Tuesday, August 17, 2010

Pemuda Umno Kedah meludah ke langit


KUALA NERANG, 18 Ogos : Ketua Penerangan Pemuda PAS merangkap Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria menganggap kenyataan Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim terhadap kejadian banjir di Sik dan Baling diibaratkan seperti ‘meludah ke langit’ kerana pembalakan yang berlaku di kawasan tersebut adalah di bawah kelulusan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Sementara itu, Sinar Harian siaran 17 Ogos, kelmarin mengeluarkan pendirian Pemuda UMNO Kedah yang kesal dengan kejadian banjir di Sik yang mana mahu Kerajaan Negeri menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan terlibat.


Nasir berkata, punca kejadian tersebut tidak seharusnya di tuding kepada kerajaan Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat-PAS kerana Pemuda UMNO seharusnya tersedia maklum kejadian itu berpunca daripada kerajaan sebelum ini.

“Dia seorang yang berada dalam kepimpinan UMNO seharusnya tahu mengenai isu balak tersebut yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini. Sekiranya apa yang dilakukan itu tidak betul dan memberi kesan kenapa dia tidak mempertikaikannya sebelum ini.

“Kerajaan yang ada sekarang tidak pernah meluluskan lesen untuk aktiviti pembalakan. Kenapa ini ditimbulkan. Beliau perlu sedar yang patut bertanggungjawab adalah kerajaan yang meluluskannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, Kerajaan Negeri akan mengambil tanggungjawab membantu mangsa terlibat sebaliknya Pemuda UMNO perlu muhasabah diri dengan kenyataan tersebut.SH

No comments: