Tuesday, December 14, 2010

Enam Pekerja Carigali Petronas cedera dalam kebakaran pelantar













KUALA LUMPUR, 14 Dis. : Enam orang cedera dalam kebakaran pagi ini di pelantar Bekok C, 200 km di luar pantai Terengganu yang dikendali oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.

Kebakaran bermula sejurus selepas tengah malam dan dapat dikawal oleh Pasukan Respons Darurat pelantar tersebut sejurus selepas itu.

"Terdapat sejumlah 108 personel di pelantar itu ketika kejadian.Enam cederadan dihantar ke Hospital Tuanku Nur Zahirah. "102 personel yang lain dipindahkan ke pelantar berdekatan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syarikat itu berkata Bekok C sedang menjalani proses penutupan berjadual untuk aktiviti penyenggaraan ketika berlaku insiden itu. Petronas Carigali telah memberitahu pihak-pihak berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian itu.

No comments: