Thursday, July 15, 2010

Sukaneka Pasti Parit Buntar

P1010150.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 15 Julai : Majlis Sukaneka Pasti Parit Buntar berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 400 orang tetamu termasuk pelajar, ibu bapa, guru-guru dan penduduk setempat di Dataran Purnama, Kampung Kedah.

Pengerusi Pasti Parit Buntar Mohamad Amirul Hasni berkata, penyertaan peserta dan kehadiran ibu bapa bertambah pada tahun ini berikutan pembukaan sebuah Pasti baru di Jalan Terusan.

“ Majlis ini dimulai dengan perbarisan dan bacaan ikrar pelajar sepuluh buah buah Pasti seluruh Parit Buntar yang berpakaian sukan lengkap mengikut Pasti masing-masing.

“ sebanyak tujuh acara dipertandingkan mengikut kategori umur 4 , 5 dan 6 tahun. Antara acara tersebut ialah susun huruf Hijaiyyah dan nombor Arab, lari pecut , lari berhalangan dan baling bola dalam bakul” katanya

Mohamad Amirul berkata, sukaneka Pasti Parit Buntar diadakan setiap tahun bagi menampilkan semangat kesukanan serta menyihatkan tubuh badan khasnya kepada pelajar Pasti.

“ Pasti sentiasa mengambil berat akan prestasi fizikal para pelajar selain mementingkan tahap pencapaian dalam akademik.

" Kita mahukan pelajar Pasti mempunyai satu keupayaan yang amat memberansangkan bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik malah dalam bidang sukan” katanya

Menurutnya , sungguhpun cuaca agak panas pelajar Pasti yang menyertai sukaneka ini tetap menunjukkan semangat dan kesungguhan yang tinggi ditambah dengan sokongan ibu bapa yang hadir memeriahkan suasana.

“ PASTI Al-Munir dari Taman Murni yang mengungguli banyak acara dipertandingkan telah dipilih menjadi johan keseluruhan Sukaneka Pasti Parit Buntar pada tahun ini” katanya

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan ADUN Titi Serong Drs Khalil Idham Lim.

Sekitar majlis sukaneka Pasti Parit Buntar

P1010148.jpg picture by paspb

P1010149.jpg

P1010140.jpg



P1010141.jpg

P1010153.jpg

P1010142.jpg picture by paspb

No comments: