Thursday, July 8, 2010

Dato' Kamaruddin, Dr. Hatta tak perlu disiasat
















SHAH ALAM, 8 Julai :
Kehadiran dua pemimpin PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta Ramli dalam Majlis Pelancaran Friends of Pakatan di London baru-baru ini adalah atas tiket PAS yang juga parti komponen Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Naib Presiden PAS itu yang juga Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS berkata, tiada keperluan untuk menyiasat dan mengenakan tindakan tatatertib ke atas mereka seperti didesak Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

“Mereka bukan ke sana atas agenda peribadi. PAS adalah ahli komponen PR, jadi PAS juga perlu berada di sana. Tidak salah PAS menghantar wakil.

“Lagipun, saya anggap Zulkifli bukan lagi ahli PAS dan dia tidak berhak memberikan pandangan. Justeru tiada keperluan untuk melakukan siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, satu kenyataan rasmi mengenai status keahlian Zulkifli di dalam PAS sudah dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, semalam.

Mustafa ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Apabila seseorang ahli PAS keluar parti dan menyertai parti lain, secara automatiknya keahlian beliau telah gugur,” katanya.
SH

No comments: