Friday, November 5, 2010

Ali Rustam malukan rakyat Melaka


















BUKIT KATIL, 6 Nov. : Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sejak akhir-akhir ini sering memalukan rakyat negeri Melaka. Beberapa tindakan beliau benar-benar menjatuhkan imej dan maruah dirinya sendiri di samping memalukan rakyat negeri ini.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab (gambar) dalam kenyataannya pagi ini kesal dengan sikap Ketua Menteri yang bercakap dan membuat tuduhan tanpa usul periksa tidak sesuai dengan posisinya sebagai Ketua Menteri.


"Beliau menuduh YB Lim Kit Siang mengkafirkan Umno sedangkan Lim tidak pernah membuat kenyataan itu. Bila Lim bertindak hendak menyaman Mohd Ali, beliau cuba memutarbelitkan cerita menyatakan bukan Kit Siang yang menuduhnya tetapi Guan Eng".


"Sebagai Ketua Menteri beliau sepatutnya bercakap dengan berhati-hati dan sentiasa memastikan sesuatu itu benar bukannya menuduh tanpa usul periksa, beliau bukan Pengerusi JKKK atau Tok Sidang, beliau seorang Ketua Menteri" kata Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.


Yusof juga hairan dengan Mohd Ali yang menuduh Surau Bukit Katil dan PASTI Bukit Katil yang hendak dirobohkan tiada pelan, sedangkan kedua-dua bangunan tersebut dibina dengan kebenaran dari kerajaan tempatan dan mempunyai pelan yang sah.


"Terbukti Ali hanya bercakap ikut 'sedap' mulut tanpa merujuk kepada MBMB dan pegawai-pegawainya, apakah ini 'standard' Ketua Menteri kita".


"Memang banyak kali Ali membuat tuduhan dan kenyataan yang semberono macam ini, ianya benar-benar memalukan rakyat negeri Melaka" tambah Yusof.


Beliau berkata demikian dalam Sidang Medianya di Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Bukit Baru pagi ini,


Sementara itu, Yusof juga kesal dengan sikap Umno Bahagian Bukit Katil pimpinan Mohd Ali yang terus menerus menganggu ceramah anjuran PAS sedangkan Umno bahagian lain tidak berbuat demikian.


"Jelas Ketua Umno Bahagian selain lebih cerdik dari Ketua Umno Bukit Katil,mereka tidak menganggu dan mengacau ceramah PAS di Kawasan mereka".


"Mana perginya maruah dan imej seorang Ketua Bahagian Umno yang bertaraf Ketua Menteri kalau bertindak macam budak-budak menganggu ceramah PAS di mana sahaja kita buat dalam kawasan Bukit Katil" ujar Yusof


Menurutnya kalau betul Mohd Ali seorang Ketua Menteri yang berjiwa besar dan professional beliau sepatutnya berani berdebat dengan PAS kerana cabarannya untuk berdebat dengan PAS sudahpun disahut oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman namun sehingga kini Mohd Ali masih belum bersedia untuk berdebat.


"Kita hendak nasihat Ali supaya menjaga statusnya sebagai Ketua Menteri, jangan rendahkan martabat dia sebagai seorang Ketua Menteri sehingga kanak-kanak kecil pun akan mentertawakan dirinya" kata Yusof.Mutaligat

No comments: