Monday, July 5, 2010

DHPP lawat Kelantan dan Terengganu

P1000545.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 5 Julai : Seramai 40 orang daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar telah mengunjungi Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sesi sidang Dun Kelantan.

Pengerusinya Ong Choi Ee berkata, kunjungan muhibbah tersebut disertai orang Tionghua Parit Buntar dalam rangka lawatan dua hari ke Kelantan dan Terengganu.

“ Kami telah disambut mesra oleh Tuan Guru dan beberapa Exco Kerajaan Negeri di pejabatnya.

“ Tuan Guru mengucapkan terima kasih kepada rombongan kerana sudi mengunjunginya serta melawat beberapa tempat menarik di negeri ini” katanya

Beliau berkata, peserta rombongan telah mengikuti sesi dialog oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10.

“ Rombongan juga mengunjungi beberapa tempat menarik di Kelantan seperti rumah-rumah ibadat di Tumpat, Rantau Panjang dan sekitar Kota Bharu.

“ Ada peserta yang pertama kali melawat Kelantan kagum dengan keunikan serta pembangunan negeri ini kerana sebelum ini hanya mendengar tohmahan bahawa Kelantan negeri mundur” katanya

P1000600.jpg picture by paspb

Ong Choi Ee berkata, seterusnya rombongan berkunjung ke kediaman Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang.

“ Kami mahu mengenali lebih dekat tentang kehidupan Presiden PAS. Sukar nak percaya, rumah Presiden PAS sangat sederhana macam rumah orang kampung lain” katanya

Menurutnya, peserta rombongan telah disambut oleh Setiausaha PAS Terengganu Yahaya Ali dan beberapa orang pimpinan PAS Terengganu.

“ Walaupun Tuan Guru tiada kerana urusan yang tidak dapat dielakkan namun peserta rombongan telah disambut anak beliau Mohammad Khalil Abdul Hadi dan pemimpin PAS Terengganu “ katanya

Tambahnya, selain melawat kediaman Presiden PAS peserta rombongan telah dibawa melawat Pusat Pengajian Ma’ahad Darul Quran, Masjid Rusila dan Pejabat PAS Marang

No comments: