Tuesday, October 5, 2010

Melayu tidak berpecah, hanya Umno buat bising


KUALA TERENGGANU, 5 Okt. : Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas menafikan berlaku perpecahan Melayu kepada tiga pihak iaitu UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Sebaliknya, beliau berkata, perkara sedemikian tidak pernah berlaku dan PAS sendiri sentiasa menggalakkan masyarakat di negara ini ke arah perpaduan melalui dasar perjuangan Islam.


“Perpecahan berlaku atas doktrin perkauman yang sempit di mana perjuangan UMNO yang ingin membela Melayu atas nama Islam.


“Kenyataan bahawa Melayu berpecah sebenarnya hanya ingin menarik perhatian orang Melayu terhadap UMNO sahaja,” katanya sebagai mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kedudukan Melayu dalam negara kian tergugat berikutan kaum itu berpecah kepada tiga parti.


Wan Mohd Faizul turut melahirkan rasa hairan de-ngan perjuangan UMNO ydianggap tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.SH

No comments: