Friday, November 5, 2010

Mufti diminta segera beri penjelasan perbuatan Zambry

















PARIT BUNTAR, 6 Nov. :
PAS Parit Buntar menyokong tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak memohon penjelasan dari para mufti di Malaysia berhubung perbuatan yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dilakukan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong.


Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, Dr Zambry telah melakukan upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu.

“ Upacara ini adalah amalan khurafat yang boleh menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru kerana dilakukan oleh pembesar negeri.

" Malah, upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

Fakhrurrazi berharap para mufti dapat mengeluarkan ketetapan atau fatwa yang jelas berkaitan perbuatan Dr Zambry supaya umat Islam tidak terkeliru.

“ Para mufti perlu memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut dan bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mereka.

" bahan bukti untuk dinilai para mufti seperti gambar-gambar dan video majlis tersebut sudah diserahkan kepada para mufti oleh Dewan Pemuda PAS Perak. Hanya menunggu penjelasan mufti sahaja” katanya

Beliau juga menyatakan perasaan kesal dan kecewa dengan tindakan Dr Zambry yang tidak merasa bersalah melakukan upacara tersebut.

“ Beliau perlu ditegur dan dinasihati oleh para mufti terutama mufti Perak kerana jika dibiarkan umat Islam akan menganggap upacara tersebut dibenarkan oleh Islam.

“ Saya berharap para mufti segera membuat penjelasan dan dilaporkan kepada media bagi membolehkan umat Islam mengetahui ketetapan para mufti berhubung upacara tersebut” katanya

No comments: