Tuesday, October 5, 2010

Melayu kuat di bawah Pakatan Rakyat



KUALA TERENGGANU, 5 Okt. : Pengerusi Lajnah Perpa-duan Nasional PAS Terengganu, Hanafiah Mat meramalkan bahawa bangsa Melayu akan bertambah kuat di bawah pentadbiran PAS.

Menurutnya, keyakinan tersebut berdasar kepada persefahaman yang dicapai bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam mengekalkan hak Melayu serta hak orang Islam dengan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara.


Beliau yang menolak dakwaan bahawa Melayu semakin tergugat dan berpecah kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat UMNO sebenarnya yang tergugat ketika ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, UMNO berada dalam keadaan terancam ketika ini memandangkan orang Melayu kecewa dengan perjuangan parti itu yang dianggap telah meninggalkan asas perjuangan sejak dulu.


“Yang akan hilang adalah UMNO. Majoriti tolak UMNO kerana banyak sa-ngat penyelewengan dan rasuah.


“Kalau dilihat di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) di Kedah, Menteri Besar adalah orang Melayu begitu juga Selangor di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rak-yat (PKR),” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.


Beliau berkata demi-kian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang melahirkan rasa sedih dengan keadaan orang Melayu kerana mereka tidak sedar mengenai ancaman yang dihadapi masa kini.


Dr Mahathir berkata, jika sebelum ini, Tunku Abdul Rahman menentukan supaya rakyat Malaysia yang majoriti 60 peratus lebih terdiri daripada orang Melayu tetapi kini orang Melayu sudah berpecah.


Sementara itu, beliau turut melihat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menjadikan Melayu kacau-bilau kerana menganggap ia bersifat perkauman. SH

No comments: