Saturday, January 8, 2011

Dengar rintihan keluarga Teoh

PR Pulau Pinang Rayu PM Perluas Skop Suruhanjaya Diraja Siasat Kematian Teoh

http://www.kongsiblog.com/wp-content/uploads/2009/08/teoh-beng-hock-dead.jpgPULAU PINANG 8 Jan. : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mendengar rintihan rakyat yang dahagakan keadilan dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian bekas pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang disyaki sebagai satu pembunuhan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bertemu dengan kakak kepada mendiang Beng Hock, Teoh Lee Lan di pejabatnya di Komtar petang tadi menyuarakan sokongan beliau kepada cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Beng Hock.

"Saya masih tidak faham, kenapa Perdana Menteri masih mahu menjalankkan inkues dalam kes ini sedangakan selama dua tahun inkues dijalankan masih tidak dapat mengetahui punca sebenar kematian mendiang," kata beliau.

Beliau berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan sahaja akan dapat menyelesaikan misteri yang menyelubungi punca kematian Beng Hock tetapi juga kes-kes lain seperti kes A Kugan yang mati di dalam lokap dan Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis awal tahun lalu.

Katanya lagi, keluarga Beng Hock tidak menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja tetapi meminta agar skop siasatan diperluaskan tanpa menghadkan kepada isu prosedur hak asasi manusia semata-mata.

Tambah Guan Eng lagi, pekara ini penting bagi Kerajaan Persekutuan bagi menegakkan kedaulatan undang-undang agar menemui satu jalan penutup bagi mengetahui punca kematian Teoh Beng Hock.

"Tidak apa yang kita boleh buat yang boleh menghidupkan semula Teoh Beng Hock tetapi sekurang-kurangnya kita boleh buktikan sistem keadilan masih wujud di Malaysia," kata beliau lagi.

Beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat memberikan jawapan yang setimpal kepada keluarga mendiang yang menunggu selama hampir dua tahun untuk mengetahui punca kematian bukannya simpati terhadap apa yang mereka lalui.

No comments: