Sunday, November 28, 2010

DAP Selangor dapat pengerusi baru

azlan

















SHAH ALAM, 29 Nov. : Ahli parlimen Seputeh (MP) Teresa Kok telah terpilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baru.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pula terpilih sebagai timbalan pengerusi manakala ahli parlimen Klang Charles Santiago dan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim dipilih sebagai naib pengerusi.


Jawatan setiausaha pula disandang oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, manakala pembantu setiausaha dan bendahari masing-masing disandang oleh ADUN Sekincan Ng Suee Lim dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh.


Dalam satu undian sulit, 15 ahli jawatankuasa DAP negeri yang dipilih hari ini, melakukan rombakan dan memilih Teresa sebagai pengerusi DAP negeri.

Teresa dan Teng dicadangkan untuk jawatan pengerusi dan Teresa, yang juga ahli exco kerajaan Selangor, menang dengan kelebihan satu undi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditemui pemberita, Teresa berkata beliau sangat gembira dengan keputusan emilihan itu dan berjanji akan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan dan ombakan dalam parti dalam usaha untuk mara ke hadapan," katanya.

Sementara itu, Teng pula menggambarkan keputusan itu sebagai kemenangan kepada abungan Pelangi (nama gabungan beliau) memandangkan gabungan itu bermakna sebahagian daripada agenda beliau akan dilaksanakan.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak kecewa dengan keputusan pemilihan itu, Teng berkata tugas yang menanti sekarang adalah untuk memastikan bahawa parti bersedia untuk melaksanakan harapan anggotanya tanpa mengira pasukan yang mereka wakili.

Teng, yang juga ADUN Sungai Pinang, berkata merapatkan barisan akan menjadi ugas utama mereka dan setiap orang mempunyai peranan untuk dilaksanakan.

No comments: