Thursday, December 2, 2010

Hutang negara RM 446.7 bilion masuk parlimen jadi RM 231 bilion


KUALA LUMPUR, 2 Dis.: Pakatan Rakyat mendesak Kerajaan Pusat mendedahkan jumlah sebenar hutang yang ditanggung negara.

Penyata Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 menyatakan hutang negara berjumlah RM446.7 bilion ringgit.

Namun jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim di Dewan Rakyat hari ini meletakkan hutang dalam dan luar negara pada paras yang jauh lebih rendah, iaitu RM231 bilion.

"Maklumat hutang negara sangat menyeleweng, bahkan 100 peratus jauh lebih rendah," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail.

Azan merujuk laporan unjuran perbelanjaan 2011 yang diedarkan kepada ahli parlimen, angka yang diberikan tidak sama.

"Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan persekutuan yang belum dibayar adalah RM446.7 bilion," katanya sambil menambah jawapan timbalan menteri itu cuba memperdayakan Dewan Rakyat.

Azan berkeras hutang negara membawa maksud jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan dan tidak terhad kepada hutang asing sahaja.

Lim, sebaliknya menafikan perkara itu dan berkata definisi Azan adalah silap dan menjelaskan bahawa hutang negara adalah wang yang dihutang kepada negara asing dan bukannya hutang kerajaan persekutuan seperti yang dibacakan oleh Azan yang juga memuatkan hutang domestik atau dalam negara.

"Baca la, baca la, angka awak semua salah,” kata timbalan menteri itu.

Pada sidang akhbar di parlimen lobi kemudiannya, Azan berkata maklumat hutang negara yang diberikan oleh kerajaan sangat menyeleweng.

Terdahulu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan kerajaan sekali lagi bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung perangkaan yang tidak konsisten yang dibekalkan semasa jawapan daripada kementerian-kementerian terlibat mengenai hutang negara.

Ketika menjawab soalan daripada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), Datuk Donald Lim berkata hutang negara adalah wang yang dihutang negara kepada negara asing, dengan lain perkataan adalah hutang asing.

"Hutang asing negara menunjukkan trend yang menurun. Pada September 2010, hutang asing jatuh kepada RM227.5 billion," kata Lim.

No comments: