Monday, April 12, 2010

RM 3.4 juta untuk program tuisyen rakyat Selangor


SHAH ALAM , 12 April : Kerajaan Negeri membelanjakan RM3.4 juta setiap tahun untuk Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program itu dinikmati seramai lebih 5,600 pelajar dari 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dikenal pasti.

“Kita tumpukan kepada mereka yang dari golongan miskin iaitu berpendapatan kurang daripada RM1500, tujuannya supaya dapat menolong keluarga mengurangkan beban mereka untuk membiayai kelas-kelas tuisyen sedia ada kebiasaannya berlaku bukan sahaja di bandar tetapi juga di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran PTRS Peringkat Selangor di Auditorium Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.

Beliau berkata, program berkenaan dikelolakan setiap DUN di mana koordinator dilatih memberikan motivasi selain memberi pengajaran yang mantap kepada pelajar terpilih menyertai menyertai PTRS.

Abdul Khalid berkata, subjek yang diberikan keutamaan ialah kor subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains.
Italic
“Kita mengutamakan subjek yang perlu mendapat latihan tambahan, oleh mereka dan kita pilih kebanyakan mereka yang memberi tuisyen ini adalah guru-guru di sekitar kawasan terbabit.

“Adakalanya kita gunakan dewan orang ramai. Cntohnya kalau di Ijok, kita boleh guna Pejabat Menteri Besar. Ada juga sekolah digunakan pada waktu cuti persekolahan,” katanya.

Abdul Khalid berkata, lebih 200 tenaga pengajar diperlukan untuk memberikan pengajaran dan guru yang dipilih adalah pakar dalam subjek masing-masing serta mempunyai kemahiran dalam membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan.

Beliau berkata, tahun lepas, lebih 5600 pelajar mendapat manfaat daripada program ini malah setiap tahun jumlah pelajar yang terpilih semakin meningkat dan beliau mengharapkan pelajar terpilih mengunakan peluang itu sebaik mungkin.SH

No comments: