Monday, December 24, 2007

Majlis Qurban berjalan lancar

PARIT BUNTAR ( 20 Dis. ) : PAS Kawasan Parit Buntar meneruskan aktiviti tahunan mengadakan Majlis Korban di Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan, Titi Serong pada Hari Raya EidulAdha pertama. Sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini.

Sungguh pun daging korban tidak cukup untuk diagihkan kepada empat orang untuk setiap Cawangan seperti tahun-tahun lepas, setiap Cawangan tetap diagihkan daging korban untuk dua orang.

“Saya memohon maaf kepada PAS Cawangan kerana tahun ini hanya dua orang sahaja menerima daging korban untuk setiap Cawangan. PAS Kawasan akan berusaha mencari lebih banyak lembu untuk dikorbankan pada tahun depan”. Kata Yang Dipertua PAS Kawasan Tuan Hj. Harun bin Hj. Hashim.

Sementara itu, seorang wakil PAS Cawangan yang ditemui memberitahu tidak terkilan menerima daging korban untuk dua orang kerana Majlis Korban ini juga diadakan oleh PAS Cawangan-Cawangan. Banyak daging korban yang akan diterima oleh penerima yang layak menerima daging korban ini.

No comments: