Monday, December 24, 2007

Lebih 3000 hadiri ceramah Mat Sabu

PARIT BUNTAR ( 21 Dis.) : Ceramah Tuan Haji Muhammad Sabu Naib Presiden PAS menarik kehadiran lebih 3000 pendengar di sini. Ceramah yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein di sini terpaksa menggunakan bantuan skrin besar bagi memuaskan hati pendengar yang jauh dari pentas.

Menurut Sdr. Adhan bin Hj. Abdul Rahim Setiausaha PAS Kawasan, Kehadiran ribuan pendengar ini mungkin disebabkan oleh isu penangkapan Naib Presiden PAS itu di Nibung Tebal yang bersempadan dengan Parit Buntar.

“Mungkin juga kerana Abang Mat tak dapat hadir semasa Ceramah Aidilfitri dua bulan lepas menyebabkan orang ramai tak mahu melepaskan peluang mendengar ceramah beliau.” Jelas Sdr. Adhan.

Drs. Khalil Idham Lim Abdullah Timbalan Yang Dipertua digandingkan dengan Tuan Haji Muhammad Sabu sebagai penceramah pada malam itu. Orang ramai tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu politik terkini oleh Tuan Haji Muhammad Sabu selama dua jam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tuan Hj. Harun bin Hj. Hashim berkata, ucapan tahniah dan terima kasih kepada Unit Amal Kawasan yang berjaya mengawal lalu lintas dengan baik.

Sebelum ceramah bermula, Unit IT telah menayangkan ucapan Hj Mohamad Sabu yang dibuat di Markaz Taman Melewar sebaik sahaja dibebaskan yang dimuat turun dari internet. Dalam ucapan tersebut Mohamad Sabu menjelaskan secara terpeinci detik sebelum beliau ditangkap sehinggalah dibebaskan oleh mahkaman dengan ikat jamin.

No comments: