Wednesday, January 26, 2011

Umno semakin terdesak guna samseng taik minyak dari luar Tenang

Provokasi kerana takut hilang undi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhD0r7h7c5AxKZwtBFim34QQ74orYDTKJICa94-vJO2K-cf-rnCfXnPhM-xfY_Ls7jVCJu9sRRwF-WZzhykM8aHfa17QiP_8dFLw5ylwY_jIk3DQxlmFlMnFZhQTad2XLdHucuebne6T9A/s1600/SUARA+DARI+BUMI+1.JPGLABIS, 27 Jan. : Tindakan kumpulan berbaju T biru melakukan provokasi dengan menghalang ceramah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disifatkan sebagai reaksi ketakutan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan 5,000 undi majoriti.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, BN bimbang sekiranya calon Pas, Normala Sudirman mendapat sokongan daripada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Ahad ini.

“Pakatan Rakyat tidak pernah menyekat pemimpin BN daripada menyebarkan maklumat dan ceramah kepada sesiapa pun, malah penyokong PR tidak pernah berbuat demikian.

“Tindakan itu memperlihatkan BN merupakan ancaman terbesar demokrasi,” katanya pada sidang media di Markas Pas, di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mahu BN menghentikan sikap yang tidak demokratik itu.

“PR boleh menerima rakyat menolak calon Pas, tetapi tidak boleh terima ketakutan yang cuba dicetuskan oleh BN,” katanya.

Kempen pada hari keempat, malam kelmarin dicemari dengan kejadian provokasi di Felda Chempelak Barat apabila ceramah oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diganggu oleh sekumpulan yang memakai baju-T biru.

Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah bagi membantah kehadiran Guan Eng.

Mereka yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba.

Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya “Jangan kacau Chemplak, balik!” dan “Hidup BN, Hancur Pas”.

Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu “Inilah barisan kita”.

Kira-kira 15 anggota polis, mengepung kumpulan berkenaan menasihati mereka supaya tidak mengganggu ceramah.

Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.

Sewaktu Guan Eng menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.

3 comments:

MDS TECH SOLUTIONS said...

Tengok muka macam orang asli dr suku kaum jakun .. yg mungkin dilantik khas dari kelantan untuk mengnggu kelancaran mana2 PRK di semenanjung.. dia ni baru dapat IC peribumi koot..

dona_doni said...

kelantan mana ada org asli jakun laa...apa la jakun sangat hang ni

Anonymous said...

ni buka jakun kelantan ni jakun Umno