Thursday, July 8, 2010

Pelancaran dana infaq Ramadan



PARIT BUNTAR, 8 Julai : Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah melancarkan dana Infaq Ramadan PAS Parit Buntar bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada golongan memerlukan di sekitar Parlimen Parit Buntar sempena Ramadan nanti.

Amiruddin dalam ucapannya memuji langkah PAS Parit Buntar yang bergerak awal mengumpul dana kebajikan untuk membantu rakyat pada Ramadan nanti.

“Saya berharap usaha murni ini akan mendapat perhatian orang ramai untuk membantu golongan susah di Parit Buntar.

“Sumbangan ini bertepatan dengan amalan sedekah bagi menjalani ibadat pada Ramadan,” katanya di hadapan lebih 500 pendengar di Dataran Purnama, Kampung Kedah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Yang Dipertua Pas Parit Buntar, Harun Hashim.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadan, Abdul Bahrain Desa berkata, sumbangan dari orang ramai, ahli korporat dan pihak swasta diperlukan bagi menambah dana itu.

“Pada malam ini risalah kutipan dana turut diedarkan dan pelancaran juga telah disempurnakan.

“Oleh itu, kami berharap orang ramai, dapat bersama menghulurkan sumbangan untuk program ini, ” katanya.

Kepada individu yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkan ke akaun
Bank Muamalat bernombor 0801-0000839-71-1 atas nama ‘Jawatankuasa Dana JPR Parit Buntar’.

No comments: