Thursday, November 25, 2010

Alasan naik harga gula kurang kencing manis mengarut

mahfuz-jan4























KUALA LUMPUR, 25 Nov. : Menggunakan alasan untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula dengan menarik subsidi gula merupakan satu alasan yang tidak munasabah.

Demikian kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato Hj Mahfuz Omar ketika berbahas di Dewan Parlimen hari ini.

Beliau memberitahu Parlimen bahawa kenaikan harga gula tidak membantu mengurangkan jumlah pengidap penyakit kencing manis di negara ini.

"Untuk mengurangkan pengambilan gula ni, bukanlah dengan mengurangkan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga gula.

"Ini, menunjukkan kita tiada kaedah yang munasabah untuk memastikan orang ramai kurangkan mengambil gula. Sepatutnya bila harga gula naik, orang pun kurang makan gula dan pesakit kencing manis pun jadi kuranglah," ujar beliau.

"Kencing orang ni ramailah"


Menurut Mahfuz, mendidik masyarakat agar mengurangkan pengambilan gula dengan menaikkan harga bahan tersebut di pasaran merupakan kaedah yang salah dan tidak berjaya.

"Ini menunjukkan menaikkan harga gula tidak memberikan pendidikan dan kesedaran kepada pengguna untuk mengurangkan penggunaan gula untuk kesihatan. Maknanya tidak berjayalah bagi saya.

"Ianya cuma kerajaan sengaja mencari rasional untuk menaikkan harga gula dan ia tidak lebih dari hanya menambahkan beban rakyat sahaja," ujar beliau lagi.

Disamping itu, Mahfuz sempat menempelak pemimpin-pemimpin kerajaan apabila mengatakan pemimpin kerajaan lebih gemar menipu rakyatnya sendiri.

"Bukan sahaja tidak berjaya mengurangkan pesakit kencing manis tetapi berjaya menambahkan penyakit kencing manis dan kencing orang," sambung beliau lagi.

"Kencing orang ni ramailah. Membabitkan pemimpin-pemimpin dan kerajaan dok kencing rakyat memang berlaku banyak. Yang ini memang Doktor tak boleh ubat penyakit kencing orang ni," kata beliau lagi

No comments: