Tuesday, April 27, 2010

Ubn tiada masa depan















KUALA LUMPUR, 27 April:
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang diwakili calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim memenangi kawasan bandar dan pinggir bandar serta kawasan masyarakat Cina yang terdedah kepada banyak media.

“Saya yakin, ini kemenangan sementara BN dan kita akan menang dalam pilihan raya umum sebagaimana Pendang dan Ijok,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, sebentar tadi.

Justeru, katanya angin perubahan yang dikatakan oleh pemimpin Umno/BN tidak berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ini, ujarnya kerana tidak berlaku pengurangan undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid mendapat 23,272 undi berbanding 23,177 yang diperolehi allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum lalu yang berjaya menewaskan Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

No comments: