Thursday, January 6, 2011

Banyak kali kena saman, bukti Utusan penyebar fitnah nombor satu

Lim Guan Eng Saman Utusan Malaysia Berhubung Artikel Fitnah

GEORGETOWN 6 Jan. : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memfailkan sama terhadap Utusan Malaysia berhubung penyiaran artikel fitnah terhadapnya pada 20 Disember lepas bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng' yang bertujuan menjatuhkan kredibilitinya.

Lim terpaksa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana tidak tahan dengan berita fitnah yang saban hari disiarkan dengan matlamat menjatuhkan maruah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Beliau yang datang pada kira-kira jam 12.00 tengah hari bersama peguamnya, Jagdeep Singh Deo terus di bilik mahkamah bagi menfailkan saman terhadap akhbar berkenaan.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan Keadilan supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin erat dalam Pakatan Rakyat.

"Selama ini kita diam sahaja tidak bertindak apa-apa tetapi bila melihat terlalu melampau kita terpaksa mencari jalan untuk saman akhbar itu," tegasnya.

Sementara itu, Lim berjanji akan menyerahkan semua wang hasil kemenangan tindakan menyaman Utusan Malaysia kepada tabung Program Miskin Tegar bagi mengembalikan hak kepada rakyat yang kuat menyokongnya.

No comments: