Thursday, January 6, 2011

Kuasa beli tinggi tapi Umno tetap fitnah rakyat Kelantan miskin

Kuasa beli di Kelantan tinggi

http://www.auto-searchphilippines.com/images/2010_Isuzu_N_Series2.jpgKOTA BHARU, 7 Jan. : Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kuasa beli rakyat negeri ini tinggi walaupun dikatakan sebagai negeri pembangkang yang tiada pembangunan berbanding negeri lain.

Menurutnya, isu Kelantan tidak membangun tidak lagi relevan kerana orang ramai boleh melihat sendiri kemajuan negeri ini.

“Kita lihat saja, syarikat-syarikat besar terus berminat berniaga di negeri ini kerana mereka sedar kuasa beli rakyat Kelantan juga tinggi.

“Dasar Membangun Bersama Islam yang kita perkenalkan jelas sekali tidak menzalimi sesiapa, malah rakyat hidup lebih tenteram sehingga kemakmuran ini menarik kedatangan pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Isuzu N-Series Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Tapang, dekat sini semalam.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pengarah Urusan T.E.C United Auto, Tan Yiew Sun yang diberi kepercayaan menjadi pengedar tunggal kenderaan Isuzu di negeri ini.

Nik Aziz berkata, manusia perlu bersyukur kerana kenderaan merupakan salah satu daripada nikmat yang diberikan Allah SWT.

“Kita kena bersyukur dan menggunakannya dengan penuh berhemah, jangan sampai memandu seperti orang mahu membunuh diri, ini tak boleh, berdosa.

“Pemandu mesti tahu destinasi sebelum memandu kerana kegopohan akan mengundang risiko termasuk kemalangan, kita perlu elak perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Yiew Sun berkata, N-Series merupakan kenderaan pengangkutan bawah lima tan yang memenuhi perkembangan pesat industri kecil dan sederhana di negeri ini.

Katanya, model tersebut adalah kesinambungan kepada jentera Isuzu berkualiti, tahan lasak serta jimat kos selenggaraannya.

No comments: