Wednesday, January 26, 2011

Ayo...yo..., MIC sudah tipu ka ?

Orang ramai salah anggap
http://www.mic.org.my/women/big%20mic.pngIPOH, 26 Jan. : Orang ramai telah tersalah tafsir dengan kenyataan daripada pihak MIC Perak berkaitan pengumuman wang insurans yang dikatakan sebagai wang bonus untuk golongan warga emas berketurunan India.

Ketua Penerangan Pemuda MIC Negeri, Edward Richard berkata, ramai yang tersalah anggap apa yang diumumkan.

“Bagaimanapun, dengan kehadiran mereka yang agak ramai pada hari ini (semalam), kami akan cuba sedaya upaya bagi membantu mereka untuk mendaftar,” katanya.

Beliau mengulas rasa tidak puas hati masyarakat India di sini, terhadap pihak MIC Perak yang didakwa tidak menepati janji apabila mengumumkan pemberian wang ‘bonus’ berjumlah RM2,000 setiap seorang kepada warga emas berketurunan India yang berusia 67 hingga 75 tahun.

Pesara, A Muniandy 69 berkata, perkara berkenaan telah diumumkan oleh seorang jurucakap bagi pihak MIC negeri ketika majlis sambutan Thaipusam di sebuah kuil Hindu baru-baru ini.

Menurutnya, pihak berkenaan juga menyarankan agar perkara berkenaan dihebahkan kepada orang ramai bagi memastikan wang berkenaan dapat diagih-agihkan secara adil.

“Ketika sambutan Thaipusam baru-baru ini, kami diberitahu bahawa pihak MIC akan mengagihkan pemberian tersebut dan kami diminta untuk datang ke pejabatnya di sini pada hari ini bagi mendapatkan cek sebagaimana yang dijanjikan.

“Tetapi, apabila sampai ke sini, kami dapati tiada sebarang pemberian seperti yang dijanjikan dan kami dikehendaki bagi mengisi borang pula,” katanya kepada Sinar Harian.

Muniandy berkata demikian ketika ditemui bersama tidak kurang 30 golongan warga emas yang hadir di sebuah pejabat di Jalan Kuala Kangsar, bagi mendapatkan pemberian yang dikatakan oleh pihak MIC itu.SH

No comments: