Monday, July 19, 2010

Lapor SPRM , PR sedia disiasat


SHAH ALAM , 19 Julai : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pe- nyelewengan pengurusan jual beli pasir seperti didakwa Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Seri Noh Omar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Lee Boon Chye berkata, PR tidak mempunyai masalah memberikan kerjasama dalam siasatan itu kerana PR yakin bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam penyelewengan itu.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gopeng menegaskan, sekiranya benar seperti didakwa, isu itu sepatutnya diajukan kepada SPRM untuk membuka kertas siasatan dan bukannya digembar-gemburkan melalui media.


“Kalau dia ada bukti, serahkan pada SPRM, biar mereka siasat. Masalah pasir ini sebenarnya bukan perkara baru. Di Negeri Johor dan Perak juga ada isu sama yang disiasat SPRM namun sehingga kini tidak tahu keputusannya.


“Mereka hanya mengambil kesempatan atas negeri-negeri PR lebih-lebih lagi apabila berdekatan dengan musim pilihan raya,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw ketika dihubungi menjelaskan di antara ketiga-tiga negeri yang mempunyai masalah ini, Johor dan Perak merupakan negeri paling kritikal


“SPRM melakukan siasatan tanpa dipengaruhi kehendak mana-mana parti. :


“Yang menyeleweng paling teruk adalah di Johor dan Perak, tetapi mengapa ada pihak hanya berminat dengan Selangor?,” katanya.


Kelmarin, akhbar melaporkan UMNO melalui Datuk Seri Noh Omar mempunyai bukti kukuh berupa dokumen lengkap yang menunjukkan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menjalankan salah guna kuasa dalam kontrak kerja-kerja pengorekan pasir negeri itu.


Bukti yang diperoleh daripada sumber dalaman KSSB serta kontraktor terlibat antara lain menyatakan KKSB memberikan diskaun pembelian pasir sebanyak RM4 bagi satu tan kepada sebuah syarikat yang didakwa proksi mana-mana parti politik, berbanding RM0.50 diskaun kepada syarikat-syarikat kontraktor lain.


Syarikat itu juga difahamkan mengambil kesempatan dan membuat keuntungan lebih besar dengan menjadi broker penjualan pasir kepada syarikat lain.
SH

No comments: