Monday, July 5, 2010

Petronas bakal gulung tikar

tony petronas_250_220















KUALA LUMPUR, 5 Julai :
Petronas bakal menghadapi risiko ‘gulung tikar’ jika kerajaan Barisan Nasioanl (BN) terus mengaut keuntungan syarikat minyak negara bagi tujuan tertentu, kata Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee.

Katanya, Petronas masih lagi memberikan nilai dividen yang tinggi bernilai RM30 bilion kepada kerajaan walaupun menghadapi kemorosotan keuntungan dalam tahun kewangan 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas sebelum ini mengumumkan keuntungan syarikat (selepas pemberian dividen) berjumlah RM10.3 bilion, merosot 52.2 peratus jika dibandingkan tahun lalu.

Pua turut melahirkan kebimbangannya jika pembayaran dividen boleh menyekat rancangan pertumbuhan syarikat itu.

Ini kerana katanya kemerosotan mendadak dalam keuntungan dan pembayaran dividen yang tinggi mampu ‘mengganggu’ usaha Petronas’ mengembalikan prospek pelaburan untuk menjana hasil keuntungan pada masa akan datang.

Beliau juga mendedahkan jumlah baki keuntungan untuk pelaburan semula turut merosot daripada 42.5 peratus pada tahun 2005 kepada 13.5 peratus pada tahun ini.

Sebaliknya, nisbah pembayaran dividen melambung naik sehingga 74 peratus pada tahun ini daripada tahun lepas berjumlah 57 peratus

Menurut Petronas, bayaran dividen kepada kerajaan semakin meningkat daripada RM9.1 bilion pada tahun 2005 kepada RM30 bilion tahun lalu.

"Petronas nampaknya tidak mampu menanggung bayaran dividen yang terlalu tinggi kepada kerajaan berikutan keuntungannya yang semakin merosot," kata Pua kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Petronas bakal ’suram’?

Pua juga berkata, kekurangan dana untuk pelaburan semula akan menyekat keupayaan Petronas menjamin kestabilannya untuk memperoleh keuntungan hasil pada masa akan datang, sekaligus mengurangkan produktiviti dan kecekapannya dalam jangka panjang.

"Dividen yang dibayar oleh Petronas… seperti mana-mana syarikat-syarikat lain, diagihkan mengikut keperluan syarikat, bukannya mengikut keperluan pemegang saham dimana dalam kes ini adalah kerajaan Malaysia," katanya.

Pendedahan Petronas yang memerlukan pelaburan yang besar dan kukuh untuk mengembangkan perniagaannya sekaligus mahu memulihkan bahagian minyak dan gasnya memberi amaran syarikat itu benar-benar terdesak untuk mengekalkan keuntungannya, tambah Pua.

"Sesebuah syarikat mempunyai nisbah bayaran dividen yang tinggi hanya jika ia tidak lagi mempunyai keuntungan untuk menghasilkan keuntungan sampingan pada masa akan datang.

"Bermakna dalam kes ini, jelas bukan intensif modal daripada industri minyak dan gas," tegas beliau.

Petronas perlu mengekalkan keuntungan sekurang-kurangnya 50 peratus mempunyai pelaburan besar dalam sektor produktif, dan mempunyai simpanan hasil pendapatan sebanyak 20 peratus agar boleh dijadikan sebagai suntikan dana negara bagi masa-masa ‘kritikal’ sekaligus memastikan syarikat minyak negara itu mampu mengekalkan pertumbuhan keuntungannya.

Petronas merupakan salah satu syarikat multi-nasional yang terkenal di dunia dan tersenarai antara 500 syarikat terkaya di dunia dalam majalah Forbes.

No comments: