Thursday, November 25, 2010

200 000 pelancong China sasaran ke Kelantan


KOTA BHARU , 25 Nov. : Kelantan Negeri berhasrat menyasarkan sejumlah 200,000 pelancong China ke negeri ini setiap tahun dalam usaha mempertingkatkan ekonomi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, inisiatif itu dirancang dengan Kerajaan Negeri bercadang menggunakan sistem flight charter.

“Kita akan adakan ‘charter flight’ dengan beberapa bandar di China dan permulaan dari Kota Bharu kemudian ke Lanzhou,” katanya ketika berucap selepas forum Friendship and Prosperity Through Business, Trade and Investment sempena Ekspo Cheng Ho di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, kekangan utama mencapai matlamat tersebut adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang tidak mendaratkan pesawat yang lebih besar.

“Kerajaan Pusat perlu memahami hasrat kita ini. Kita mintak agar lapangan terbang di negeri ini dipanjangkan agar kapal terbang dari mana-mana negara boleh mendarat terus di sini tanpa perlu ke Kuala Lumpur, ini hasrat yang sangat penting” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya akan mengkaji untuk memperluaskan kerjasama antara wilayah- wilayah lain di negara China.

“Kita akui kerjasama ini sangat bermanfaat kepada kedua-dua tempat ini, kita akan lihat perkara ini secara lebih dekat,” katanya.

Dalam pada Ekspo Cheng Ho yang berakhir hari ini terus menerima sambutan dari pengunjung dalam dan luar yang ingin mengetahui lebih dekat pengembaraan pahlawan China itu.

No comments: