Wednesday, November 17, 2010

Najib dakwa negara Islam contoh walaupun sistem kehakiman dipertikai, rakyat ditindas
























SHAH ALAM, 17 Nov : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno tidak berpaut kepada realiti apabila mendakwa masyarakat antarabangsa menerima Malaysia sebagai negara Islam contoh.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat atau PKR,Dr Muhammad Nur Manuty, berkata dakwaan itu rapuh kerana banyak negara mempertikaikan sistem kehakiman di Malaysia. selain penindasan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah dan layanan terhadap kaum bukan Islam.

Manuty menolak tanggapan Najib bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan antarabangsa apabila menegaskan Malaysia masih jauh daripada mencapai status negara Islam contoh.

"Tetapi bercakap secara 'private' , banyak pemimpin dunia termasuk beberapa negara dunia tidak suka dengan perjalanan pentadbiran malaysia dalam konteks tidak adil dengan orang yang tidak diberikan pembelaan oleh mahkamah yang adil, tekanan kepada orang-orang yang tidak sehaluan dgn dasar pemerintah, layanan kpd org bukan islam yang ditahan dan kematian didalam penjara itu tidak islamik serta bercanggah dengan nilai-nilai kemanusian," katanya kepada TV Selangor petang tadi.

Dr Manuty berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan beliau bahawa pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia.

Anwar, dalam satu wawancara dengan wartawan Australia, menyifatkan Malaysia tidak wajar di terima sebagai sebuah negara Islam Moden kerana pelbagai bentuk kezaliman dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah.

Justeru Dr Manuty,menjelaskan bahawa konsep Islam Moden ini harus difahami dengan jelas kerana tidak semua perkara yang termaktub didalamnya dipersetujui oleh pemimpin Islam seluruh dunia.

"Kita kena faham konsep Islam dan modenity ini ada perkara yang islam tidak sejajar dengannya seperti faham modenisma, jadi maknanya ruang untuk seorang pemimpin macam Anwar bercakap, saya fikir Anwar yang sudah banyak latar belakang kefaham tentang islam...lebih banyak daripada islam dia ada hak hendak cakap sedemikian kerana dia juga mempunyai hubungan yang erat dengan pemimpin dunia apa lagi pemimpin dunia yg faham kedudukan malaysia," tambah beliau lagi

No comments: