Saturday, September 4, 2010

Yakin hudud diterima masyarakat


KOTA BHARU , 4 Sept. : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yakin pelaksanaan undang-undang hudud akan diterima masyarakat, walaupun kini terdapat banyak rungutan dan tentangan daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, penolakan khususnya dari masyarakat bukan Islam berlaku kerana mereka masih belum memahami isi kandungannya, selain mendapat tentangan orang Islam sendiri.


”Namun, saya tetap yakin ia akan diterima ramai nanti sebagaimana yang berlaku kepada politik Islam yang diketahui sebelum ini ditentang pihak tertentu sehingga memisahkan politik dengan agama menjadikan politik lain, agama lain.

”Sekarang kita (PAS) hanya membuat ‘windows’ (jendela kefahaman) untuk membolehkan perkara ini (hudud) diketahui ramai sebelum membuat pintu untuknya nanti. Saya pasti ia (hudud) akan diterima,” katanya mengakan kuliah Mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Sebelum Pengerusi DAP, Karpal Singh antara pemimpin yang lantang menolak hukuman tersebut dilaksanakan dengan menyatakan ia tidak berada dalam perlembagaan negara.

Susulan itu daripada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan pandangan yang dilontarkan Karpal itu bersifat peribadi, namun disangkal pemimpin DAP itu.

Kelmarin, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, PAS mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Pada masa sama, Penyelaras Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim berkata, impian PAS untuk melaksanakan hudud tidak akan terlasana berdasarkan perjanjian yang pernah dimeterai ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) pada Disember 2009.

Nik Aziz mengakui keengganan Kerajaan Pusat untuk membayar wang royalti kepada Kelantan disebabkan kebimbangan sekiranya penyaluran wang tersebut mampu menguatkan Kerajaan PAS Kelantan yang terus kukuh untuk memerintah negeri ini.

“Mereka takut kita akan kuat, mudah-mudahan (apa yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) menyebabkan selama-lamanya mereka tidak dapat (memerintah) Kelantan,” katanya.SH

No comments: