Tuesday, August 17, 2010

Ada bukti Saravanan terlibat


PETALING JAYA, 18 Ogos : M S Arjunan, bekas calun KEADILAN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Chenderiang berkata beliau mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kegiatan pelacuran, dadah dan gangsterime.

Ketika bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di sini petang semalam, Arjunan berkata beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Saravanan apabila menerima sepucuk surat daripada ayah kepada seorang pelajar perempuan yang dikatakan menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral yang didakwa didalangi Timbalan Menteri daripada MIC itu.

Arjunan, 50, membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Brickfields kira-kira pukul 11.08 malam Sabtu lalu terhadap Ahli Parlimen Tapah itu yang didakwanya terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral.

"Laporan polis yang saya buat hanya sebagai respons kepada aduan yang dibuat oleh ayah kepada seorang mangsa melalui sepucuk surat kepada saya," tegas Arjunan.

Menurut Arjunan lagi pelajar tersebut merukan penuntut Kolej Tafe di Negeri Sembilan antara tahun 1998 hingga 2001.

Beliau berkata hasil daripada laporan di dalam media mengenai pendedahnya seramai tiga orang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada Saravana telah menaliponnya dan menceritakan pengalaman pahit yang dilalui mereka.

"Semua dakwaan ini kami ada bukti yang telah kami serahkan kepada peguam. Saya akan dedahkan bukti yang ada apabila kes ini di bawa ke mahkamah nanti," kata beliau yang ditemani Ketua Pemuda Persatuan Kamajuan Pelajar-pelajar Tamil Malaysia, A Kalaimughilan.

Arjunan juga membidas kenyataan Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang menganggap dakwaan terhadap Timbalan Menteri itu sebagai satu tohmahan.

Beliau secara sinis mengucapkan tahniah kepada Mohd Bakri kerana berjaya menyelesaikan dakwaan jenayah yang dilakukan selama lebih 10 tahun hanya dalam tempoh masa 3 jam sahaja.

"Saya nak ucapkan tanhniah kepada Mohd Bakri kerana saya rasa di antara anggota polis terbaik di dunia kerana dapat menyelesaikan masalah berkaitan jenayah yang dilakukan sejak 10 tahun dahulu hanya dalam 3-4 jam sahaja.

"Saya minta beliau supaya betul-betul adil dan jangan sokong sebelah pihak sahaja. Dia mesti jaga kepentingan rakyat. Saya sedia beri kerjasama sepenuhnya kepada beliau dan kalau saya memfitnah Saravanan heret saya ke mahkamah," kata Arjunan kepada Suara Keadilan.

Dalam responsnya kepada dakwaan Arjunan, Saravanan yang juga Naib Presiden MIC menganggap ia sebagai satu tindakan mahu memburukkan nama dan menghancurkan kerjaya politiknya.

No comments: