Saturday, July 17, 2010

Kerajaan BN gagal , rakyat perlu ubah



PARIT BUNTAR, 18 Julai : Kenaikan harga barang berikutan pemotongan subsidi daripada kerajaan memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat keseluruhannya.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, kenaikan harga gula, petrol dan diesel menunjukkan bahawa kerajaan sudah tidak mampu menangani perbelanjaan negara.

" Subsidi
boleh diberikan kepada gula dan petrol sebelum ini menunjukkan kerajaan mempunyai dana bagi menjaga kebajikan rakyat.

"Akan tetapi apabila subsidi sudah dipotong ini bermakna kerajaan sudah terputus dana bagi menjaga kebajikan rakyat. Rakyat pula terpaksa menanggung beban subsidi tersebut" katanya

Hairul Nizam berkata, apabila harga barang naik maka sudah tentulah kos sara hidup akan naik. Apatah lagi gula yang naik sehingga 25 sen sememangnya begitu tinggi.

' Walaupun kerajaan mengesyorkan rakyat kurangkan penggunaan gula dalam kegunaan harian, tidak semestinya subsidi gula ini dipotong. Saya yakin harga kuih dan minuman akan naik" katanya

Menurutnya, Perdana Menteri berkata kononnya ia bertujuan untuk menjimatkan wang kerajaan dan pemotongan subsidi tersebut memberi dana kepada negara berjumlah RM 750 juta untuk tujuan pembangunan lain.

" Sekiranya kerajaan hendak berjimat cermat mengapa rakyat yang terpaksa menanggungnya. Kerajaan perlu mengawasi perbelanjaan negara sebelum ini yang dilihat berada di luar kawalan.

"Namun begitu apa yang jelas rakyat didahulukan untuk menanggung beban subsidi tersebut" katanya

Beliau berkata rakyat perlu buat perubahan, pentadbiran perlu ditukar kerana kerajaan BN sudah gagal mengawal kewangan negara.

"Jangan sampai negara sudah muflis baru hendak melakukan perubahan" katanya

No comments: