Friday, November 26, 2010

Berhati-hati dengan 'kuasa ketiga'



















SHAH ALAM, 26 Nov. : Timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata jika benar 'kuasa ketiga' atau third force di kalangan pembangkang benar-benar muncul, kumpulan itu tidak harus diketepikan dengan begitu sahaja.

"Kita tak perlu dismiss terus. Kita perlu bincang juga," katanya sambil membandingkan dengan situasi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dianggapnya kuasa ketiga bagi menampung golongan yang tidak sukakan Umno.

Bercakap dalam sidang selepas merasmikan Kongres Pemuda PKR (AMK) dan Wanita parti itu, Dr Syed Husin mendakwa, kewujudan PERKASA itu hanya semata-mata bagi 'menghalang' rakyat Malaysia pergi kepada Pakatan Rakyat.

"Jadi kita perlu berjumpa dan mengadakan perbincangan untuk mengetahui apa matlamat mereka," katanya sambil menegaskan bahawa perannya mesti jelas untuk mengubah kerajaan sedia ada.

Menjawab soalan, beliau bagaimanapun mengulangi pendiriannya bahasa 'kuasa ketiga' bukanlah satu ancaman kepada PKR sekiranya menjadi kenyataan.

Sementara itu, ditanya tentang sama ada benar PKR mempunyai 400,000 anggota seperti yang diwar-warkan, Dr Syed Husin kelihatan agak tidak selesa dengan soalan itu.

Malah, beliau bertanya siapakah wartawan nama yang bertanyakan perkara itu dan mewakili organisasi mana.

"Saudara boleh datang sendiri ke pejabat saya, saya boleh tunjukkan satu persatu (namanya) dalam komputer saya," katanya dengan nada sinis.

No comments: