Saturday, January 8, 2011

Rakyat hadapi rentetan kenaikan harga barang

‘Hadiah’ daripada kerajaan

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/06/naik-minyak.jpgPARIT BUNTAR, 9 Jan. : Rakyat diingatkan bahawa selepas ini akan berlaku rentetan kenaikan harga barangan pengguna berikutan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol RON 97 dan minyak masak baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Pas Parit Buntar, Adnan Abd Rahman berkata, rakyat sedia maklum apabila petrol dinaikkan maka, barang keperluan lain akan naik kerana semuanya melibatkan kos pengangkutan.

Menurutnya, kenaikan harga petrol RON 97 dan minyak tanah sebenarnya tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat baru sahaja dibebani kenaikan kos persekolahan anak-anak.

“Inilah harga yang rakyat kena bayar dan ‘hadiah’ daripada kerajaan yang boleh melakukan apa saja kerana rakyat terpaksa mengikut kehendak mereka.

“Rakyat sepatutnya sedar bahawa kerajaan benar-benar mendahulukan mereka untuk menerima apa saja kesulitan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenaikan serentak harga petrol RON97 dan minyak tanah sebanyak 10 sen bagi setiap liter yang dinyatakan Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM).

Adnan berkata, harga susu, santan dan bawang juga sudah mengalami kenaikan dan tidak lama lagi akan berlaku kenaikan barangan pengguna yang lain.

“Rakyat berpendapatan rendah pasti perit menanggung kesan kenaikan ini.

“Itulah makna tersurat di sebalik slogan Rakyat Di Dahulukan dan Pencapaian Di Utamakan,” katanya.

Katanya, matlamat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dilihat semakin sukar kerana pelarasan harga barang itu menambahkan lagi bilangan rakyat yang miskin.

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON 97 hanya dalam tempoh 34 hari.

Hamdan berkata, kali terakhir harga RON 97 dinaikkan pada 1 Disember lalu, sebanyak 15 sen menjadikan RM2.30 seliter.

Menurutnya, selepas ini, akan berlaku kenaikan lagi dan ia menunjukkan sikap tidak prihatin kerajaan terhadap rakyat.

“Rakyat yang akan menjadi mangsa, sesuai dengan slogannya rakyat didahulukan untuk ditindas,” katanya.

Katanya, pemimpin kerajaan yang dipilih rakyat mula merasa selesa dan menganggap kuasa mereka tidak terjejas dengan tindakan sedemikian.

“Bagi mereka, rakyat akan lena dan sanggup memikul keperitan hidup apabila disogok dengan janji manis.

“Slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan hanya mengaburi mata rakyat, kini semakin jelas kerajaan secara terang-terangan tidak mengutamakan rakyat,” katanya.
SH

2 comments:

goodlistener said...

kenaikan air di kedah dan pulau pinang tak usah buat demotrasi sebab bi wah pakatan rimba

Anonymous said...

Ameno nih, mu tahu ko dak. pp, kedah tarif air muroh. Johor negeri ameno pekat tarif air mahal.

Mu la jenis dok dalam hutan tak tahu perkembangan