong PAS Parit Buntar tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan di Parit Buntar. Sumbangan sebanyak 30 bungkus barang keperluan disampaikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong kepada Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan En. Hamdan Fadel bin Ahmad.

En. Hamdan memberitahu bantuan Kelab Penyokong PAS ini akan diagihkan kepada golongan kurang mampu di Parit Buntar. Menurut Pengerusi Kelab Penyokong En. Ah Teick, Kelab Penyokong PAS rasa bertanggungjawab untuk sama-sama membantu orang Islam yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya.

Kita juga mahu tolong orang Melayu, macam PAS tolong orang Cina semasa Tahun Baru. Kita sama-sama tolong la .” Katanya gembira kerana dapat memberi sumbangan.

Kelab Penyokong PAS Parit Buntar juga tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Islam. Ucapan ini disampaikan melalui kain rentang yang ditaja oleh Kelab Penyokong dan dipasang di lokasi strategik di bandar Parit Buntar.

No comments: